Get the app for full experience
HARI MINGGU sudah tiba, Aku tersenyum sambil memejamkan mata. Walaupun jam sudahpun menunjukkan pukul 8 pagi, aku masih lagi berbaring di atas katil sambil memeluk bantal dengan erat. ‘Ah, weekend has been started.’ Getus hatiku gembira. Gembira kerana tiada bayangan Elle. Gembira tanpa gangguan gadis itu. Kalau tidak, Elle sering muncul dan membuat hidupku tak tentu arah. “Zayden. Jaga rumah kejap ya? Nenek nak pergi ke pasar dengan Makcik Yati kejap.” Kata Nenek di sebalik pintu bilikku. “Hm..” sahutku dengan mata yang terpejam. 5 saat.. 10 saat.. Aku sudahpun terlena semula. Tock Tock Tock! Pintu rumah diketuk dengan kuat. Aku mengerutkan dahi. Aduh ...