BAB 3

Action Completed 37234

Queeny cuba beriak setenang yang bisa walaupun peluh sejuk seperti gerimis turun membasahi belakang, dahi dan ketiak. Jemari menari-nari di rambut panjang berombak yang diset cantik. Perlahan, beberapa helai rambut ditarik untuk menutup wajah.

Ah, lelaki itu takkan perasan niat dia yang cuba sembunyikan wajah dari terusan ditatap oleh sepasang mata yang terselindung di sebalik cermin mata hitam itu. Malangnya, sebuah senyum sinis terukir di wajah tampan itu sebelum jemari naik lalu menurunkan cermin mata hitam yang tersangkut di batang hidung mancung itu.

Queeny telan berdas-das air liur. Celaka! Mengapa kacak sangat? Terpegun saat menentang sepasang mata hazelnut bersinar bak rembulan di Taj Mahal itu. Serius, kacak gila.

“Speak! No drama or whatsoever coz I’m sick of it! Be honest… or I’ll crush your brains into pieces!” Queeny diserang panik saat lihat lelaki itu memegang kocek seluar. Tak mustahil lelaki bengis seperti Aisy Abednego membawa senjata bersamanya.

“Tuan! Maafkan saya…” Dengan pantas, Queeny menggosok-gosok telapak tangan di hadapan Aisy. “Saya bersalah kerana menipu tuan. Tolong fahami keadaan saya tuan. Saya terdesak dan perlukan wang.” Queeny buat muka paling kasihan di muka bumi untuk meyakinkan Aisy. Biarlah dia rendahkan diri daripada mati katak di tangan lelaki bengis itu.

Aisy menyangkut cermin mata gelapnya di leher baju lalu berpeluk tubuh merenung Queeny. Tatapan yang diberikan masih terlihat dingin dan sinis.

“I don’t let go people who did me wrong that easy, you know. Saya pendendam orangnya.” Jawapan yang Aisy beri buat Queeny terpempan. Semakin gemuruh jadinya. Nafas naik turun dengan laju, cuba mengawal rasa panik dan takut.

“Berikan saya peluang. Saya pinta tolong rahsiakan perkara ini dari Rania Thiyani. Bahawa tuan tahu yang saya menyamar. Saya dah tak boleh berundur sekarang kerana duit bayaran yang Rania berikan telah saya gunakan.” Queeny berterus terang kerana sudah tiada gunanya dia mahu menipu. Dalam keadaan tersepit macam ni, lebih baik dia cuba memancing rasa simpati Aisy.

Aisy masih diam di posisi. Hanya renungan dalam menusuk dilemparkan. Queeny jadi tidak senang duduk ditenung sebegitu.

“Tuan…err…” What should I adress him? Hampir Queeny garu kepala yang tak gatal. Tuan Aisy? Kedengaran agak feminin, tak padan langsung dengan karakter lelaki itu. Tuan Abednego? Huish, panjang tu… bisa berlilit lidah mahu sebut!

“Abe…” Queeny sebut sebaris nama itu lalu tersipu sedikit. Macam manja pula bila lidah sendiri yang menuturnya. Imaginasi liar mulai menguasai fikiran. Bayangkan lelaki setampan itu jadi pendamping hidup… aum!

“What?!”

“Tuan Abe!” Spontan sebaris nama itu meluncur dari bibir. Pantas Aisy menegakkan postur tubuh.

“That’s not my…”

“I’ll call you that… saya rasa nama tu sesuai dengan awak, sweet and manja.” Eh, dia ni lupa diri ke apa?

Aisy memicing mata. Sweet? Manja? That’s absurb!

PANG!!!

Terenjut bahu Queeny bila Aisy menghentak permukaan meja dengan kuat. Buntang mata memandang Aisy yang pada ketika itu sedang memandangnya dengan mata marak menyala.

“Do you want to seduce me to get away from this?” Kasar Aisy tanya. Jemari yang masih berada di atas meja digenggam erat hingga timbul urat besar di lengan. Tengah menahan marah. Berani sungguh wanita itu menggula-gulakan seorang Aisy Abednego?!

Sedar keterlanjuran diri, Queeny cepat-cepat menggeleng dengan wajah pucat lesi. Hish… asal boleh terleka dengan imaginasi entah apa-apanya tu? Queeny menyumpah dalam hati.

“No, no no nooo…. Of course no, tuan Abe. Saya akan lakukan apa saja yang tuan mahu saya lakukan asalkan Rania tidak tahu. Saya bersalah dan saya akan bertanggungjawab. Saya takkan larikan diri.” Bersungguh-sungguh Queeny cuba yakinkan Aisy.

“Apa saja?” Ulang Aisy dengan nada misterius. Queeny angguk, sesaat kemudian dia cepat-cepat geleng.

“Anything kecuali maruah diri!” Aisy tergelak sinis mendengarnya. Jelas sedang mengejek Queeny.

“Maruah diri? Do you still have that?” Kurang ajar benar! Siap pakej memandangnya dengan sinis sambil tertawa!

Queeny bingkas angkat punggung. Buku lima dikepal dengan rasa marah. Ikut hati mahu saja dilempang wajah yang sedang mengejeknya saat itu.

“You don’t know me so please shut up!” Bergetar suara menahan marah. Aisy memandang tajam dengan tawa yang masih bersisa.

“Sure?” Tanya Aisy pendek. Queeny terkesima beberapa saat. Cuba memikirkan adakah dia dan Aisy pernah berjumpa sebelum ini. Memang tak! Kalau lelaki setampan Aisy, tak mungkin dia akan lupa, never!

“Yes!” Dengan yakin Queeny jawab. Aisy mematikan senyum. Wajah kembali serius saat sebelah kening terjongket sedikit.

“Then let’s continue with this game. What should I do to you, huh? Should I just kill you and make sure I bury you with my own hands?”

Nooo!

Laju Queeny geleng. Dia bukan takut mati. Mati itu pasti! Cuma buat masa ini dia tidak mahu mati awal. Dia punya tanggungjawab besar terhadap seseorang.

“No, please jangan bunuh saya. Nyawa saya penting buat seseorang. Saya akan lakukan apa saja untuk menebus kesalahan saya tapi bukan dengan nyawa.”

Dahi Aisy sedikit bergaris bila dengar permintaan Queeny.

“Siapa? Seseorang itu siapa?” Tanya Aisy dengan agak kasar. Queeny angkat bahu. Rasanya tak penting pun Aisy tahu tentang hal peribadi dia. Aisy merengus bila lihat cara Queeny beri respon.

“Masih mahu bermain tarik tali?” Aisy mara merapatkan tubuh. Lengan sasanya memanjang lalu batang tengkuk Queeny dicengkam keras. Terbeliak mata Queeny dengan tindakan pantas dan tak terduga itu.

“Abe! Abe!” Queeny menjerit sebaris nama itu sambil cuba meronta untuk melepaskan diri.

“Call me by that name again and I swear I will break your neck!” Queeny terbatuk keras bila cengkaman semakin diperketatkan. Separuh mati cuba menarik tangan Aisy menjauhi leher hingga tak sedar sampai dicakar kulit tangan Aisy demi sedikit udara yang sangat-sangat dia butuhkan ketika itu.

“I… am… sorry!” Akhirnya berjaya juga Queeny tuturkan walaupun dalam keadaan nafas tersekat-sekat.

“Beg me!” Aisy mengarah dengan kasar. Dalam termengah-mengah mahu mencuri oksigen, sempat lagi batin menyumpah seranah lelaki itu. Mamat ni terencat akal ke apa? Dah hampir nak mampus macam ni pun mahu lagi disuruh merayu bagai? Mencerlung mata Queeny memandang Aisy.

“Beg me!!!” Aisy ulang dengan suara lebih keras.

You stupid jerk! Syaitan! Hantu segala hantu! Itu antara sumpah seranah Queeny saat itu. Nak jerit, suara tak mampu dikeluarkan. Yang terbit dari bibir hanya bunyi aaa…aaa… macam bunyi Ju-On ketika merangkak turun dari tangga.

Macam mana harus dia merayu? Aisy Abednego memang sengaja mahu menyusahkan dia!

“Rayu kepala hotak moyang hang hantu bangkit!!!”

Sunyi sepi!

Queeny tercengang. Begitu juga Aisy. Mereka saling beradu tatapan. Ianya mengambil masa beberapa saat untuk otak Queeny mencerna apa yang barusan berlaku tadi. Ya, dia yang melepaskan ayat makian sinis itu. Ayat yang sepatutnya hanya terlafaz dalam batin. Siapa sangka siapa menduga yang Aisy tiba-tiba melepaskan cengkaman dan ayat tersebut meluncur laju dari mulutnya. Salah dia ke? Tidak! Itu silap Aisy!

Saat sedar apa yang berlaku, Queeny pantas membongkok sambil tepuk-tepuk dada dan batuk sekerasnya. Badan perlahan dipusing ke belakang sambil sesekali mengerling ke arah Aisy. Now it’s time… satu… dua… batin mulai mengira. Run!!!

Macam tikus kedapatan mencuri Queeny lari lintang pukang. Aisy takkan kejar! Mana mungkin lelaki seganteng itu mahu merendahkan ego dan mengejar seorang wanita di dalam sebuah restoran yang penuh dengan pelanggan kan? Itu bicara batin Queeny saat melarikan diri.

Queeny hampir melepaskan nafas lega saat tubuh melintas pintu tanpa sebarang kesulitan. Malangnya, di luar restoran dua jejaka bertubuh besar lengkap berpakaian sut hitam mara menghalang laluan. Tak semena-mena, Queeny tarik brek kaki agar tubuh tidak merempuh jejaka-jejaka itu.

“Tepiii! Awas!!!” Jeritan panik Queeny hanya dipandang sepi. Dua jejaka itu langsung tidak berganjak. Queeny hanya mampu menutup mata dan terpaksa reda dengan apa yang bakal berlaku.

“Careful, young lady!” Kepala dicengkam saat suara kasar menerpa pendengaran. Perlahan, Queeny celik mata. Lega bila tiada perlanggaran berlaku. Tindakan pantas salah seorang jejaka itu menangkap kepalanya berjaya menghentikan pergerakannya.

“Terima kasih!” Queeny ucap sambil menggoyang-goyangkan kepala, mahu melepaskan diri dari cengkaman jejaka itu. Malangnya, salah seorang dari mereka merentap kedua-dua lengan Queeny lalu dikunci di belakangnya. Queeny tercengang saat tubuhnya dipusingkan ke arah pintu restoran.

Tambah terkejut bila lihat Aisy Abednego sudah terpacak di ambang pintu sambil merenungnya dengan sinis sekali. Queeny menyumpah lagi dalam batin. Sedar yang dia tak mungkin dapat melarikan diri dari lelaki itu. Aduhai Eluna Queeny… kau sendiri cari bala! Bagaimana sekarang? Otak ligat berfikir.

Aisy si tampan yang sedang memandangnya dengan wajah tanpa ekspresi melangkah satu-satu menghampiri. Saat Aisy berdiri tegak di depan Queeny, jejaka yang sedang memegangnya di belakang menghentak belakang lutut Queeny dengan keras sehingga dia jatuh melutut di hadapan Aisy. Queeny menjatuhkan wajah, tak sudi mahu memandang wajah terukir sempurna di depannya itu.

“Well, well… what do I do with you huh?” Sinis nada suara. Queeny merengus perlahan. Menyampah!

“Since you beg me, I’ll spare your life. How’s that? I’m being generous only with you.” Ceh, Berlagak! Batin Queeny terusan mengutuk. Cuma tak dipertontonkan kebenciannya saat itu. Yang dipamerkan di depan Aisy cuma keadaan dia yang menikus kerana terciduk menipu. Separuh hati mengejek Aisy. Beg? Dia buat tak ikhlas pun. Dia dipaksa.

“It’s not free. I can give you what you want but you have to do something for me.” Ada tawar menawar rupanya! Queeny menjeling dengan rasa jengkel.

“Will you pay me? I need a lot of money you know!” Dah terlanjur, lebih baik dia ikut dalam permainan gila seorang Aisy Abednego. Asal fulus masuk, dia akan menurut arahan lelaki itu. Aisy meletuskan gelak sinis. Berani sungguh perempuan ini! Tak jera-jera. Aisy merenung Queeny dengan tajam.

“Only if you survive in this mission!”

Queeny telan air liur. Mission apakah itu? Adakah dia akan pertaruhkan nyawa untuk melaksanakan tugasan tersebut? Ah, silap dia. Mengapa dia tidak belajar ilmu mempertahankan diri sebelum ini? Kalau setakat pegang pisau pemotong daging bolehlah dia berlagak, tapi kalau pegang pistol, confirm fail!

“You mean… tugasan yang akan saya lakukan… berbahaya? Oh dear!” Rahang jatuh sedikit hingga mulut membentuk huruf O. “Is it illegal? Tuan nak saya jadi orang jahat ke?” Tak dia peduli tatapan berapi Aisy. Takkan nak pendam saja semuanya sedangkan nyawa sendiri bakal terancam kan?

“I’ll explain later. Bring her to the car!”

Queeny tersentak mendengar arahan itu. Segera bebola mata bergolek memandang sekeliling. Tak ada seorang pun manusia yang berlegar-legar di situ dan melihat tubuhnya diheret pergi mahu tampil menolong. Why?! Adakah kerana dia cuma wanita biasa tanpa harta dan kedudukan?

“Tolong lepaskan saya! Lepaslah! Saya belum bagi persetujuan! Benda macam ni terlalu berisiko. Sepatutnya berilah saya masa sehari dua untuk fikirkan! Hey! Dengar tak ni?!” Tak seorang pun di antara mereka yang mempedulikan Queeny yang terpekik-pekik sepanjang jalan menuju ke kereta. Termasuk Aisy Abednego!

Aisy siap buka langkah luas-luas, mendahului mereka. Badan lebih dulu masuk ke perut sebuah kereta mewah berbadan panjang dengan cermin serba serbi gelap, macam kereta eksklusif yang biasanya digunakan oleh Perdana Menteri. Queeny berkeras tidak mahu masuk bila sedar dia bakal duduk di sebelah Aisy.

Perlukah macam tu? Dia sungguh tak sudi! Dia lebih rela disumbat di dalam bonet atau jadi supir berbanding berada begitu hampir dengan lelaki keji itu. Aisy mendengus. Memandang Queeny seolah mahu menerkamnya.

“Get inside, now!” Keras dan hampir hilang sabar. Queeny mencebik.

“Takde tempat lain ke? Kereta begini punya luas, kenapa saya kena duduk di sebelah awak hah?! Saya memban… hey!” Tak sempat menoktah kata, tubuh Queeny ditolak kasar dari belakang. Queeny terjelepok di atas riba Aisy.

Parah! Lelaki itu wangi sangat! Wangi yang begitu memukau jiwa. Dia ni mandi minyak wangi ke apa? Aisy pantas mengangkat kedua belah tangannya separas bahu lalu memutar bola mata dengan penuh rasa jengkel. Buntang mata Queeny saat sedar kedudukan wajahnya.

The hell! Banyak-banyak tempat, pehal wajahnya pergi landing dekat situ? Tak berkelip mata memandang bahagian yang agak tertonjol di pangkal paha Aisy. Tak sedar air ludah ditelan beberapa kali.

“Are you done? Get up before I kill you!”

Ah, bukan tergoda! Cuma terpegun melihat benda baru, ah gitu! Queeny cepat-cepat menggeleng bila imaginasi liar mulai menguasai minda. Dengan pantas, dia bingkas menegakkan badan dan memperbetulkan kedudukan tubuh agar tidak berada terlalu rapat dengan Aisy. Bahaya! Otak dah tercemar dengan aura kuning yang sangat kotor.

“Do you want me?” Damn! Mengapa perlu rendahkan suara dan guna suara dalam Aisy oi? Tak sedarkah ada jiwa yang tengah bergelora?

Queeny menyumpah dalam hati. Tak mungkin begitu mudah dia tertewas. Selama setahun, bukan tiada lelaki kacak jadi klien malah ada yang cuba mengorat tapi dia tak layan. Jadi, Aisy Abednego pasti tidak terkecuali. Dia kebal godaan, ya! Dia yakin tentang itu.

“No, you’re big!” Pantas Queeny cekup mulut. Kata-kata itu sepatutnya hanya tersimpan dalam minda! Macam mana boleh terlepas cakap?Kuat pula tu. Argh!!! Dia memang cari nahas.

“I can give you want you want. Do it with me in here.”

Terjegil mata saat memandang Aisy. Mamat ni dah senget ke apa? Ingat dia perempuan macam tu?

“Sorry… saya tak berminat!” Queeny tolak mentah-mentah. Siap tayang wajah geli geleman! Biar lelaki itu terasa. Apa lelaki itu ingat dengan pakej maha dewa yang dimiliki dia bisa menawan mana-mana gadis? Taik kera! Eluna Queeny takkan goyah!

Wajah tampan Aisy spontan berubah. Bebola mata Queeny ditusuk penuh dingin.

“You… refuse?” Ada rasa terkejut melalui lontaran suara. Queeny lempar renungan mengejek.

“Yup, I refuse!”

“Are you kidding me?”

“Nope, awak bukan lelaki idaman saya so yes, I refuse your offer!”

Aisy Abednego mengetap bibir. Lama renungan tajam dipaku ke wajah Queeny. Wajah kelihatan sedikit bingung.

“Jangan berlagak seperti wanita mulia! You are not that clean!” Berasap telinga mendengar sindiran pedas Aisy.

Not that clean? Adakah melakukan pekerjaan menjadi perempuan upahan bererti maruah juga turut tergadai? Hell no! Dia masih menjaga kesucian diri. Mahkota kebanggaan anak dara itu masih tersimpan untuk bakal suaminya. Tu pun kalau dia ada niat mahu berkahwin. Aisy memang kurang ajar! Suka hati menuduhnya buat perkara tak bermoral.

“You don’t even know me, so just shut up Abe!”

Bergerak rahang Aisy mendengar gelaran yang diberikan untuknya itu. Not that name again! Sungguh dia tidak menggemarinya. Apatah lagi bila Queeny siap kaitkan dengan perkataan sweet dan manja. Mahu tertonggeng dia dengar kata-kata itu tadi. Cis! Wanita itu berani sungguh bermain dengan seorang Aisy Abednego.

“But I know every woman wants me, and you are no exception. I only make an offer once, no repetition. If you want me, I’ll give you myself. Let’s do it here.” Seusai berkata, Aisy merapatkan tubuh. Wajah hampir menyentuh wajah Queeny.

Bengang campur terkejut, Queeny menolak tubuh Aisy dengan kasar. Sebuah tamparan deras hinggap di pipi Aisy. Semua berlaku secara refleks. Queeny benar-benar terkejut. Itu tindakan refleks kerana mahu selamatkan diri.

“How dare you?!” Jerit Aisy sambil memegang pipinya. Queeny tergagap bila Aisy menghunus renungan merbahaya ke arahnya.

“Stop! Please stop!!!” Dengan pantas Queeny menyilang lengan di hadapan Aisy. “Saya tak nak tuan, tolong jangan paksa saya. Duit! Saya cuma mahukan duit. Saya dah bersedia bertaruh nyawa untuk melaksanakan tugasan dan bukan melayan nafsu tuan!”

Pergerakan Aisy mendadak terhenti. Wajah terpempan memandang Queeny. Sungguh, saat itu dia merasakan yang dia seorang sex maniac bila lihat Queeny buat gaya seperti itu. Seperti seorang virgin yang masih polos merayu-rayu untuk tidak disentuh. Aisy mendengus. Dia tidak dapat terima kenyataan yang dia ditolak mentah-mentah oleh seorang wanita keji seperti wanita di depannya itu.

“Do it with me and I’ll shower you with money!” Aisy yang sudah diserang rasa tercabar terusan menekan Queeny. Duit? Tidak menjadi masalah! Anything asalkan bukan rejection, apatah lagi dari wanita di depannya itu.

Perlahan-lahan, Queeny menurunkan lengan. Wajahnya kini jelas terpampang di lensa mata Aisy. Melihat wajah cantik itu berkerut-kerut ketika berfikir, Aisy tersenyum nipis. Dasar mata duitan perempuan ini! Batin mengejek dengan rasa sebal.

“Sorry, I need money. But not by selling myself! I’ll work for money. Thank you for your kind offer.” Berbalam pandangan Aisy menahan rasa marah yang membuak-buak. Another rejection? Haruskah dia bunuh saja perempuan ini?

“Where are we heading, tuan Abe?” Semakin terbakar hati saat mendengar gelaran itu. Aisy meluruskan badan dan memandang ke depan. Tidak dijawab pertanyaan Queeny. Hati benar-benar bengkak saat itu. Bengang! Dia benar-benar bengang. Jauh di sudut hati, harus dia akui… hanya wanita itu yang berjaya buat dia terdesak!

“Tuan Abe?” Queeny masih mahu menuntut jawapan tanpa peduli wajah tampan yang semakin kelat itu.

“Shut up!” Aisy membentak dengan kasar. Sedikitpun tak menoleh ke arah Queeny. Hampir saja Queeny jelir lidah kerana rasa menyampah. Wajah dibuang jauh-jauh. Tak nak cakap, ya sudah! Dia pun tak sudi, tak terhegeh-hegeh nak perhatian dari lelaki kasar dan bengis itu.

Saat kereta mewah itu berhenti di depan sebuah bangunan yang kelihatan sesak dengan pelbagai jenis manusia dan ragam, dada Queeny dipalu keras. Oh dear! Pantas Queeny menoleh ke sebelah. Malangnya, separuh badan Aisy sudah berada di luar kereta. Queeny mengeraskan tubuh.

Bermacam-macam fikiran jahat bermain di minda bila lihat tempat tersebut. Bukankah sudah dia jelaskan pendiriannya kepada Aisy? Lalu, mengapa dia dibawa ke tempat seperti itu?

Tiba-tiba pintu di sebelahnya ditarik kasar. Tersembul wajah mencuka Aisy Abednego.

“Are you a princess? Tak nak keluar kalau pintu tak dibukakan untuk awak?” Padu sindirannya. Tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak sampai ke hati pun. Itu kerana saat itu Queeny terganggu dengan fikiran yang dipenuhi dengan anasir-anasir jahat.

“Get out!!!” Jeritan kasar Aisy menyentakkan Queeny. Sempat memandang sekeliling sebelum Queeny kelam kabut keluar dari perut kereta.

“T… tuan Abe… kita nak buat apa di sini? Saya dah cakap tadi kan? Saya akan lakukan apa saja kecuali menjual maruah diri.” Queeny pantas merapat ke arah Aisy bila tubuh dilanggar oleh seseorang yang sedang berjalan dalam keadaan terhuyung hayang.

“Hey! Watch where…” Lelaki dibawah pengaruh alkohol itu tidak jadi mahu mengamuk selepas memandang Aisy yang sedang merenung tajam ke arahnya. Queeny yang sudah berselindung di belakang Aisy hanya mengintai di sebalik tubuh sasa Aisy. “Sorry, my bad!” Lelaki itu kelam kabut berlalu selepas meminta maaf. Queeny menarik nafas penuh kelegaan. Mujur ada Aisy. Dia memang tidak sukakan kelab malam yang pastinya akan ada manusia-manusia kurang waras selepas menelan alkohol atau pelbagai jenis pil khayal.

“Saya tak sukakan tempat macam ni!” Rungut Queeny selepas beralih tempat. Kini dia berdiri di sebelah Aisy.

“Tak perlu berlagak suci! Suka atau tidak, tempat ni adalah tempat di mana awak akan jalankan tugasan pertama awak.” Bahu Queeny ditolak kasar untuk bergerak menuju ke pintu masuk. Queeny merengus berang. Kasar nak mampus! Siapa nak lelaki macam tu? Humban dia satu bank penuh duit pun dia tak sudi lelaki itu jadi pendamping hidup!

“Apa tugasan saya?” Queeny tanya curiga. Tugasan apa kalau di kelab malam? Jadi perempuan kabaret? Huh! Tak nak dia!

“Awak akan mengetuai rundingan bersama salah seorang ketua ahli kongsi gelap. Saya nak awak pujuk lelaki itu supaya kembalikan benda yang dia rampas dari saya. Tawarkan duit, berapapun yang dia nak saya akan beri. Cuba pujuk supaya tiada pertumpahan darah berlaku. Awak pasti mampu lakukan. Pergi sekarang!”

Terpinga-pinga seketul Eluna Queeny bila ditolak masuk ke dalam kelab malam yang penuh sesak dengan manusia. Masih bingung-bingung, dia pandang sekeliling. Siapa yang mahu dia temui? Aisy tidak beri sebarang maklumat. Hanya ketua kongsi gelap. Harus bagaimana mahu mencari lelaki itu di tempat yang penuh dengan manusia itu?

Tiba-tiba lengannya dipagut seseorang. Pantas Queeny menoleh ke sisi.

“Jangan takut cik. Saya ni orang tuan Aisy. Nama saya Arman. Saya akan temankan cik untuk berjumpa Leopard, ketua kongsi gelap itu.” Queeny mengangguk dengan rasa lega. Ingatkan Aisy akan biarkan dia seorang diri jalankan misi gila itu. Of course gila. Tak pernah dia berurusan dengan ahli kongsi gelap sebelum ini.

“Leopard dan orang-orangnya sedang menunggu di salah satu bilik VVIP di tingkat satu.” Terang Arman lagi sambil menarik Queeny.

“Cik ambil ni sebagai langkah berjaga-jaga!” Buntang mata Queeny saat dihulur sepucuk pistol bersaiz kecil sebesar tapak tangan.

“Ia telah terisi dengan peluru. Tinggal tarik pemicu bila berlaku kecemasan. Cik pernah guna pistol sebelum ini tak?” Queeny telan air liur. Sumpah, seumur hidup ini kali pertama dia sentuh pistol betul. Pistol mainan tu lain cerita!

“Cik cuma perlu acu muncung pistol ke arah target dan tekan pemicu. Mudah bukan? Sekarang saya nak cik sorokkan pistol ni di badan cik.”

Queeny memandang pistol tersebut dengan rasa ngeri. Tergagap-gagap mahu menyentuh benda menakutkan itu. Jelas jemari terketar saat dihulur untuk menyambut pistol tersebut. Sorokkan di tubuh? Masalahnya dia sedang memakai gaun, bukan seluar yang boleh dia sisipkan benda tu.

“Sorokkan cepat sikit. Bahaya kalau pihak musuh melihat benda tu.” Bisik Arman sambil memandang sekeliling. Panik, Queeny masukkan pistol di dalam dada, di celah baju dalam yang dipakai. Merah wajah saat Arman memandang dengan mata terbelalak.

“Ehem!” Arman terus berdeham janggal bila Queeny membulatkan mata. “Bilik Leopard di depan tu je.”

Queeny menarik nafas dalam-dalam ketika mereka mematikan langkah di depan sebuah pintu yang tertutup rapat. Dari luar, dapat dia dengar suara bising di dalam bilik.

“Ingat pesan tuan Aisy, jangan ada pertumpahan darah. Pujuk sehingga Leopard bersetuju dengan cara halus.” Queeny angguk dengar pesanan Arman sebelum daun pintu ditolak oleh Arman.

“Seriously?! As expected, Aisy si pengecut tu hanya hantar wakil!” Satu suara parau bergema saat mereka berdua melangkah masuk. Queeny cuba ukir senyuman terpaling manis di dunia. Tanpa disuruh, dia duduk bertentangan dengan lelaki bersuara parau yang dia duga Leopard. Hanya lelaki itu nampak menonjol auranya di situ.

“Aisy punya komitmen lain, tuan Leopard. Wah, comel sungguh kucing tuan. Ini spesis apa ya?” Bebola mata tertancap pada seekor kucing yang sedang baring bermalasan di riba Leopard. Comel sungguh dengan mata bulat beriris biru yang sedang memandangnya dengan tajam.

“It’s a Persian Munchkin and yes, kucing ni memang comel dan manja.” Leopard ketawa sinis usai berkata. Kucing di riba diusap-usap dengan lembut.

“Tuan pencinta haiwan ya?” Cuba memancing cerita. Leopard terangguk-angguk.

“Saya memang pencinta haiwan. Tapi bukan haiwan jinak! Saya sukakan cabaran you know!” Queeny tersenyum sumbing. Dah tu kucing tu liar ke? Hanya dalam batin berani mengutuk.

“I didn’t expect that brat sends a girl to me! Go home, young girl! It’s him I want, not you!” Queeny mengetap rahang. Dia harus berunding sampai jadi. Itu misi yang harus dia laksanakan. Kalau tidak, percuma dia berada di situ. Dia perlukan duit untuk membayar semula duit Rania yang telah dia gunakan.

“Aisy sanggup bayar berapapun yang tuan pinta asal tuan kembalikan benda miliknya. Saya perlukan persetujuan tuan. Saya minta maaf bagi pihak tuan saya kerana hanya menghantar saya sebagai wakil. Tapi percayalah, tuan saya pasti datang kalau dia tidak punya komitmen penting.”

“That’s mean, saya ni bukan penting bagi Aisy, begitu? Lelaki itu memang pandang rendah pada saya!”

PANG!

Queeny hampir terlompat bila Leopard menghentak meja dengan kuat.

“Tak, bukan itu maksud saya tuan. Saya cuma…”

“Tell him saya takkan pulangkan benda yang datang sendiri kepada saya, mencerobohi kawasan saya dan merosakkan benda berharga saya! It’s mine now!” Leopard membentak dengan suara keras. Marak bebola mata saat ditusuk ke anak mata Queeny. Hampir terkucil air kencing. Queeny cuba bertenang. Nafas dihembus perlahan-lahan.

“Aisy akan bayar segala kerugian tuan. Itu janjinya.” Queeny masih berusaha memujuk. Leopard tertawa sinis.

“I don’t need money, sweetheart! I wonder, why on earth he sends you here? Dia ingat dengan menggunakan wanita saya akan berlembut?”

Queeny telan air liur bila mata Leopard menyoroti dia dengan ganas.

“I give you three seconds to leave or…” Glup! Terketar sekujur tubuh saat Leopard menarik sepucuk pistol lalu diajukan ke arah Queeny.

“Tuan… jangan bunuh saya. Saya cuma menjalankan tugas.” Bergetar suara Queeny memohon simpati. Leopard hanya memandang sinis.

“One…” Oh, dear! Memang ahli kongsi gelap sekejam itukah?

Belum sempat menarik nafas, lengannya dirembat oleh seseorang.

“Run!” Hampir tergolek tubuh saat ditarik pergi dari situ dalam keadaan tergesa-gesa. Queeny cuba mengejar langkah kaki Arman yang sangat luas dengan sedaya upaya.

“Two!” Peluh sejuk memercik ke dahi! Saat itu sungguh Queeny terasa seperti nyawa benar-benar berada di hujung tanduk. Pergerakan begitu lambat dia rasakan untuk sampai ke pintu walaupun kakinya sudah kebas kerana berlari memakai kasut tumit tinggi.

“Three!”

BANG!

Seraya jeritan lantang Leopard, sedas tembakan dilepaskan. Arman pantas menoleh ke belakang untuk melihat Queeny.

“Arman!” Queeny menjerit lemah. Tiba-tiba sebelah kaki begitu berat untuk digerakkan.

“Cik!” Arman mematikan langkah lalu menarik lengan Queeny. Wajah Queeny jatuh ke bawah. Menggigil tubuh saat melihat darah menitis laju di atas lantai.

“Arman!” Tubuh rebah ke arah lelaki itu.

“Bodoh!!!” Satu jeritan kasar bergema. Bunyi tembakan berjurut-jurut dilepaskan selepas itu. Tubuh Queeny jatuh ke dalam pelukan seseorang. Seseorang yang berbau sangat harum. Hilang kesakitan yang dia rasai saat menghidu haruman seperti tertumpah sebotol minyak wangi itu.

“Dare to toy me, old man?! See you in hell!”

BANG!

“Get Boba! Orang tua celaka! Berani dia curi Boba saya!!!”

Boba? Sungguhpun kesedaran hampir ke penghujung, telinga Queeny masih sempat menangkap dengan jelas jeritan marah itu.

Adakah Boba yang jadi perebutan dua manusia keji itu? Serius? Siapa Boba?

Pandangan bertukar jadi gelap gelita tanpa sempat dia temui jawapan!

Nak bagi nama Bobo tapi erm...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience