Bab 1

Romance Completed 18371

Aku memandang gadis dihadapanku. Ketika ini perasaanku bercampur baur. Gembira, terkejut dan juga keliru. Pada mulanya dia turut mempunyai reaksi yang sama apabila melihatku, tetapi setelah aku memandang matanya, dia terus tersenyum ke arahku. Senyumannya masih lagi sama. Manis seperti dahulu...

"How's life?" Soalku.

Dia tersenyum sesaat.

"Same as always."

Aku membalas senyumannya. Sudah 10 tahun aku tidak berjumpa dengannya. Kali terakhir aku melihatnya ketika kami berdua tamat menduduki SPM. Setelah itu, aku terus mendapat berita yang dia sudahpun berpindah ke Kuala Lumpur dan mengikut ibu kandungnya. Sejak itu, aku tidak lagi bertemu dengannya.

Dia tersenyum lebar ke arahku. Aku hanya memandang. Tidak faham mengapa dia kelihatan teruja melihatku semula. Adakah dia rinduka..

"Ivan, you dah jumpa dengan staff baru kita? I kenalkan Elle..."

"Elle Zelene. Yeah.. She was my classmate." Kataku sambil tersenyum.

Ms. Emily memandang kami berdua dengan reaksi yang teruja.

"Oh, i see! Dah kenal lama lah kiranya! " Ms. Emily ketawa dan terus memandang Elle.

"By the way, Elle. Ivan ni dah kerja lama kat sini. Dah nak dekat 4 tahun. So apa apa yang you tak faham, boleh aje refer kat dia, okey?" Kata Ms Emily. Wanita berbangsa cina itu.

Elle memandangku kemudian dia menoleh semula ke arah Ms Emily.

"Okey Ms Emily. Thanks."

Aku masih lagi memandangnya dan dapat merasakan yang dia semakin berubah. Tidak lagi seperti dahulu. Kali ini dia kelihatan lebih matang dan juga feminin. Sebaik saja Ms. Emily beredar, dia menoleh semula ke arahku dan mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Sekeping kertas dan juga pen. Aku mengerutkan dahi apabila melihat dia menulis sesuatu di atas kertas itu.

Dia menghulurkan kertas itu pdaku. Lalu aku membaca isi di dalamnya

+ Later, wanna lunch together?+ Elle

Oh. Dia masih lagi Elle yang sama. Menulis sesuatu di atas kertas dan meminta aku baca apa yang ditulisnya. Aku memandangnya lalu menganggukan kepalaku. Memandangkan hari ini hari pertama dia berkerja di syarikat itu, sudah pasti dia tidak mempunyai teman untuk keluar makan tengah hari bersama.

"Shepherd and The Sheep"

Ayat itu mula muncul di mindaku. Gelaran yang diberikan oleh rakan sekelas kami pada kami berdua. Aku terus mengetap bibir. Bukannya aku ingin selalu mengikut ke mana saja Elle pergi. Tetapi aku sendiri yang rela hati ingin mengikutnya. Dia sangat berbeza dengan mana-mana manusia yang aku kenal.

'People are so complicated but Elle is different.' ujarku di dalam hati.

*****

10 TAHUN yang lalu..

AKU begitu fokus mendengar apa yang diberitahu oleh Cikgu Aminah. Bagiku, Cikgu Aminah adalah cikgu Bahasa Inggeris yang paling garang di sekolah itu. Lagipula, peperiksaan untuk percubaan SPM semakin hampir dan aku tidak lagi mempunyai masa untuk bermain dengan telefon bimbitku.

"Hachoo!"

Aku menoleh ke arah gadis yang duduk di sebelahku. Elle Zeline. Gadis itu menggosok-gosok hidungnya lalu dia tidur berlapikkan tanggan diatas mejanya. Aku hanya memandang. Tidak menyangka yang gadis itu begitu berani tidur di dalam kelas Cikgu Aminah.

"ELLE ZELENE!!" jerit Cikgu Aminah lalu menepuk meja Elle dengan buku yang dipegangnya.

Aku terus memandang ke arah lain. Tidak mahu terlibat dengan gadis itu.

Elle terus menguap dan menggosok matanya.

"Ha?" Soalnya

Aku membulatkan mataku. Masih lagi tidak memandangnya. Biar betul? Beraninya gadis itu di hadapan Cikgu Aminah.

"Kalau kamu rasa dah taknak belajar, kamu boleh keluar dari kelas saya sekarang!" Jerit Cikgu Aminah.

Semua rakan sekelasku melihat kearah Elle. Ada yang ketawa dan ada juga bergossip.

Aku tidak memandang ke arah mereka dan Aku tidak mahu terlibat dengan gadis itu.

Elle terus bangun dan menggalas beg sekolahnya.

"Hm..." katanya dengan malas. Dia terus keluar dari kelas itu.

"Menyusahkan betul budak ni." Getus Cikgu Aminah.

Aku hanya diam.

"Okey class, kita sambung balik..."

Tiba-tiba Elle masuk semula ke dalam kelas.

"Apa lagi yang kamu nak, hah?!" Soal Cikgu Aminah dengan garang.

Elle melihat kearahku. Aku terus melarikan pandangan. Kenapa dia pandang aku?!

"Saya tertinggal barang." Katanya.

"Hah, ambil lah cepat dan keluar dari kelas saya sekarang!" Marah Cikgu Aminah.

Elle masih lagi memandangku. Aku terus berpura-pura tidak melihatnya. Tetapi.. aku menoleh ke arahnya sekilas. Dia masih lagi merenungku tajam.

Aku menelan liur.

Kejap.. kenapa dia tengok aku lagi? Aku terus berpura-pura membaca buku teks. Cuba mengelak dari memandangnya.

Tetapi jantungku hampir terhenti apabila dia mula berjalan dan berdiri di hadapan mejaku.

Perlahan lahan aku mendongak ke arahnya. Mata kami bertemu.

Elle terus menarik lenganku dan menarikku supaya mengikutnya keluar.

"Elle! Kenapa kamu tarik Ivan sekali?!" Marah Cikgu Aminah.

Elle memandang Cikgu Aminah. Pandagannya kelihatan kosong.

"Kan saya dah cakap, yang saya tertinggal barang." Katanya lalu menarikku keluar dari kelas itu.

Aku mengetap bibir. Barang? Aku ke?

Aku sempat lagi melihat Cikgu Aminah memicit kepalanya sambil membebel. Kemudian aku melihat Elle yang sedang menarikku. Kenapa? Kenapa mesti aku terlibat dengannya juga?

*****

AKU mengerling ke arah Elle yang sedang duduk di sebelahku. Aku sendiri tidak tahu kemana dia membawaku. Kini kami berdua hanya duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan laut. Aku masih lagi tertanya tanya. Kenapa dia bawa aku ke sini? Menagapa aku harus terlibat?

Elle mengeluarkan kotak rokok di dalam beg sekolahnya. Aku membulatkan mata. Tidak menyangka yang gadis itu sudah merokok ketika masih bersekolah!

Elle meletakkan batang rokok itu kebibirnya tetapi aku pelik kerana dia tidak menyalakan langsung api ke rokok itu.

Elle memandangku.

"Kau mesti pelik kenapa aku tak nyalakan api?" Soalnya selamba.

Aku hanya memandang.

Dia tersenyum sedikit. Lalu melihat ke arah laut.

"Sebab api tu membunuh." Ujarnya lagi.

Aku terus memandang ke arah laut.

"Kenapa.. kau tarik aku sekali?" Soalku

Elle menarik nafasnya lalu dia menyelitkan batang rokok itu di tepi telinganya.

"Hm? Because you're different.."

Aku mengerutkan dahi. Different?

Elle senyum.

"Diorang selalu tegur sikap buruk aku. Diorang selalu nampak kesalahan aku. Diorang selalu tengok aku dan akan anggap yang aku ni budak problematic. Budak yang bermasalah." Katanya. Kemudian dia melihatku.

"Tapi kau.."

Aku memandangnya.

"Kau tak pernah tengok aku. Setiap kali aku pandang kau, kau akan tengok ke tempat lain. Kau tak pernah tegur aku dan kau langsung tak judge aku."

Aku diam. Mana ada Elle, Aku judge aje kau.. Tapi dalam hatilah.

"Tapi.. kenapa aku kena terlibat dengan kau juga?" Soalku lagi dan memandangnya.

"Sebab sekarang ni kau dah tengok aku." Katanya

Aku terkedu.

"Life is fun right?" Soalnya sambil ketawa.

Dia menghulurkan rokok itu kepadaku. Aku terus menggeleng. Dia tersenyum dan membuang rokok itu ke tanah. Dia mengambil headphonnya di dalam beg lalu memakainya di atas kepalanya. Aku melihat dia mengangukkan kepala mengikut rentak lagu di headphone itu.

'She's weird..' getusku di dalam hati.

Aku terus bangun tetapi dihalang lagi olehnya.

"Stay." ujarnya tanpa melihatku.

Aku terdiam lalu duduk semula sambil menghela nafas berat.

*****

Loceng sudah berbunyi menandakan waktu pulang. Aku terus bangun dan memasukkan buku buku kedalam beg sekolah.

"Hoi, budak nerd." Kata Akmal. Rakan sekelasku.

Budak yang suka acah macho dan cool, tetapi hakikatnya biasa-biasa saja. Aku mendongak melihatnya.

"Kau dah jadi kambing budak pelik tu ke?" Soalnya sambil ketawa besar.

"Shepherd and The Sheep" kata rakannya Rafi lalu mereka ketawa bersama.

Oh.. nampaknya nasib malang aku dah tiba. Aku cuba untuk tidak terlibat dengan gadis itu tetapi semuanya musnah.

"Memang sesuai pun kau dengan dia. Pengembala dengan biri-biri." Kata Akmal sambil ketawa.

Tiba tiba Elle muncul sambil mengunyah chewing gum.

"Boleh tak kau blah dari sini? Yang kau duduk tu meja aku." Kata Elle selamba. Akmal terkejut lalu dia berdiri dan mendekati Elle.

"Weirdo." Bisik Akmal. Tapi masih jelas ditelingaku.

Elle tersenyum sinis.

"Yes i am. So what?" Katanya lalu menumbuk perut Akmal.

Aku terkejut.

Akmal mengerang kesakitan.

"Tak guna kau!" Jerkah Akmal dan ingin menampar wajah Elle tetapi aku terus berdiri di hadapan Elle, akmal menghentikan tindakannya.

"Kau cakap.. kau cool. Tapi kenapa nak pukul perempuan?" Soalku dengan nada bergetar.

Akmal mengetap bibirnya geram. Dia terus menolak tubuhku.

"Wah. Sekarang ni kau nak tunjuk hero lah depan awek? Pergh. Dasyat betul kau eh sekarang? Nak kena tumbuk ke?!" Jerkahnya

Aku menelan liur.

Elle terus berdiri di tengah tengah kami berdua.

"Kau jangan sampai aku jerit panggil cikgu." Marah Elle sambil mencerlung ke arah Akmal.

Akmal ketawa. "Buatlah kalau berani."

Jantungku berdebar.

Elle tersenyum sinis .

"CIKGUUUUU!!!!!!!" Jeritnya sekuat hati.

Aku terkejut mendengar jeritannya.

Akmal menutup telinganya. Rakannya melihat ke arah luar kelas dan kelihatan gelabah memandang Akmal.

"Woi! Mal. Cikgu Misai tu nak datang!"

Akmal menjegilkan matanya ke arah Elle dan aku.

"Tak guna betul korang ni, Tak apa. Harini hari korang. Siaplah kau nanti." Dia memandangku tajam.

Aku menahan nafas.

"Korang berdua ni.. sampah!" Katanya dan keluar dari situ. Rafi memandangku lalu berlari mengikut Akmal keluar.

Jantungku berdegup laju. Tidak pernah aku berkata
begitu pada Akmal. Jauh di sudut hati, aku takut dengan Akmal. Kerana itulah aku sering membuat hal aku sendiri dan tidak mahu terlibat dengan sesiapa.

Elle memandangku. Dia mengeluarkan chewing gum di poket baju sekolahnya. Aku hanya mengerling.

"Chewing gum?" Soalnya dan menghulurkan chewing gumnya padaku.

Perlahan-lahan aku mengambil chewing gum itu dan memakannya.

"Sekarang ni kau yang nampak cool, bukannya mamat tu." Kata Elle dengan senyuman. Dia membuat belon dari chewing gum tu.

Aku hanya diam dan mengunyah chewing gum itu.

Ketika aku ingin pulang ke rumah, aku berasa pelik kerana Elle mengikutku dari belakang. Apa yang gadis itu inginkan lagi dalam hidupku? Kenapa dia mula menganggu hidupku?

"Kenapa kau ikut aku?" Soalku tanpa melihatnya di belakang.

Elle terus berlari ke arahku.

"Hm? Oh.. Rumah aku pun lalu kat jalan sini."

Aku hanya diam.

Elle menghentikan langkah apabila melihat seorang lelaki tua di hadapan kami. Aku melihat Elle mengetap bibirnya. Dia menarik tangan lelaki tua itu agar jauh dariku.

Ingin saja aku beredar dan tidak mahu masuk campur dengan urusan gadis itu tetapi kakiku masih lagi kaku dan tidak bergerak. Aku ingin tahu siapa lelaki tua itu pada Elle. Kenapa Elle kelihatan gelisah?

Aku mengerling ke arah mereka dan melihat Elle mengeluarkan duit dari beg dompetnya. Aku megerutkan dahi. Siapa lelaki tua itu? Lelaki tua itu tersenyum lebar dan menepuk kepala Elle beberapa kali lalu beredar pergi.

Elle berjalan semula ke arahku dengan senyuman.

"Sorry. Ada hal tadi." Kata Elle

Aku hanya diam. Bukannya aku ada kena mengena dengan gadis itu. Tetapi rasa ingin tahuku membuak buak.

Kami meneruskan perjalanan sambil mendiamkan diri. Tiba-tiba dia melihat jam di tangannya.

"Eh, aku nak kena balik cepat. Sebab nanti shift aku dah mula." Katanya sambil ketawa.

"Kau kerja?" Soalku

Pelik sebab kami berdua masih lagi bersekolah tetapi dia sudahpun membuat kerja separuh hari. Mengapa dia perlu bekerja sedangkan dia masih lagi belajar? Aku mengerutkan dahi sehinggalah aku sampai ke rumahku.

Hi, Lovely Readers! Terima kasih sebab sudi baca novel pertama saya. Setelah sekian lama nak publish novel kat apps ni, akhirnya berjaya mengorak satu langkah! Hehe. Thank you guys sebab support! Hope the best for you guys too! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience