Completed
37234
Sebuah teksi memasuki pintu gerbang ke sebuah hotel lima bintang yang kelihatan agak sesak. Suasana di luar hotel hingar bingar bila mana sekumpulan manusia keluar dalam keadaan terhuyung hayang sambil gelak sakan. Bermabuk-mabukkan seperti itu, siapapun pasti dapat mengagak di dalam bangunan mewah itu sedang berlangsung sebuah majlis besar-besaran hingga berlaku kesesakan di luar bangunan.
Teksi tersebut bergerak perlahan melintasi beberapa kumpulan manusia yang berlegar di luar bangunan lalu berhenti tepat di depan pintu masuk dan memuntah keluar seorang gadis muda memakai gaun panjang berwarna hitam berlabuci. Di kejauhan, baju tersebut tampak bersinar di bawah cahaya lampu, persis seorang puteri dalam kisah dongeng kanak-kanak.
Dengan penuh keyakinan, langkah diatur untuk masuk ke dalam hotel, terus ke dewan hotel untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Di depan pintu gerbang dewan, langkah dimatikan.
“Can I have your name please?” Sopan, penyambut tetamu di depan pintu bertanya.
“Eluna Queeny, I’m with…” Gadis itu terjeda beberapa saat, cuba mengingat nama lelaki yang mengupahnya pada malam itu.
“Yes, Miss Eluna. You are with Mister Arasy Abezzad. You may come in.”
Gadis itu mengangguk, mengucapkan terima kasih lalu menapak masuk ke dalam dewan. Arasy Abezzad… ya, lelaki itulah yang mengupah dia, Eluna Queeny untuk dijadikan wanita pendamping pada malam itu. Ya, dia ialah wanita upahan. Mengapa pilih pekerjaan yang sering kali disalah anggap oleh masyarakat sekeliling? Pekerjaan yang dikata tidak bermaruah, disamakan seperti menjual diri dan melacur?
Kerana wang, of course! Dia tidak dilahirkan dengan sudu emas. Ayah lebih dulu pergi sewaktu anak-anaknya masih kecil dan ibu menyusul setahun lepas, yakni selepas peristiwa malang menimpa keluarga mereka. Peristiwa yang meragut nyawa salah seorang ahli keluarganya menjadikan dia anak tunggal dan selepas ibu pergi, dia jadi sebatang kara di dunia.
Haruskah dia tertonggeng-tonggeng menangisi nasib diri? Nope! Ada nyawa yang bergantung pada dia untuk terus bernafas. Sekiranya diberi pilihan, dia juga seperti wanita berketurunan baik-baik di luar sana, memilih pekerjaan halal untuk kelangsungan hidup. Masalahnya, dia perlu wang yang banyak setiap bulan dan hanya menjadi perempuan upahan menjanjikan pendapatan lumayan dengan cepat.
Melangkah masuk ke dalam dewan, bebola mata berguling laju, cuba mencari lelaki yang perlu dia temani malam itu. Tiada gambar, hanya pakaian dan bentuk fizikal dinyatakan ketika bercakap di dalam telefon.
Memiliki bentuk fizikal seperti seorang atlet sukan renang, tinggi lampai, berwajah tampan dan memakai sepersalinan sut berwarna putih dengan bow tie merah serta berumur awal 30an. Hanya itu maklumat diberi! Harus bagaimana mahu mencari lelaki seperti itu di kawasan yang sesak dengan manusia?
Buat seketika, dia hanya tercengat di ambang pintu gerbang, menatap satu persatu wajah yang memenuhi ruangan dewan. Dari satu persatu meja yang penuh ke kawasan dansa sehinggalah ke kawasan bar yang menghidangkan pelbagai jenis minuman beralkohol.
Majlis apa yang sedang dianjurkan dia tidak ambil tahu dan tak peduli. Yang pasti, ianya majlis yang agak liar kerana rata-rata yang hadir di bawah pengaruh alkohol. Dia cuma perlu jalankan tugas dan balik. Prinsip kerja dia mudah. Tiada sentuhan kecuali terdesak, itupun hanya tangan. Tidak melibatkan sebarang minuman keras apatah lagi dadah. Boleh menemani minum tetapi dia tidak akan sentuh minuman tersebut.
Setelah membiarkan beberapa minit berlalu, akhirnya bebola mata melekat ke satu arah. Sebuah meja yang terletak di penjuru dan agak tersorok dek manusia yang terkinja-kinja di pentas dansa yang dihuni oleh beberapa manusia di mana salah seorangnya menepati ciri-ciri yang diterangkan oleh lelaki di dalam telefon.
Langkah segera dibuka, menuju ke meja tersebut. Tidak mahu buang masa berlama-lama di kawasan yang buat diri tidak mampu bernafas dengan tenang. Saat sudah berjarak semeter, langkah mati mendadak sebaik sahaja melihat dengan jelas seraut wajah lelaki bersut serba putih itu. Sebuah keluhan terlepas dari bibir.
Bukan! Lelaki yang sedang dilihatnya adalah lelaki berumur, mungkin sudah menghampiri separuh abad.
“Who are you?” Seorang wanita muda yang duduk di samping lelaki bersut putih itu tiba-tiba bertanya. Ada garis kurang senang terlukis di wajah cantik itu.
Eluna Queeny atau lebih mesra disapa Queeny tersenyum manis. Sedar kemunculannya secara tiba-tiba di situ pasti menimbulkan rasa curiga.
“Maaf, saya salah orang. Saya mencari seseorang sebenarnya. Arasy Abezzad, ada yang kenal tak?” Wanita muda itu bingkas angkat punggung bila dengar sebaris nama itu meniti di bibir Queeny.
“Arasy? Lelaki itu ada di sini?” Bebola mata si gadis muda itu terus meliar, cuba mencari sosok lelaki yang dimaksudkan.
Queeny memandang dengan senyuman sedikit menyenget. Kalau dia tahu, takkanlah dia sibuk bertanya pula? Batin mengeluh.
“How do you know him?” Gadis cantik itu menerpa dan berdiri di depan Queeny sambil bola mata menyoroti Queeny dari hujung rambut ke hujung kaki. Jelas terpercik api cemburu melalui pandangan yang dilontar kepada Queeny.
“Saya cuma menjal…”
“Come with me!” Tak sempat menoktah kata, pergelangan tangan disambar pantas oleh wanita di depannya lalu Queeny ditarik pergi dari situ.
Queeny dibawa menuju ke belakang dewan, yang mana suasana di situ lebih lengang dan kurang bising.
“Name is Rania Thiyani. What’s yours?” Wanita bernama Rania itu kini berdiri di hadapan Queeny lalu menyilang lengan di dada.
“Queeny!” Pendek jawapan diberi.
“Siapa awak bagi Arasy Abezzad?” Tanpa basa basi, Rania terus aju soalan yang memenuhi mindanya ketika itu.
Queeny diam sejenak. Berfikir sama ada mahu berterus terang tentang pekerjaannya atau tidak.
“Saya cuma diupah untuk menemani Arasy Abezzad sepanjang majlis ini berlangsung. Tapi, nampak gayanya tiada jodoh antara kami.” Buntang mata Rania mendengar jawapan Queeny.
“Awak… perempuan upahan?” Queeny angguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Rania.
“Arasy Abezzad sendiri yang menghubungi awak?”
“Tentang tu saya tak pasti.” Queeny jawab dengan jujur.
“Kalau sampai lelaki itu sendiri meminta bantuan awak, pasti awak seorang yang hebat dan terkenal kan?”
Queeny jeda. Dia tidak tahu harus jawab apa. Selama setahun berkecimpung dalam bidang itu, tiada pujian seperti itu yang diberikan oleh pelanggan tetapi tiada juga rungutan yang diterima. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang dia berikan. Adakah itu bererti dia memang hebat? Entahlah, dia cuma buat sehabis baik demi wang.
“Let’s make a deal. Saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya. Soal bayaran, saya tidak kisah. Saya akan bayar berapapun jumlah yang awak pinta. Paling penting, saya nak misi ini berjaya.”
Berapapun? Tegak kuping telinga Queeny dengar. Ini sudah cukup baik. Siapapun yang berada di tempatnya pasti tidak akan menolak.
“Apa yang harus saya lakukan?”
“Aisy Abednego… CEO Lestari Holdings. Kenal tak?” Queeny geleng. Maaflah, dia tak berminat mahu tahu kecuali manusia itu mahu berikan dia duit secara percuma!
“Saya pun tak kenal, malah tak pernah jumpa pun!” Sambung Rania lagi. Queeny tercengang. So, maksudnya apa siap petik nama lelaki itu kalau memang tak kenal? Queeny melempar pandangan pelik.
“Buat lelaki ini jatuh cinta dan tergila-gilakan awak sehingga dia sendiri batalkan perkahwinan yang diatur keluarga kerana saya takkan berkahwin dengan lelaki itu. Untuk pengetahuan awak, hati saya dah lama dimiliki oleh Arasy Abezzad.”
Queeny jongket kening. Now I get it! Patutlah Rania macam cacing kepanasan saat nama lelaki itu disebutnya tadi.
“Maksud awak, saya kena buat Aisy Abednego batalkan perkahwinan aturan keluarga tu?”
“Yes. Caranya buat lelaki itu jatuh cinta dengan awak kerana hanya cinta mampu mengubah pendirian seseorang, bukan?”
Jatuh cinta? Queeny kembali terdiam. Cinta tiada dalam kamus kerjanya. It is strictly forbidden!
“Berapa awak sanggup bayar saya?” Ya, bagi Queeny hanya wang mampu mengubah pendiriannya, bukan cinta!
“Seratus ribu?” Hampir terkucil air liur dengar. Mak ai, banyak tu!
“Saya punya beberapa syarat, Queeny! Sepanjang menjalankan misi ni, awak tak boleh terima tawaran jadi perempuan upahan sehingga misi tercapai kerana saya mahu awak menyamar jadi saya untuk bertemu Aisy. Saya tak nak identiti awak terdedah dan rosakkan misi ni. Pastikan Aisy betul-betul dah jatuh cinta barulah awak berterus terang siapa awak sebenarnya dan jangan sesekali dedahkan yang sayalah yang upah awak. Pandai-pandailah awak reka cerita nanti. Faham tak?”
Queeny kembali berfikir. Berat misi yang harus dia laksanakan tu. Tapi tak mustahil. Cuma, dia bakal mempermainkan hati seseorang. Mampukah dia lakukan itu?
“Aisy Abednego… bagaimana orangnya?” Dia perlu tahu sebelum bersetuju.
“Kata orang, Aisy lelaki kacak dan hebat. Seorang CEO yang sangat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam kerja. Tidak pernah dilihat bersama perempuan, memang sesuai sangat dijadikan calon suami. Kalau awak nak kahwin terus dengan dia pun boleh! Saya tak kisah. Yang penting, saya mahukan Arasy Abezzad, pemilik Lestari Holdings, bukan kulinya!”
Queeny sedikit tergamam. Kahwin katanya? Dia mahukan duit, bukan suami Rania oi!
“Saya setuju tapi saya tidak akan berkahwin dengan lelaki itu. Saya nak separuh bayaran sebagai pendahuluan dan separuh lagi selepas misi tercapai.” Queeny melontar syaratnya. Rania mengangguk senang hati.
“Saya akan keluarkan cek nanti. Ini nombor telefon saya. Awak pun bagi nombor telefon awak supaya senang kita nak berhubung.” Rania kata sambil hulur sekeping kad kecil kepada Queeny. Sejurus selepas mengambil kad tersebut, Queeny menarik telefon bimbit dari dalam beg tangan lalu mendail nombor yang tertera di dalam kad tersebut.
“Saya dah missed call. Apa-apa update nanti awak boleh terus call dan beritahu. Saya minta diri dulu, saya perlu bekerja sekarang.” Queeny menyimpan semula telefon bimbit lalu meminta diri. Rania tergelak. Geli hati dengan kepolosan Queeny.
“Tak perlu! Arasy Abezzad takkan muncul di majlis macam ni. Lebih baik awak balik saja dan fikirkan strategi untuk tawan hati Aisy Abednego. Saya akan atur pertemuan pertama kami dan bagi awak detailnya kemudian. Pastikan awak hadir pada waktu itu.” Rania beri peringatan dengan nada tegas. Queeny hanya mengangguk.
Mereka kemudian berpisah bila masing-masing membawa arah yang berbeza. Queeny berlegar-legar di ruang dewan buat beberapa ketika untuk memastikan lelaki bernama Arasy Abezzad tidak berada di situ sebelum memutuskan untuk balik. Bayaran sudah diterima dan duit itu mahu dia gunakan esok. Jam yang membelit pergelangan tangan dikilas sebentar. Hampir dua jam berlalu. Mungkin benar kata Rania, lelaki itu tidak akan muncul. Jadi, bukan salahnya. Dia sudah menunggu selama dua jam, bukan?
Selepas malam itu, Eluna Queeny menolak semua tawaran untuk jadi perempuan upahan semata-mata kerana mahu mempersiapkan diri untuk bertemu Aisy Abednego.
Selama beberapa hari, Queeny cuba mencari maklumat mengenai lelaki itu. Dia perlu tahu siapa lelaki itu dan seperti apakah peribadi lelaki bernama Aisy Abednego itu. Maklumat itu akan memudahkan kerjanya nanti.
Ting!
Telefon bimbit berdenting menandakan ada pesanan masuk. Queeny yang sedang termenung jauh sambil memandang skrin notnya sedikit tersentak. Bukan termenung, lebih kepada rasa aneh sebenarnya. Kalau Aisy Abednego seorang yang sangat terkenal seperti yang diwar-warkan oleh Rania Thiyani, mengapa begitu sukar mahu dapatkan maklumat mengenai lelaki itu? Sekeping gambarnya pun tidak dia temui di mana-mana laman web. Hanya sebaris nama dan jawatannya dalam Lestari Holdings serta sedikit pengenalan umum mengenai lelaki itu.
‘This is the details about your first date with Aisy. Make sure to look pretty and make him fall harder.’
Itu antara kandungan pesanan ringkas yang diterima dari Rania. Queeny meneliti maklumat mengenai temujanji pertamanya di mana dia akan tampil sebagai Rania Thiyani. Sebuah restoran berkonsep luar negara untuk makan malam siap nombor meja diberi.
Queeny bingkas bangun dari atas katil, melangkah malas menuju ke bilik air. Melihat penampilan Rania semasa pertemuan kali pertama mereka, dapat Queeny simpulkan yang wanita itu sangat daring dan bergaya. Jadi dia perlu ubah penampilan supaya menyerupai Rania.
Sejam kemudian, Eluna Queeny telah terpacak di depan sebuah restoran berkonsepkan luar negara. Tidak dapat dinafikan, saat itu dia rasa gemuruh dan dilanda debaran kencang yang hampir membongkar dada.
Queeny tidak mampu kawal rasa berdebarnya bila memikirkan lelaki yang penuh misteri itu. Penasaran dalam masa yang sama, ada rasa tidak sabar mahu bertentang empat mata dengan lelaki yang dikatakan sangat hebat dan dikagumi oleh masyarakat itu.
Menurut maklumat yang dibaca di internet, Aisy Abednego dikatakan sangat tampan persis model France. Selain itu, kesempurnaan bentuk fizikalnya seperti atlet sukan renang juga turut jadi perbualan. Benarkah? Kalaulah betul apa yang diperkatakan, bagai mana bisa dia tawan lelaki sesempurna itu sedangkan dia hanya wanita biasa?
Setelah beberapa kali ulang sedut hembus udara, Queeny mulai mengorak langkah masuk ke perut restoran. Kaunter depan dihampiri dengan rasa gemuruh yang masih bersisa.
“Rania Thiyani.” Sebaris nama itu ditutur dengan penuh keyakinan. Si gadis penyambut tetamu mengangguk.
“I’ll take you to your table, Miss Rania.” Sopan dan mesra gadis itu jawab sambil menunjukkan arah yang mereka akan tuju.
Queeny mengekori langkah gadis itu. Setiap meja yang dilintas gigih dia kira dalam hati. Semakin menghampiri meja yang ditempah, semakin sukar rasanya mahu bernafas. Terasa liang roma peluh mulai merembeskan peluh sejuk, menambah rasa gelisah dalam diri. Queeny hampir mematikan langkah untuk berpatah balik kerana diserang rasa gemuruh melampau. Tidak pernah dia alami sebelum ini!
“That’s your table miss, do you want to order now or later?”
“Later, thank you.” Gadis itu mengangguk lalu meninggalkan Queeny sebaik saja punggungnya terhenyak di kerusi.
Queeny memandang sekeliling. Nampaknya, belum ada penampakan kelibat lelaki bernama Aisy Abednego di situ. Adakah dia yang terover excited sampai tidak melihat masa? Jam di tangan dikerling. Lima minit sudah berlalu dari waktu yang dijanjikan. Dan dia tidak terawal ataupun terlewat datang.
Darah berderau saat bebola mata ditentang oleh seseorang. Queeny terpegun lihat satu sosok melangkah tenang ke arahnya sambil memaku pandangan tepat ke anak matanya.
Siapa? Hati berdetak! Adakah lelaki yang semakin mendekat itu adalah Aisy Abednego?
Dada tiba-tiba dipalu keras berulang-ulang. Queeny cuba menarik nafas. Seolah tersekat di kerongkong. Saat lelaki itu berdiri di hadapannya, Queeny hampir tidak mampu menentang sepasang mata milik lelaki itu.
“Cik Rania?” Queeny cuba ukir senyuman manis sebelum mengangguk perlahan. Lelaki itu membalas senyuman tersebut dengan mesra lalu melabuhkan punggung bertentangan dengan Queeny.
Wajah segak yang kelihatan kemas dan terjaga itu diteliti sebentar. Lembut dan penuh sopan. Tiada aura luar biasa seperti yang diwar-warkan dalam artikel yang dibaca. Adakah dia yang terlalu meletak standard terpaling tinggi terhadap lelaki itu?
“Cik Rania, izinkan saya perkenalkan diri sebelum kita berbicara lebih lanjut,” Lontaran suara juga kedengaran biasa dan penuh sopan santun. Di mana istimewanya Aisy Abednego? Dia masih tak nampak. Ke mereka memang sengaja mengagung-agungkan lelaki itu? Batin Queeny tak habis-habis membahaskan tentang lelaki itu hingga tumpuannya jadi sedikit terganggu.
“Nama saya Zareef Armanshah. Saya merupakan wakil yang dihantar oleh tuan saya, Aisy Abednego untuk berunding dengan cik tentang perkahwinan cik dengan tuan saya.”
Cis, bedebah!!!
Batin mati-mati menyumpah. Separuh mati Queeny fikir yang lelaki di hadapannya itu ialah Aisy Abednego! Rupanya hanya pembantu. Sia-sia dia rasa hampir nak pitam. Sia-sia rasa seram sejuk hingga berpeluh-peluh ketiak! Geram, menyampah, benci! Semuanya ada saat itu.
“Where is Aisy Abednego? I don’t wanna talk to strangers!” Queeny hampir mahu menjerit lantaran rasa geram mencanak.
“Aisy cannot come. He sends his regards and…”
“Then, there’s nothing to talk about between you and me. I am sorry, this is about me and him. Next time, make sure he comes or this marriage is not going to happen!”
Queeny terus angkat punggung usai menoktah kata. Ianya sebuah ugutan merangkap cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah Rania. Kalau lelaki itu tidak berminat, maka dengan sendirinya lelaki itu akan tarik diri tanpa perlu dia susah payah atur strategi.
Queeny melangkah keluar dengan wajah sedikit bengang. Bukan begini kejadian dalam imaginasi. Sudah tentu dia panas hati! Dia mahu kerjanya dibereskan secepat mungkin. Lelaki hebat macam Aisy Abednego tu pun pandai main tarik tali jugak rupanya.
Tengah sibuk mengutuk dalam hati, Queeny merempuh tubuh seseorang di depannya. Dada pejal berotot jadi habuan dahi Queeny.
“Auch!” Queeny terjerit kecil kerana terkejut. Sempat terleka dengan haruman memukau dari tubuh sasa di depannya itu sebelum terasa kepalanya dicengkam oleh sebuah tangan berurat kekar lalu ditolak menjauhi tubuh sasa itu.
“Be careful with your surrounding, I might be your worst nightmare!”
Queeny teguk air liur. Suara serak basah itu meremangkan bulu roma. Belum sempat mendongak, tubuhnya dilanggar dengan kasar.
“Hey!” Queeny menjerit berang. Lelaki itu sudah membelakangi dan mengorak langkah meninggalkan tempat tersebut. Terpicing mata memandang. Kurang asam! Siapa lelaki kasar itu? Batin merungut.
Saat memandang tubuh itu dari belakang, tak sedar Queeny telan air ludah. Fuh… body mamat ni kan! Tengok dari belakang pun dah dapat dia duga yang lelaki itu kacak orangnya. Sayang, wajah lelaki itu tidak sempat dilihat. Apatah lagi, lelaki itu sedang mengenakan kaca mata hitam.
Queeny meneruskan langkah bila lelaki itu hilang dari pandangan. Saat tubuh melepasi pintu keluar, telefon bimbit berdering. Queeny cepat-cepat menyambut panggilan sebaik sahaja memandang skrin.
“Queen, bayaran bulan lepas masih belum dijelaskan. Saya dah buat rayuan dan pihak hospital bersetuju bagi masa seminggu untuk awak lunaskan bayaran. Kalau tidak, mesin Arfa tu akan dicabut dan diberikan kepada pesakit lain.”
“Saya akan jelaskan hari ini juga, Ain. Tolong jangan cabut mesin tu dari Arfa. Saya janji!” Queeny bergegas menuju ke bahu jalan dan menahan sebuah teksi.
Holla besties, now Im back on track kikiki. Kisah mafia kejam vs wanita pejuang yg pantang undur kcuali ada road block aip! Abam Abe ni bakal menggantikan encik duda dan akan dilock selepas empat chapter yg boleh diakses secara percuma ya. Enjoy, peace and hugs!
Share this novel
okiesssss loveee
jangan lock please pleaseeee