Completed
37234
Saat mata dibuka, bingkas Queeny bangkit dan duduk lalu memandang sekeliling dengan rasa panik. Di mana dia berada? Tempat itu terlalu asing!
Dalam kepanikan, Queeny bergegas mahu keluar dari atas katil mewah bersaiz super king itu namun jeritan halus terpacul dari mulut bila rasa sakit menyengat ngilu di sebelah paha.
Peristiwa yang berlaku sebelumnya kembali terimbas di layar minda. Siapa yang selamatkan dia dan bawa dia ke tempat asing ini? Peluh dingin merecik di dahi. Not him! Semoga bukan lelaki itu… Tuhan, tolonglah!
“Ah… dah sedar ke?” Pintu bilik air yang terletak di hujung bilik terkuak luas. Sekujur tubuh bogel yang hanya berbalut tuala pendek cukup menutupi apa yang sepatutnya melangkah keluar dari bilik air dengan selamba. Langsung tiada sedikit pun rasa janggal! Lelaki itu memang tak tahu malu agaknya!
Queeny terbatuk keras, tersedak air liur sendiri melihat keseksian seorang lelaki yang terukir begitu sempurna buat pertama kalinya seumur hidup! Akal menyuruhnya memaling wajah ke arah lain, tak sopan Queeny! Tak baik tengok dan cemarkan kesucian mata. Itu kata akal. Hati pula berbeda. Terkagum sampai tak rela mahu mengelipkan mata, apatah lagi mengalihkan mata. Cis!
“Are you okay?” Queeny masih terpegun memandang dengan mata tak berkelip saat lelaki itu mematikan langkah tidak jauh dari katil lalu merenung Queeny.
That’s it! Batin mendesak. Palingkan wajah, Queeny! Tolong jangan bagi ketara yang kau telah terpesona. Tak nampak ke cara Aisy merenung kau? Dia tengah mengejek kau, Queeny!
Ah, bising betullah! Tak sedar Queeny mendengus sebal. Orang nak menikmati permandangan indah yang bukan selalu diperolehi tu pun tak senang. Benci betul! Tak, sudah tentu dia bukan desperate. Dia masih tahu batasnya. Cuma, figura di depannya terlalu indah untuk tidak dipuja. Cuma memuja, tak mungkin dia mahu mencintai! Yakin? Two hundred percent! Tanpa sedar, Queeny menyeringai. Puas hati dengan monolog sendiri.
“No, nooo! Get that dirty thought out of your mind. I know what you are thinking behind those eyes. I only give an offer once!”
Ternganga Queeny dengar. Itu maksudnya apa? Dia berkehendak pada lelaki itu? No, no, no! Aisy Abednego memang senteng! Perasan nak mampus. Dia cuma pemuja kesempurnaan yang dimiliki oleh lelaki itu, sekelumit pun tiada keinginan mahu mendampingi apatah lagi memiliki.
“You are not my type!” Selamba badak Queeny bidas dengan wajah meluat ditayang. Aisy genggam buku lima. Tercabar ego dengar jawapan tak bertimbang rasa itu.
“Good, awak pun bukan siapa-siapa bagi saya! And I risked my life to save you, how stupid!” Aisy melangkah kasar menuju ke sebuah pintu kaca jenis sliding. Punat di bahagian tepi dihentak keras. Pintu kaca terbuka. Queeny memanjangkan leher untuk mengintai.
Mulut kembali ternganga. Rupanya ia merupakan bilik pakaian Aisy. Queeny paksa diri untuk turun dari katil. Seumur hidup, ini pertama kali dia melihat bilik khas pakaian. Biasanya hanya boleh jumpa di rumah golongan kayangan. Sebelah paha berbalut bandage yang cedera dan telah dirawat pastinya oleh Aisy ataupun doktor yang diupah oleh Aisy diheret perlahan-lahan menghampiri bilik pakaian tersebut.
Aisy yang tengah memilih pakaian yang bergantungan hampir terlompat bila lihat Queeny menghampiri.
“Damn! What are you doing here?” Marah Aisy dengan wajah bengang. Queeny lempar senyum terpaling manis.
“Nak tengok bilik ni, boleh? Mana tau suatu hari saya jadi kaya raya, nak juga buat macam ni.”
Tergamam Aisy memandang. Dia nak pakai baju okay! Minah ni dah kenapa? Saja beralasan kerana mahu tengok dia bogel ke apa? Perempuan… semua sama! Mahu perhatian darinya. Wanita itu tak terkecuali. Entah mengapa mahu berlagak suci murni depan dia. Perempuan memang complicated.
“I clearly said I’ll not give myself to you. Tonight, I have a date with few women.”
“I know!” Queeny jawab acuh tak acuh. Perhatiannya bukan lagi pada Aisy tetapi pada persekitarannya. Dia benar-benar kagum.
Setiap rak berpintukan kaca sliding yang mempunyai punat di tepi. Satu persatu Queeny tekan untuk melihat isinya. Beratus jenis pakaian bergantungan. Siap tersusun rapi. Dari pakaian ke seluar. Bahagian bawahnya pula ialah laci pakaian dalam.
Queeny beralih ke sebelah rak. Punat ditekan. Ianya rak kasut. Beralih lagi ke sebelah. Pelbagai jenis aksesori. Dari jam tangan ke cermin mata. Ke sebelah lagi. Stokin dan tali leher. Queeny bergerak, mahu ke sebelah lagi. Malangnya, langkah terhenti bila sepasang tangan melekat kasar di bahunya.
“Are you done?! Let’s go!” Bahu Queeny ditarik kasar hingga Queeny terjerit. Aisy Abednego yang sudah segak berpakaian langsung tidak mempedulikan jeritan Queeny. Panas hatinya melihat sikap acuh tak acuh Queeny pada dia. Egonya tercalar! Wanita itu seharusnya merasa takut setiap kali berada sekawasan dengannya, bukan buat dia seperti patung perhiasan!
“Hey! Awak nak bawa saya ke mana?!” Queeny mulai meronta bila sedar tubuhnya terusan diheret menuju ke pintu.
“Awak kata awak sanggup lakukan apa saja demi wang kan? Shut up and just follow me!”
“Tapi tuan Abe… at least explain dulu apa tugasan saya kali ini! Tuan nampak tak keadaan saya sekarang? Macam mana saya nak lari selamatkan diri kalau keadaan berbahaya?” Jalan pun terenjut-enjut, Aisy masih mahu mengerah tenaga dia? Dasar manusia takde hati perut!
“Misi kali ini lebih ringan. Awak takkan diapa-apakan!”
“Tuan! Tak boleh ke bagi saya rehat sehari dua? At least bagilah luka saya sembuh dulu.”
“Tak boleh!”
Kejam! Queeny menyumpah dalam hati. Mahu tak mahu, kaki yang cedera terpaksa diheret. Aisy menjeling. Hati mendongkol lihat gaya berlebihan Queeny.
“Tak perlu jalan macam orang cacat, luka tu kecil je. Tembakan tersasar, peluru tu cuma menghiris kulit awak! Annoying!” Aisy menempelak. Mahu saja dia sepak kaki Queeny biar kaki tu betul-betul cedera parah.
“Hah? I knew it! Orang tua tu taklah hebat mana pun. Berlagak atas status sebagai ketua kongsi gelap je, puih!”
Aisy memandang sinis. Tembakan Leopard tak mungkin tersasar kalau dia tidak lebih dulu melepaskan tembakan ke arah lelaki itu. Leopard adalah antara ahli kongsi gelap yang paling cekap. Sudah dia agak tembak-menembak pasti berlaku sebab itu dia telah membuat persediaan lebih awal. Wanita itu sungguh tidak tahu apa-apa tentang dunia yang bakal dia masuk.
Ketika melintas di ruang tamu, langkah Queeny mendadak terhenti bila lihat ada sesuatu sedang bergerak ke arahnya. Keadaan agak gelap di situ buat bulu roma mencanak. Aisy di belakang turut mematikan langkah.
“A… Abe…” Seru Queeny dengan suara bergetar. Aisy mendengus. Bola mata diputar dengan sebal.
“Be… benda alah tu… se…semakin dekat…” Queeny undur panik hingga tubuh melanggar Aisy. Hantu! Pasti hantu! Kalau bukan hantu apa benda bulat yang sedang bergerak laju mendekati dia itu?
“Grrr…” Dapat Queeny dengar benda itu menderam. Halus tetapi ada ganasnya. Queeny cuba mengecam di mana punca bunyi itu, tiba-tiba je benda bergerak itu hilang dari pandangan. Hanya bunyi dengusan kedengaran.
Sekonyong-konyong, bulu halus meremang bila terasa kaki digeser-geser oleh sesuatu yang lembut.
“Argh!” Queeny terjerit panik. Terenjut Aisy di belakang.
“Abe!!!”
Hilang segala pertimbangan kerana ketakutan, Queeny putar badan lalu melompat naik ke tubuh Aisy. Tengkuk Aisy dipaut. Kaki membelit pinggang Aisy.
“What the…” Aisy terundur beberapa langkah. Mujur masih mampu kawal keseimbangan tubuh. Hampir dia rebah ditabrak secara tiba-tiba oleh Queeny.
“Are you crazy?!” Aisy hampir meneriak kerana geram. Queeny memandang Aisy dengan biji mata terbelalak.
“Ha…hantu! Ada hantu!”
“That’s my sweet Boba, stupid!”
B… Boba? Dahi berkerut. Ya, masih Queeny ingat sebaris nama itu ada disebut sebelum dia pengsan pada hari berlakunya kejadian tembak-menembak itu.
“Siapa Boba sehingga awak pertaruhkan nyawa saya untuk merampas dia dari Leopard?”
Aisy mendengus. Perlukah dia terangkan dengan terperinci pada seorang wanita yang tidak penting baginya itu?
“You willingly come to me, so don’t regret it!”
Queeny seolah tersedar dari lena. Merah padam wajah bila tubuh melekat di tubuh Aisy, siap minta dukung. Siap belit Aisy dengan kaki. Siap peluk Aisy erat-erat. Darn! Eluna Queeny, are you crazy?! Tak malu ke? Batin mati-mati menyumpah.
Malangnya, sudah terlambat mahu melompat turun saat Aisy merangkul belakang tubuh Queeny dengan kedua belah lengannya. Queeny terpempan.
“Abe… saya minta maaf, ianya tindakan refleks! Boleh turunkan saya tak? Saya boleh jalan sendiri.” Malangnya, rayuan dengan suara mendayu minta kasihan itu langsung tak Aisy pedulikan. Langkah diteruskan menuju ke luar rumah.
Queeny ditolak masuk ke dalam sebuah kereta sport warna hitam. Macam biasa, hampir tergolek masuk ke bawah kerusi depan kerana kekasaran Aisy. Berbakul-bakul sumpahan terhadap lelaki itu. Dahlah cedera, dihumban lagi suka suki, kau rasa? Ditawarkan mahligai emas sekalipun, tak mungkin dia akan jatuh cinta dengan jejaka handsome tahap maha dewa itu!
Selepas membetulkan kedudukan badan, Queeny pandang ke sisi sambil lototkan biji mata. Mahu tunjuk dia juga boleh jadi samseng jalanan. Mahu tunjuk dia bukan seorang wanita yang mudah dibuli. Melihat tiada sebarang reaksi yang Aisy berikan, Queeny menjuih lalu buang wajah ke luar cermin. Menyampah!
Jangan dikacau air yang tenang. Seperti kata pepatah, air tenang jangan disangka tiada buaya. Begitu jugalah dengan Aisy. Nampak tenang memandu, sekali mengamuk silap-silap melayang tubuh Queeny ke penghujung dunia!
Queeny mendengus sebaik sahaja Aisy masuk ke perkarangan sebuah kelab malam. Asyik-asyik kelab malam, asyik-asyik kelab malam! Dahlah dia memang anti tempat macam tu.
Teringat kembali kata-kata Rania Thiyani. Kemain wanita itu memuji Aisy Abednego di depannya. Seorang CEO yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Tak pernah dilihat bersama mana-mana perempuan. Lelaki terpaling baik di dunia! Wow, lihatlah apa berlaku di depan mata kini.
Aisy Abednego lelaki terpaling baik itu dikerumuni wanita-wanita seksi, siap memeluknya di khalayak ramai tanpa segan silu. See? Sama ada Rania ditipu hidup-hidup atau dia yang ditipu hidup-hidup oleh Rania!
Terkial-kial Queeny saat Aisy melemparkan kunci kereta kepada dia. Tajam renungan yang Aisy lontar ketika kunci jatuh terhempas di atas tanah. Siapa suruh baling tak bagi signal kan? Menyampah! Queeny menyumpah ketika mengutip kunci berkenaan.
“Boleh gerak cepat sikit tak? Lambat mengalahkan siput!” Marah Aisy. Queeny mencebik. Tak nampak ke dia tengah cedera? Queeny sengaja buka langkah satu-satu. Macamlah dia terpaling cedera di situ.
“Siapa perempuan tu, boss?” Tanya salah seorang wanita yang mengerumuni Aisy.
“No one, hanya kuli!” Amboi! Berdesing telinga Queeny dengar.
“Laa… I pun nak jadi kuli you jugak! Tak acilah macam ni, boss! Selama ni you tak pernah pun ambil kuli perempuan. I nak jugak!”
“Perempuan cantik hanya layak jadi pendamping I dan bukan kuli. Do you understand?”
Queeny melajukan langkah, menonong melintas di depan Aisy. Tak sudi mahu dengar perbualan jantan tak guna itu!
“Where are you going?!” Seraya bentakan kasar itu, belakang baju Queeny ditarik laju. Mati mendadak langkah kaki. Aisy merapatkan bibir ke telinga Queeny.
“Stay close to me if you don’t want to die!”
Syaitan! Memaki lagi. Tapi hanya dalam hati jela dia berani.
“Follow me!” Aisy tidak melepaskan kain Queeny, terus menariknya hingga Queeny terpaksa mengheret kaki supaya dia tidak jatuh dan dia yakin benar yang Aisy tetap akan mengheretnya dalam keadaan terbaring atas rumput. Tak dapat dia bayangkan!
Mereka masuk ke dalam sebuah bilik eksklusif di mana Aisy dilayan seperti seorang raja dikelilingi khadam-khadamnya yang terdiri dari wanita muda dan seksi tak cukup kain. Hampir nampak semuanya. Queeny sendiri tak sanggup melihat. Saat wanita-wanita itu saling berebutan melakukan aksi ghairah di depan Aisy, Queeny hampir termuntah. Tak sanggup berada sekawasan dan mencemarkan kesucian mata, Queeny bergegas mahu keluar.
“You! Come here!!!” Langkah mati mendadak bila suara Aisy bergema keras. No, no! Pasti bukan dia yang Aisy maksudkan. Dia cuma kuli yang hodoh di mata lelaki itu bukan? Langkah diteruskan menuju ke pintu dengan penuh yakin.
“I said come here, perempuan upahan!!!”
Sh*t!!! Memang dia yang dipanggil oleh jantan tak guna itu! Memaki lagi. Dah tak terhitung dosanya… asyik-asyik kena memaki. Semua disebabkan oleh lelaki bajingan itu.
“Saya ada nama, tuan!” Queeny jawab kasar tanpa menoleh. Benci betul mahu memandang seraut wajah tampan itu. Sungguh, dia tak gemar dunia seorang Aisy Abednego.
“I don’t give a damn about your fake name, fake personality! Everything about you is fake! Come here and show me who you really are, witch!”
Apa katanya? Dia fake? Belum sempat mahu membidas, Queeny ditarik kasar oleh seseorang yang pastinya adalah orang suruhan Aisy. Queeny dibawa menghadap Aisy yang tengah duduk seperti seorang raja dengan mata tercerlung ke arahnya.
“Show me what you got! I might want you tonight if you did well!”
Memang syaitan! Ingat dia perempuan murahan? Memaki lagi.
“Sorry, Abe… saya berada di sini cuma sebagai kuli, bukan untuk jadi penghibur apatah lagi jadi teman sekatil awak!” Lantang dan penuh ketegasan Queeny jawab. Tergamam Aisy dibuatnya.
“Do it or I’ll teach you a lesson. Being rebellious is not a clever choice, you know.”
Queeny tersenyum sinis. Berani sungguh. Aisy mengancing rahang.
“I’d rather choose your punishment than sleep with you, your highness!” Semakin tegang wajah Aisy mendengar jawapan sinis Queeny.
“Your choice. Don’t blame me then!” Aisy berkata lalu menepuk tangan sebanyak dua kali. Pintu bilik terkuak. Masuk beberapa orang jejaka perkasa.
“Layan orang-orang saya dengan baik, perempuan upahan!”
Saat melihat lelaki-lelaki itu menghampiri dengan renungan gatal, jantung hampir luruh dari tempatnya. Segera Queeny melemparkan renungan minta simpati pada Aisy. Mana mungkin dia mampu melepaskan diri saat itu? Hanya Aisy mampu melakukannya.
Aisy menggoyakkan senyum sinis sebelum menarik wanita di sebelahnya. Queeny mati akal. Dia berundur bila lelaki-lelaki itu semakin mendekat. Apa harus dia lakukan? Queeny memandang sekeliling.
Sebotol minuman di atas meja Queeny sambar lalu dihentak di permukaan meja. Pecah berkecai! Semua yang ada di situ tergamam memandang, termasuklah Aisy. Serpihan botol di tangan Queeny acu ke arah jejaka-jejaka tersebut.
“Tolong, hentikan! Saya takkan buat perkara tak senonoh itu. I’d rather kill myself dari maruah diri tergadai!” Serpihan botol ditarik ke leher sendiri. Dia sudah nekad. Kalau lelaki itu berani menyentuhnya, dia akan cabut nyawa sendiri. Itu lebih baik dari biarkan diri diperlakukan sesuka hati oleh lelaki-lelaki keji itu.
Lelaki-lelaki itu berpandangan sesama sendiri sebelum memandang ke arah Aisy. Selepas mendapat isyarat dari Aisy, mereka kembali mara ke arah Queeny. That’s it! Menggeletar tangan saat hujung kaca botol itu menyentuh kulit leher. Pedih! Namun wajah cuba diperlihatkan setenang mungkin. Terasa tangannya mulai basah. Hidung juga mulai menghidu bau hanyir.
“You crazy witch!!!” Sekonyong-konyong tangannya direntap oleh seseorang dari belakang. Serpihan botol itu dirampas kasar. Queeny terpinga beberapa saat. Tak percaya dia akan dihentikan oleh lelaki keji itu.
Tambah terkejut bila hujung lengan baju yang dia pakai ditarik kasar hingga terkoyak. Aisy bertindak pantas menarik kain yang membungkus lengan Queeny, mengoyakkan kain tersebut menjadi lebih kecil lalu dia ikat mengelilingi leher Queeny yang tergores.
“Awak… awak selamatkan saya?” Queeny tanya dalam kebingungan.
“Only I can take your life, bear that in your mind!” Usai berkata, lengan Queeny ditarik pergi. Tambah terpinga-pinga Queeny dibuatnya.
Aisy merampas kembali kunci kereta lalu masuk ke dalam kereta sportnya. Queeny masih tercengat di depan kereta mahal itu. Terfikir sekejap… mengapa dia harus ikut lelaki kejam itu ke hulu ke hilir?
“Get inside the car, now!” Cermin kereta di sebelah penumpang depan diturunkan. Tersembul wajah berang Aisy. Queeny malah menjuih bibir. Sikitpun tak takut dengan wajah tampan yang hampir-hampir bertukar menjadi serigala jadian yang mahu menerkam dan mencarik-carik isi mangsa itu.
“Tak nak! Waktu bekerja saya dah tamat kan? Takkan tuan nak saya bekerja dua puluh empat jam? Jadi, sekarang saya nak balik. Saya ada kehidupan sendiri!” Queeny pusing badan usai berkata lalu buka langkah laju-laju meninggalkan kereta sport Aisy.
Dalam hati Queeny berdoa sungguh-sungguh agar Aisy tidak mengejar dan terusan mendesaknya. Ikut logik, dia kan cuma kuli. Tiada kepentingan pun Aisy usung ke sana sini, kalau dia mahir berperang takpelah jugak kan?
Queeny melajukan langkah. Nafas lega dihembus bila tiada tanda-tanda yang Aisy akan mengejarnya. Queeny pandang sekeliling. Baru sedar sesuatu. Jam tangan dikerling. Tengah malam okay! Patutlah suasana agak lengang. Queeny berhenti di bahu jalan. Mengharap ada teksi melintas.
PON!
Queeny terlompat katak bila bunyi hon memekak, memecah kesunyian malam! Mencerlung mata saat lihat seraut wajah kacak tersembul dari dalam kereta sport melalui cermin yang diturunkan.
“You know something? Being stubborn only cause you danger! Perlu saya ingatkan? Wajah awak dah dikenali oleh musuh saya dan mereka ada di mana-mana. Mungkin juga sekarang ni sedang mengintai, mencari peluang untuk menyerang!” Laju bebola mata Queeny bergolek memandang sekeliling.
“T… Tak takut!” Menjawab walaupun suara jelas bergetar. Queeny kembali meneruskan langkah. Tak sudi mahu berbual dengan Aisy. Malangnya, kereta sport itu turut bergerak perlahan, mengiringi langkah Queeny. Benci!
Ton! Ton!
Kereta di belakang membunyikan hon berulang-ulang kerana Aisy memandu kereta terlalu perlahan. Aisy buat tak tahu. Beberapa kereta memintas laju sambil melontar sumpah seranah. Queeny tarik separuh rambut untuk menutup wajah. Bikin malu! Aisy memang sengaja mahu menyusahkan dia!
“Pergilah! Hesy orang ni kan, buat malu je!” Sambil mengutuk, Queeny melajukan langkah. Tak rela pemandu lain mengaitkan dia dengan lelaki gila yang masih cuba menyamakan kelajuan kereta dengan langkahnya.
“Dah ke mana jalan terenjut-enjut awak tu?” Sempat Encik Abe perli kita? Queeny menjeling penuh geram.
“Awak blah sekarang! Awak takdelah malu sangat kan, sebab wajah awak terlindung di sebalik cermin gelap tu. Tapi saya? Tak nampak ke semua pemandu yang melintas kereta awak pandang saya lain macam hah?!” Queeny menghentikan langkah, memaling tubuh menghadap kereta Aisy lalu menempelak dengan lantang. Siap cekak pinggang. Bertambah meletup hati bila lihat senyum sinis Aisy.
“Then, let’s exchange. Biar saya di luar dan awak drive kereta ni!”
Aisy Abednego dah gila ke apa? Queeny terpempan sesaat. Bertambah dia terkedu bila lihat Aisy memarkirkan kereta di bahu jalan lalu keluar dari perut kereta. He can’t be serious, right?
Tak percaya bila lihat Aisy melangkah menghampiri dengan wajah serius.
“Now, get inside the car or we’ll be walking together-gether until the end of the world!” Perli lagi. Berasap telinga mendengar! Queeny menjeling. Ada nampak dia terlonjak-lonjak gembira dengar perkataan walk together-gether tu? Tak okay! Ngeri adalah. Apa lelaki itu fikir dia terpaling jadi rebutan? No!
“Okay then, suit yourself!” Queeny bergegas masuk ke dalam kereta Aisy. Dia boleh je memandu, memang punya lesen dah lama. Cuma tidak mampu membeli kereta.
Aisy memandang setiap pergerakan yang Queeny lakukan dengan rasa was-was. Melihat sengih licik Queeny, Aisy kembali menghampiri kereta sportnya. Pemegang pintu bahagian penumpang depan dipegang laju.
“You know… I think let’s…” Belum habis Aisy berkata, Queeny menekan minyak lalu melepaskan hand brake. Senyuman sinis dilempar ke arah Aisy.
“Goodbye, Abe!”
BROOM!!!
Pantas Aisy melepaskan cengkaman. Lambat sikit, pasti dia ikut terseret. Sekelip mata, kereta sport hitam itu hilang dari pandangan. Hanya kepulan asap tertinggal, bergumpal-gumpal naik ke udara. Aisy Abednego terpaku. Sambil bercekak pinggang, bebola mata tajam terpaku ke arah lebuh raya.
Share this novel
lock pulak..x blh baca la
Bila next chapter ni? Hehe