BAB 2

Action Completed 37234

“Hello, ini Cik Queeny ke?” Satu suara parau bergema di corong speaker telefon bimbit sebaik sahaja panggilan disambut.

“Ya, saya.” Queeny jawab ala kadar.

“Oh, Cik Queeny ya? Saya perlukan khidmat cik. Saya diberitahu yang cik ni perempuan upahan kan? Saya perlukan teman malam ni untuk sebuah acara.”

Queeny bingkas duduk di atas tilam. Sudah seminggu dia tiada job gara-gara misi Rania Thiyani. Separuh bayaran yang diberi oleh Rania tinggal sedikit dalam akaun selepas melunaskan hutang hospital dan sewa rumah. Dia perlukan kerja untuk teruskan kehidupan.

“Malam ni ke? Rushing sangat. Saya sebenarnya…”

“Sepuluh ribu untuk satu malam, how’s that?” Queeny terlopong. Lumayan tu!

“Okay, sebelum tu saya kena jelaskan skop pekerjaan saya dahulu supaya tiada salah faham berlaku. Kerja saya hanya menjadi teman. Tiada sentuhan kecuali tangan, itu pun kalau perlu. Saya tidak mengambil alkohol, pelanggan harus berstatus bujang atau duda and strictly no sex included. Do you still want to hire me?” Terdengar tawa kecil diletuskan oleh suara parau itu.

“Saya tak perlukan semua itu and of course, saya masih bujang sebab itu saya perlukan teman wanita upahan. Saya perlukan cik malam ini. Saya akan send location kepada cik. Saya tunggu cik datang ya. Nanti cik sebutkan nama di meja penyambut dan pelayan di situ akan bawa cik kepada saya.”

Queeny diam sebentar untuk berfikir. Ah, dia perlukan wang! Jika dia ubah penampilan, pasti tiada yang akan perasan.

“Baiklah, saya akan datang malam ini.” Putus Queeny dengan yakin.

“Terima kasih. Saya tunggu cik malam ini.”

“Tunggu!” Queeny cepat-cepat menahan bila lelaki itu mahu tamatkan panggilan. “Saya perlu tahu nama encik atau lelaki yang mengupah saya.”

Diam sebentar. Hanya deru nafas kedengaran.

“Maleeq Muzzafar.”

Usai jawapan diberikan, panggilan terus dimatikan. Queeny termangu beberapa saat. Segera dia buka google dan cuba mencari maklumat mengenai sebaris nama tersebut. Kalau misalnya lelaki itu seorang yang terkenal, pasti mudah untuk mengenali siapa dan bagai manakah orangnya yang bakal dia dampingi malam itu.

Sebuah keluhan terlepas bila tiada maklumat diperolehi. Queeny beranggapan yang lelaki itu bukan calang-calang orangnya kerana mampu membayarnya dengan harga tinggi, Cuma mungkin lelaki itu jenis low profile dan tidak suka menonjolkan diri. Pemalu kot! Mungkin juga sebab itu lelaki itu perlukan khidmat dia.

Queeny bingkas keluar dari katil selepas melirik jam di dinding. Selepas membersihkan diri, Queeny berdiri di depan dua buah almari besar. Almari yang menempatkan semua keperluan untuk pekerjaan yang dia lakukan. Almari pertama penuh dengan pelbagai jenis pakaian dan almari kedua pula aksesori penyamaran seperti rambut palsu, pelbagai jenis topi, cermin mata, bulu mata, lensa mata dan sebagainya.

Queeny mengubah penampilan, mengenakan rambut palsu dan lensa mata palsu kemudian mengenakan mekap agak tebal dari biasa untuk melindungi wajah sebenarnya. Mata dibulatkan dan wajah diruncingkan guna pelekat khas untuk mekap.

Setelah berpuas hati, Queeny menyambar beg tangan lalu melangkah menuju ke pintu. Queeny menahan teksi dan meminta untuk dihantar ke destinasi yang telah diberikan dalam telefon bimbitnya. Langkah terus diatur ke meja depan selepas turun dari teksi.

“Miss Queeny? He’s waiting inside. Please come with me.” Penyambut tetamu yang bertugas di meja depan bingkas bangun dan mempelawa Queeny untuk mengekorinya. Queeny melangkah masuk ke dalam sebuah ruang yang luas, menyerupai dewan di mana majlis-majlis tertentu diadakan. Ia terletak dalam sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang.

Queeny memandang dengan teliti. Tidak ramai manusia di situ. Meja dalam dua puluh buah sahaja. Majlis nampak tenang dan tidak hingar bingar di mana rata-rata tetamu duduk dan berbual di meja masing-masing. Tiada tari menari, tiada muzik yang memeningkan kepala, tiada manusia mundar mandir juga suara tawa mengilai-ngilai. Semuanya tenang. Seolah majlis keluarga yang penuh protokol.

Bebola mata turun merenung penampilan diri. Mujurlah dia memakai pakaian sopan dan tidak terlalu keterlaluan. Bila memikirkan tentang lelaki yang bakal ditemui berkemungkinan seorang yang sangat pemalu, Queeny putuskan untuk tampil seperti itu. Dia tidak mahu lelaki itu merasa tidak selesa dengannya nanti.

Mereka tiba di sebuah meja di mana seorang jejaka sedang duduk dan ralit memandang skrin telefon bimbitnya. Masih muda menurut pandangan Queeny, mungkin di penghujung 20an atau awal 30an usia pemuda itu. Segak bersut lengkap dengan rambut tersikat kemas ke belakang. Sempat Queeny meneliti jejaka itu sebentar sebelum lelaki itu mendongak dan pandangan mereka bertaut.

“Encik Maleeq Muzzafar?” Tanya Queeny sebaik sahaja pelayan yang membawanya ke situ beredar.

“Cik Queeny? Ya saya, jemputlah duduk.” Queeny tersenyum nipis. Punggung dilabuhkan bertentangan dengan Maleeq yang berwajah sedang-sedang itu. Tidak terlalu tampan dan tidak juga hodoh.

“Cik Queeny ni masih bujang ke?” Maleeq memulakan bicara tanpa memandang Queeny. Bebola mata kembali terpaku ke skrin telefon.

“Ya, saya masih bujang. Tiada suami, tunang mahupun teman lelaki.” Soalan lazim yang pasti dia akan dengar dari klien.

“Pernah ada teman lelaki, suami atau tunang ke sebelum ni?”

“Tak pernah dan saya belum ada niat mahu mencari.”

Maleeq mengangkat wajah, merenung Queeny buat seketika.

“Langsung tak pernah? Even teman lelaki?” Terjongket sedikit kening Maleeq bila lihat Queeny mengangguk dengan penuh yakin.

“Ke awak tengah tunggu seseorang?” Duga Maleeq sambil lempar pandangan sinis. Queeny tersenyum tipis.

“Do I have to answer that?” Sinis Queeny jawab.

“I just want to know since we’re together now.”

“Nope, I’m really not into that kind of relationship now.”

Maleeq angguk puas hati. Seketika kemudian, Maleeq mengalihkan pandangan dari wajah Queeny ke sekitarnya.

“Do you want to eat? Saya boleh ambilkan makanan untuk awak.”

“Tak perlu, saya boleh ambil sendiri.” Makanan yang sudah tersedia di atas meja dipandang sekejap. Makanan cara berhidang yang diguna pakai untuk majlis tersebut di mana setiap meja telah tersusun dengan pelbagai juadah dalam pinggan bertutup. Dari semasa ke semasa akan di top up sekiranya perlu.

“Maaf, awak teruskan makan. Tak perlu rasa segan dengan saya. Ada kerja yang perlu saya selesaikan. Awak tak kisah kan?” Maleeq kata lalu tayangkan telefon bimbitnya. Queeny hanya angguk. Dia sungguh tak kisah. Buatlah kerja sampai tamat waktu yang ditetapkan oleh lelaki itu untuk dia jadi perempuan upahan.

Queeny lagi suka. Tak perlu dia pening kepala nak fikir topik untuk berbual kerana suasana pasti janggal kalau masing-masing diam. Melihat Maleeq mulai sibuk menggeser dan sesekali menekan-nekan skrin telefon bimbitnya, Queeny meneruskan makan sambil sesekali bebola mata berguling melihat sekeliling.

Menunggu masa berlalu sesungguhnya bukanlah perkara yang menyenangkan. Queeny yang mulai kebosanan setelah penat memerhati dan bermain dengan telefon bimbitnya akhirnya bingkas berdiri dan meminta diri untuk ke washroom.

“Ah, I forget to tell you that the washroom in this hall is currently under maintenance. If you don’t mind, you can use the washroom in my room upstairs. And after done with your business, can you bring the brown envelope on the coffee table outside the bedroom to me?” Queeny tergamam sekejap. Ke bilik lelaki itu?

“Jangan risau, saya seorang je dalam bilik tu and it’s empty now. Here’s the key.” Maleeq dengan pantas menerangkan bila lihat wajah was-was Queeny.

Setelah membiarkan beberapa saat berlalu untuk berfikir, akhirnya Queeny menyambut kad yang mempunyai cip itu.

“Saya pergi dulu.” Pinta Queeny sopan lalu meninggalkan meja tersebut. Langkah terus diatur ke arah lift.

Queeny tergamam sebaik sahaja lift berhenti di tingkat paling atas, iaitu tingkat presidential Suite yang mana hanya golongan kayangan mampu menyewa bilik tersebut. Saat melangkah keluar, batin tak habis-habis mengagumi walau hanya berjalan sepanjang koridor. Macam berjalan dalam istana sambil memijak karpet empuk dan gebu.

Queeny berhenti di depan sebuah pintu. Setelah memastikan nombor bilik betul, kad dihala ke mesin pengimbas kunci. Pintu terbuka. Queeny masuk dengan penuh hati-hati. Maleeq tidak menipu, bilik luas itu memang tidak berpenghuni. Queeny membuang nafas lega.

Selepas menyelesaikan urusannya, Queeny mencari sampul surat yang dikatakan oleh Maleeq. Setelah jumpa, Queeny bergegas keluar. Saat menarik tubuh keluar, satu sosok melintas laju dan Queeny tidak sempat mengelak. Tubuh mereka bertembung. Telefon bimbit di tangan manusia itu jatuh terhempas di atas lantai berkarpet. Queeny terpegun beberapa saat.

“M… maaf!” Bukan salah dia sebenarnya tapi dia kena minta maaf kerana dia sedar siapa dirinya. Manusia yang ada di tingkat eksklusif itu pasti bukan calang-calang orangnya. Dia tidak mahu cari masalah. Lebih baik dia mengalah. Telefon bimbit itu cepat-cepat dikutip lalu Queeny serahkan pada lelaki tersebut.

“Who are you?”

Deg! Bergetar dada saat suara serak basah itu menyapa pendengaran. So sexy! Wajah Queeny yang jatuh menekur lantai perlahan-lahan dia dongakkan. Teringin mahu tengok raut wajah si pemilik suara gemersik dan super seksi itu. Tak semena-mena Queeny terundur saat bola matanya berlaga dengan sepasang mata kuyu ala-ala stim ketum berwarna hazel yang sungguh-sungguh memukau. Serius, mata itu buat siapapun yang memandang melting!

Queeny tidak mampu mengalihkan pandangan. Seolah ada kuasa menariknya untuk terus merenung dalam ke anak mata cantik itu, menyelami hingga ke dasar dan cuba merungkai misteri yang tersembunyi di sebalik tatapan dingin tanpa perasaan itu.

“I get it. When women look at me like that. Do you want me? Get me into your dirty trap then blackmail me?”

Apa-apaan? Queeny meluaskan bukaan mata, cuba untuk fokus dan tidak terleka dengan keindahan memukau di depan matanya itu. Harap je wajah tampan tahap maha dewa, tapi mulut… cis!

“What are you talking about hah? I don’t know you and you don’t even know me. Jadi, tolong jangan lempar tuduhan sesuka hati macamlah awak dan saya ni dah lama kenal. Tepi, saya nak lalu!” Tubuh sasa itu dilanggar kasar. Hilang niatnya di awal tadi iaitu mahu mengalah kerana tidak mahu timbul masalah. Lelaki di depannya melampau sangat! Mana mungkin dia berdiam diri.

“Not so fast, lady!” Dengan pantas, lengan Queeny disambar kasar oleh tangan berurat kekar itu. Tubuh ikut tertarik saat tangannya direntap. Sekelip mata, tubuh Queeny terhumban ke belakang dan melekat di dinding konkrit. Kedua belah tangan Queeny dikunci di atas kepala. Queeny tergamam saat tubuh sasa itu menghimpit tubuhnya.

“A… awak siapa?! Tolong jangan buat saya macam ni. Saya dah minta maaf tadi kan? Tolong lepaskan saya, encik.” Queeny sedikit tergagap saat berkata. Bukan kerana takut, tapi risau diri tertewas dengan pesona lelaki itu. Haruman yang terbit dari tubuh sasa itu sajapun sudah buat dada hampir meletup kerana dilanda debar melampau. Saat itu, sungguh Queeny tidak mahu menentang sepasang mata menawan itu. Risau diri tertawan dan akhirnya terjebak dengan lelaki yang langsung tak dikenalinya itu.

“What are you doing in this room?!” Lelaki itu bertanya dingin. Queeny teguk air ludah. Apa kena mengena lelaki itu dengan bilik Maleeq?

“S… saya cuma pinjam tandas.” Queeny jawab jujur.

“Who give you the right to use that room?”

Queeny terperangah. Lelaki ni dah kenapa? Apa hotel ni milik lelaki tu ke apa? Well, tak mustahil bukan? Jika diteliti dari hujung rambut ke hujung kaki, jelas lelaki ini bukan orang kebiasaan.

“Ma… Maleeq Muzzafar.” Wajah kacak persis model luar negara itu semakin ketat bila dengar jawapan Queeny. Tak sedar Queeny kembali memaku pandangan terpesona. Ketat kelat pun masih tetap handsome. Mujur tak menitis air liur.

“Who is Maleeq to you?” Eh, banyak pulak soalan mamat ni kan! Bibir Queeny terherot sedikit. Mulai dilanda rasa jengkel.

“Awak siapa hah? Who give you the right to question me like that? Lepaskan saya sekarang!” Queeny meronta, cuba melepaskan diri.

“Answer me!” Nada suara semakin keras, seolah mahu menggertak.

“Let me go! Help!!!” Queeny habis idea lalu menjerit nyaring. Harap-harap ada penghuni lain yang mendengar dan bergegas keluar menolong dia.

Lelaki itu merenung tajam. Perlahan, cengkaman pada lengan Queeny dilepaskan. Dengan pantas, Queeny menjauhkan diri dari lelaki kasar itu. Cepat-cepat langkah dibuka untuk melarikan diri. Lelaki itu hanya terpacak memerhati.

Queeny meluru ke arah pintu lift yang sedang terbuka, memuntah keluar sepasang manusia. Dia berharap agar dia sempat masuk dan menutup pintu sebelum lelaki itu mengejarnya. Sebaik saja berada dalam perut lift, butang tutup kelam kabut ditekan. Nafas lega dihembus kuat saat pintu lift mulai merapat. Ketika meluruskan wajah, pandangan bertaut dengan sepasang mata dingin yang memandang tajam ke arahnya. Queeny terpegun lalu terteguk air ludah.

Menakutkan dalam masa yang sama, melting!

Siapa lelaki itu? Harap-harap ini kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan manusia gila itu! Queeny tersandar bersama peluh dingin yang merembes laju sebaik sahaja pintu lift tertutup rapat. Benar-benar lega kerana lelaki itu tidak mengejarnya.

Queeny kembali ke meja yang dihuni oleh Maleeq Muzzafar. Sampul berwarna coklat diserahkan kepada lelaki itu setelah punggung dilabuh di kerusi makan.

“Thank you, Queeny.” Ucap Maleeq tanpa mengangkat bebola mata. Queeny melirik jam di pergelangan tangan. Masa… cepatlah berlalu! Dia mahu selesaikan kerjanya dan balik.

“Maleeq Muzzafar!”

Badan Queeny auto menegak sebaik sahaja suara serak gemersik super seksi itu menyapa mendengaran. Spontan air ludah ditelan beberapa kali. Maleeq mendongak. mata membulat saat melihat pemilik suara yang menyergah dengan kasar itu. Maleeq bingkas bangun lalu menundukkan kepala.

Queeny mengeraskan tubuh. Langsung tidak berani menoleh ke belakang di mana pemilik suara itu sedang terpacak. Rambut panjang yang dibiarkan lepas perlahan-lahan ditarik untuk menutup wajah. Tak mungkin lelaki itu mengejar dia! Besar sangat ke kesalahan dia pada lelaki itu? Setakat terlanggar je kan? Tak cedera kan? Lalu, apa tujuan lelaki itu berada di ruangan yang sama? Kebetulan? I doubt that!

“Who is she?” Aduh! Queeny semakin memendekkan leher bila soalan itu terpacul dari bibir lelaki pemilik suara seksi itu. No doubt, lelaki itu memang memburu dia! Tak puas hati selagi tidak dapat maklumat tentang siapa dia.

“She’s…” Maleeq tergagap sebentar lalu memandang Queeny. Pantas Queeny jegilkan mata, cuba beri isyarat kepada Maleeq supaya tidak membocorkan siapa dia yang sebenarnya. “Queeny, teman wanita… upahan!”

Darn!!!

Queeny menyumpah dalam hati. Siapa sebenarnya lelaki itu? Mengapa sibuk sangat nak tahu tentang dia?

“So cheap!” Menegak cuping dengar kata-kata sinis itu. Darah menggelegak serta merta!

Queeny bingkas berdiri lalu memaling tubuh, menentang sepasang mata cantik memukau itu dengan pandangan penuh kebencian.

“What did you say?” Queeny bersuara lantang. Tak dia peduli keadaan sekelililing kerana rasa marah yang menguasai. Lelaki yang entah dari planet mana, muncul-muncul terus menghina dia? Sungguh, dia tak rela biarkan maruah diri dihina! Pekerjaan dia mungkin dipandang rendah, tapi dia tetap menjaga maruah diri.

“You are so cheap!” Ulang lelaki itu, lebih sinis. Memang kurang ajar!

PANG!

Lantaran rasa marah teramat, tak sedar Queeny menghayun tangan dan melempang wajah tampan itu!

“Queeny!”

Maleeq terjerit kecil kerana terperanjat dengan tindakan tiba-tiba Queeny. Meluru menghampiri lalu menarik pergelangan tangan Queeny untuk menjauhi lelaki itu.

“Maaf, salah saya kerana gagal mengawal teman saya.” Pantas Maleeq meminta maaf sambil berkali-kali menundukkan wajah dan badan ikut terbongkok-bongkok di depan lelaki itu.

Pemilik wajah ukiran sempurna itu mengusap pipinya yang terasa pijar akibat tamparan deras Queeny. Bebola mata terusan ditusuk ke seraut wajah Queeny.

“How dare you hit me?” Dingin dan meremangkan bulu roma. Queeny menentang tusukan sepasang mata beraura menakutkan itu tanpa sedikitpun rasa gentar.

“How dare you insult me?” Queeny balas tak kurang sinisnya. Mereka beradu tatapan marak berapi.

“Insult? It’s true, isn’t it? You are selling yourself for money!”

Double kurang ajar lelaki ni! Queeny kembali meluru, mahu mengajar mulut takde insurans itu sekali lagi. Malangnya, Maleeq tidak melepaskan lengannya. Queeny mendengus lalu memandang Maleeq dengan rasa geram. Maleeq menggeleng.

“You can go home now, kerja awak dah selesai.” Maleeq berkata dengan tegas. Queeny pandang kurang mengerti.

“Go!” Maleeq menolak perlahan tubuh Queeny untuk beredar dari situ. Queeny menarik beg tangan di atas meja dan segera buka langkah untuk pergi.

Ikut hati yang tengah panas, dia masih mahu mengajar lelaki kurang ajar itu. Tapi bila memikirkan tindakannya mungkin akan menyusahkan Maleeq, dia batalkan niat. Pasti Maleeq punya sebab menghalang dia untuk bergaduh dengan lelaki tampan itu.

“We’ll be seeing each other again, more often after this. Don’t forget me too fast, my Queen!”

Mati mendadak langkah Queeny saat suara serak basah itu bergema, menggegarkan corong telinga.

“What did you say?!” Pantas Queeny berpaling dan tanya. Mata terjegil memandang lelaki itu. Sebuah senyum sinis terukir di wajah tampan itu. Queeny memicing mata. Well, dia terpesona melihat… itu tak mampu disangkal! Lelaki itu memang tampan! Terlalu tampan!

“I don’t do repetition!” Sombong nak mampus mamat ni! Queeny mencebik. Dalam mimpi kau jela si tampan! Lepas ni dia akan tolak mana-mana job. Betullah, melanggar janji yang dibuat pada Rania hampir menyusahkan dia. Lepas ni tobat dah, lebih baik dia tumpukan pada job yang diberi oleh Rania dahulu.

Queeny bergegas pergi. Sempat lensa mata menangkap senyuman sinis yang lelaki itu lemparkan. Tak takut! Begitu yakin yang dia takkan bertembung dengan lelaki bermulut laser itu lagi. Mereka adalah dua manusia dari dunia berbeza. Bertembung secara kebetulan kerana pekerjaan yang dia lakukan. Itu saja. Semuanya secara kebetulan! Dan kebetulan itu tak mungkin berlaku berulang-ulang.

Selepas beberapa hari, penantian akhirnya tamat bila Queeny dihubungi oleh Rania.

“Check your message. Semua details saya dah send kepada awak. Aisy ajak jumpa untuk kali yang kedua.” Beritahu Rania. Nada suara datar, tiada keterujaan. Nampak jelas yang wanita itu mahu perkara tersebut selesai secepat mungkin.

“Baiklah.” Queeny jawab pendek.

“Saya serahkan semua kepada awak. Saya harap kali ni Aisy muncul.” Ujar Rania lagi sebelum menamatkan panggilan.

Queeny bersiap. Mengubah penampilan sebaik mungkin supaya diri menyerupai Rania. Tiada rasa teruja seperti mana yang dia alami ketika pertemuan pertama mereka. Entahlah, mungkin kerana dia begitu yakin yang Aisy Abednego tidak akan muncul. Kali ini Queeny datang lebih awal dan menunggu.

Lima minit ke sepuluh minit mencecah ke dua puluh minit dan masa masih terus bergerak. Dari duduk menegak ke menyandar, tangan mengetuk-ngetuk meja ke lipatan di dada, lelaki yang ditunggu tak kunjung tiba. See? Sudah dia duga sebenarnya. Kalau bukan kerana dia sedang bekerja, pasti sudah lama dia blah dari situ.

Aisy Abednego memang manusia tak guna!

Tepat sejam menunggu, Queeny bingkas mengangkat punggung. Tiada apa-apa makluman dari pihak Rania, bermakna Rania juga pasti menyangkakan pertemuan mereka berjalan lancar. Aisy Abednego memang sengaja mahu mempermainkan Rania agaknya. Queeny menyumpah dalam hati. Tak pasal-pasal dia yang menanggung semua akibat daripada perbuatan lelaki itu.

Saat mahu membuka langkah, bebola mata tertancap pada satu susuk yang baru masuk ke dalam restoran. Wajah tidak begitu jelas, tapi cermin mata hitam pekat itu begitu menarik di pandangan. Seolah ada kuasa magnetik yang membuat Queeny terus memaku pandangan ke arah susuk segak dan sasa itu. Entah mengapa, di sebalik cermin gelap itu, dapat Queeny rasakan yang sepasang mata tersembunyi itu turut memaku pandangan ke arahnya.

Semakin lama, seraut wajah pemilik tubuh sempurna idaman si dara itu semakin jelas terlihat. Queeny tercengang. Sungguh dia terkejut! Itu… itu…

Sekonyong-konyong Queeny pandang kiri kanan dalam keadaan kelam kabut. Dalam fikiran saat itu hanya mahu menyembunyikan diri. Masih tinggi harapan yang lelaki itu tak mengenali dia. Semoga lelaki itu tak ingat, tolonglah!

Di mana harus bersembunyi? Queeny pantas berpaling dan melangkah laju menghampiri meja yang dia tinggalkan tadi. Queeny duduk lalu menutup wajah dengan beg tangan. Perlahan-lahan, tubuh melorot ke bawah hingga kepala terselindung di sebalik meja. Queeny duduk berteleku dan menunggu dengan harapan lelaki itu akan melintas secepatnya.

Sedetik… dua detik… beberapa detik menunggu dengan dada hampir terbongkar dek debaran yang memukul kencang. Dah berlalukah lelaki kasar itu?

Tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi ditarik kasar bertentangan dengan tempat Queeny bersembunyi. Queeny tersentak kaget. Sepasang kaki panjang terlunjur di bawah meja, sebelum ditarik lalu dilipatkan. Queeny merenung sebelah kaki terjuntai yang mulai bergoyang-goyang.

“Sit down, you under the table!”

Arghhh!!!

Suara itu lagi! Why?!!!

Batin menjerit, menyumpah-nyumpah! Adakah ini juga kebetulan atau dia memang sedang diintai oleh lelaki bersuara seksi dan memiliki sepasang mata memukau itu? Belum masuk wajah dan tubuh yang super sempurna! Siapakah lelaki ukiran sempurna yang sedang duduk di meja yang ditempah oleh Aisy Abednego?

“I said get up and sit down, perempuan upahan!!!” Mendengar jeritan kasar itu, Queeny bangun perlahan-lahan. Wajah masih ditutup dengan beg tangan. Punggung dilabuhkan di kerusi bertentangan dengan lelaki yang sedang merenung tajam ke arahnya. Serius, Queeny tidak berani melarikan beg tangan itu dari wajah. Tak berani mahu menentang sepasang mata menawan itu.

“Take that ugly bag off your face!”

Ugly katanya? Memang dasar mulut takde insurans mamat ni! Nasib handsome nak mampus.

“Ugly-ugly pun bukan duit awak saya guna kan? So, jangan sibuk nak mengutuk, boleh?” Amboi, menjawab! Terpicing mata memukau itu memandang Queeny.

Queeny meletakkan beg tangan di atas meja. Kembali menentang sepasang mata yang sedang ditusuk dalam ke anak matanya hingga terasa sampai ke dalam kalbu.

“What are you doing here?” Eh, sibuk benarlah mamat ni kan! Queeny mendengus sebal.

“Why? Restoran ni awak punya ke sampai sibuk mahu tahu? Suka hati sayalah nak berada di sini. Bukan urusan awak kan?”

“This is my table!”

Ooops!

Buntang mata Queeny memandang.

“I guess you are here to meet me, aren’t you… perempuan upahan?”

Ais… Aisy… Abednego?! Is he this guy? Seriously?!!!

“W… Who are you?” Tergagap Queeny tanya. Dada bergemuruh saat itu. Moga saja tidak! Mampuslah dia kalau sangkaannya benar.

“Aisy Abednego… That's me! Didn’t I tell you not to forget me too soon?”

Nooo!!! This is impossible!

Saat itu Queeny berdoa yang bumi terbelah dua dan menelannya hidup-hidup! Now tell me, bagaimana dia mahu melaksanakan tugasan yang diberi jika Aisy tahu siapa dia sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience