AKU merebahkan tubuhku di atas katil lalu memejamkan mata. Hari ini, tubuhku berasa sangat letih. Aku sendiri tidak menyangka yang aku akan bercakap dengan Elle. Sedangkan aku menganggap semua yang berasa di dalam kelas itu tidak wujud. Termasuk Elle. Tetapi gadis itu seolah olah ingin memasuki duniaku. Aku menghela nafas. Begitu letih untuk mengambil tahu tentang hal manusia.
"Zayden.." panggil nenekku di sebalik pintu.
"Pergi lah mandi dulu. Lepas tu kita makan sekali ya?" Kata Nenek sambil tersenyum. Ibu dan ayahku sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, ketika itu aku masih lagi kecil dan sejak itu aku hanya tinggal bersama nenek.
Aku terus mengangguk dan mengeliat kecil. Perlahan-lahan aku bangun dan mencapai kain tuala yang disidai di dalam bilikku dan beredar menuju ke bilik air. 'Lepas ni aku nak kena study untuk exam' getusku dalam hati. Usai saja aku membersihkan diri, aku dan Nenek makan bersama.
"Macam mana dengan sekolah?" Soal Nenek sambil menyuap nasi ke dalam mulut.
Aku mengunyah nasi yang berada dalam mulut sambil menonton televisyen.
"Okey aje . Macam biasa. Minggu depan dah exam."
Nenek tersenyum sedikit.
"Kamu belajarlah rajin rajin. Cari kerja yang bagus. Nanti bila Nenek dah tak ada, senang sikit hidup kamu.. "
Aku menoleh ke arah Nenek.
"Kenapa nenek cakap macam tu? Tak baiklah."
Nenek tersenyum.
"Bukan apa.. Nenek taknak tengok kamu hidup susah. Nenek nak tengok kamu berjaya dalam hidup. Lagipun, kamu masih muda lagi.. Bila dah besar nanti dapat kerja bagus. Nenek bersyukur sangat."
Aku mengangguk faham. "Baik Nek.. InshaAllah.."
Tiba-tiba Nenek menepuk dahinya.
"Oh ya! Nenek lupa nak pesan kat kamu petang tadi.. Nanti boleh tak kamu pergi kedai? Nenek nak mintak kamu belikan roti dengan mentega untuk makan esok pagi.. Boleh kan?"
Aku mengangguk "Okey."
***
AKU berjalan ke kedai runcit berhampiran dengan rumahku untuk membeli barang yang dipesan oleh Nenek. Sebaik saja aku meletakkan roti dan mentega itu di atas meja cashier. Aku terus terkejut setelah melihat gadis dihadapanku itu.
Oh.. di sinilah dia bekerja.
Elle turut terkejut melihatku. Kemudian dia tersenyum.
"Hi selamat datang. Yang ni saja ke?" Soal Elle
Aku terus mengangguk.
"Bila kau start kerja kat sini?" Soalku
Elle mengangkat keningnya.
"Oh. Baru aje semalam." Katanya sambil tersengih.
Tiba tiba seorang lelaki berbadan gempal berdehem ke arah Elle.
Elle tersedar dan terus membuat kerjanya.
"Semua sekali RM 5.70 sen" katanya padaku.
Aku terus memberikannya wang itu.
"Terima kasih. Datang lagi." Kata Elle ramah.
Aku mengangguk dan membuka pintu keluar. Tetapi tanganku terus terhenti lalu aku menoleh ke arahnya.
"Pukul 11?" Soalku
Elle mengangguk.
Aku turut mengangguk faham dan beredar keluar.
Ketika aku berjalan pulang. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Sudah pukul 8:30 malam. Aku terus duduk di hadapan kedai itu dan menelefon nombor rumah.
"Hello?" suara Nenek kedengaran.
"Assalamualaikum nek. Zayden balik lambat sikit. Ada hal." Kataku
"Waalaikumsalam , ha baiklah. Jangan balik lambat sangat. Esok kamu tu sekolah."
"Okey . Bye nek." Kataku dan mematikan talian.
Aku terus memandang kosong di hadapan jalan raya itu.
'Apa yang aku buat ni? Kenapa aku tak terus balik aje?' Soalku di dalam hati. Aku mengetap bibir dan menguap. Mataku terasa sangat berat. Mungkin keletihan semasa di sekolah tadi. Tanpa aku sedar aku sudahpun terlena di tepi kedai itu.
Perlahan lahan aku membuka mata apabila merasakan seseorang meniup wajahku. Aku terus membulatkan mata setelah melihat Elle di hadapanku.
"Hah? Pukul berapa dah ni?" Soalku sambil melihat telefon bimbit. Sudah menunjukkan pukul 11 malam.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Elle
Aku kaku. "Err.. aku.."
Elle masih lagi memandangku.
Aku menelan liur. Tidak mahu dia salah faham yang aku menuggunya pulang. Bagiku memang sangat bahaya sekiranya dia pulang kerumah seorang diri ketika waktu-waktu macam ni.
"Aku.."
Elle tersenyum "Jom balik."
Aku terus mengangguk.
Kami terus berjalan pulang sambil mendiamkan diri. Aku mengerling kearahnya.
"Kau tak penat ke? Sekolah.. lepastu buat kerja part time?" Soalku memecahkan suasana sunyi antara kami.
"Hm? Tak pun." Dia ketawa
Aku merenungnya. Tidak berpuas hati dengan jawapannya.
Elle terdiam lalu dia tersenyum ke arahku.
"Aku tak ada pilihan lain.." Ujarnya.
Tak ada pilihan? Pilihan apa?Aku mengerutkan dahi. Tiba tiba saja teringat tentang lelaki tua yang mengambil duit dari Elle.
"Lelaki tua tu.. siapa?" Soalku
Elle menghentikan langkah. Aku turut berhenti.
Wajah Elle terus berubah. Aku menelan liur. Salah ke apa yang aku tanya?
Tiba tiba Elle ketawa.
Aku mengerutkan dahi. Eh??
Elle ketawa dan melihatku.
"Malam ni kau banyak cakap eh? Aku ingat kau ni jenis yang tak suka bercakap?" Soalnya sambil ketawa.
Aku mengerdipkan mataku sambil memandangnya dengan terpinga pinga.
Elle menghentikan tawanya dan tersenyum ke arahku.
"Dia ayah aku. Jadi aku sebagai anak. Kenalah bagi duit kat dia. Betul tak?"
Aku terkedu. "Huh?"
Elle berdehem lalu ketawa "Kenapa?"
Aku mengerutkan dahi.
"Bukan ke tu tanggungjawab dia.. bagi duit kat kau. Lagipun kau kan sekolah lagi. Kenapa kau pula yang kena bagi kat dia?" Soalku dengan kerutan di dahi.
Elle terdiam. Dia mendekatkan wajahnya denganku.
Aku terus terkejut
"Hmm pelik.. betul ke ni Ivan Zayden? Ke orang lain ni?" Soalnya sambil memegang dagunya sendiri
Aku terkedu. "Hah?"
"Kau lebih banyak bercakap dari biasa." Kata Elle sambil tersenyum sedikit
Aku memandang ke arah lain . Semua ni berpunca dari rasa ingin tahu yang ada di dalam otakku sejak tadi.
"Oh aku.."
Elle menarik nafasnya dan tersenyum sedikit. Dia mula berjalan.
"Actually, mak dengan ayah aku dah lama bercerai. Jadi aku dengan adik aku aje lah yang stay dengan ayah. Lepas aje ayah dengan mak aku bercerai.. ayah aku dah kena buang kerja. Sebab tu lah dia dah tak macam dulu. Emosi dia tak stabil lagi.. So.. aku lah yang kena ambil alih. Nak taknak aku kena tanggung hidup adik dengan ayah aku.. Kalau tak, macam mana nak dapat duit, betul tak?" Jelasnya
Aku terkedu. "Tapi. Kau kan sekolah lagi.."
Elle tersenyum ke arahku.
"Disebabkan aku masih sekolah. Aku tak boleh kerja ke?"
Aku terdiam. "Bukan macam tu.. maksud aku ayah kau tu.."
Elle ketawa sedikit.
"Aku ni seorang anak. Jadi memang tugas seorang anak kan? Bahagiakan keluarga dia?"
"Bahagiakan keluarga?" soalku dengan rasa yang berbaur.
Aku mengetap bibir.
"Even aku ni tak berapa kenal sangat dengan kau, aku memang tak setuju langsung dengan perspektif kau tu, Elle. Kau masih ada ayah lagi, Elle! Dia yang sepatutnya tanggung hidup kau. Tugas kau sekarang ni sebagai anak. Kena belajar rajin rajin. Dapat markah yang bagus. Banggakan diri kau sendiri. Happykan diri kau. Bukannya untuk puaskan hati semua orang." Ujarku tegas.
Entah mengapa aku berasa sangat marah ketika ini. Mungkin kerana aku sudah tidak mempunyai ayah dan tidak merasa kasih sayang dari seorang ayah. Jadi aku cuma mahu melihat tanggungjawab sebenar seorang ayah pda anaknya.
Elle terdiam lama.
Aku mengetap bibir. Berasa serba salah terhadapnya.
"Elle, sorry.. aku.."
Aku dapat melihat Elle ketawa. Tetapi tawanya kini sangat berbeza. Dia ketawa sambil mengalirkan air matanya.
Pertama kali aku melihatnya menangis.
"Aku dah penat.. aku dah penat tahu tak.." kata Elle sambil ketawa. Air matanya masih lagi mengalir
Aku memandangnya.
"Aku dah penat sangat dengan semua ni.. Aku dah penat nak cari duit kat ayah.. Aku dah penat nak bagi adik aku makan. Kadang-kadang kat rumah kami pun, makanan langsung tak ada.. sampai aku terpaksa jual semua tin kosong untuk dapatkan duit bagi adik aku makan.." suaranya serak.
Aku tergamam mendengar ceritanya. Sampai begitu sekali Elle bertahan untuk hidup?
Elle mengesat matanya.
"Tipulah kalau aku cakap aku taknak jadi macam budak-budak yang lain.. dapat hidup normal macam orang lain. Ada family yang selalu support diorang.. Parents yang selalu bangga bila anak diorang dapat result yang bagus. So aku pun akan happy.. tapi.. sekarang ni.."
Dia memandangku dengan senyuman.
"Aku tak kisah pun pasal diri aku.. sekarang ni aku cuma fikir pasal adik aku aje.. Ibarat hidup aku ni.. hanya untuk dia. Untuk dia survive. Kalau aku tak ada, dia nak survive macam mana?" katanya lagi
"Salah ke aku bekerja? Nak bagi adik aku makan? Salah ke?" Soal Elle sambil memandangku
Aku terdiam.
"Tak salah.. tapi.. kau perlu fikir pasal diri kau juga.." ujarku perlahan. Berasa simpati dengan nasibnya.
Elle terus terduduk.
Aku mengetap bibir dan duduk di hadapannya. Aku tersenyum sedikit.
"Elle, mak ayah aku dah lama meninggal sejak aku kecil lagi. So aku tak tahu langsung muka diorang macam mana. Ayah aku tinggi ke.. mak aku cantik ke? Aku tak pernah tahu.. dan aku tak pernah rasa kasih sayang diorang. Tapi, alhamdulillah aku ada Nenek yang jaga aku dari kecil.. jadi aku pun sama juga, Elle.."
Elle memandangku.
"Aku pun hidup untuk Nenek aku.. Aku nak bahagiakan Nenek.." Aku senyum.
"So we both survived together.. And so do you." Ujarku lagi
Elle masih lagi memandangku.
"Kau nak adik kau survive.. tapi kau pun sama juga."
"But sometimes, kau kena stop kalau kau rasa letih sangat-sangat. Jangan push diri tu. Kadang orang yang berlari laju pun akan stop bila dia penat.." ujarku lagi.
Elle diam. Dia mengesat air matanya.
"Jomlah. Aku hantar kau balik." Ujarku perlahan dan mengangkat beg plastik yang dibawanya. Aku terus berjalan tetapi aku perasan yang Elle masih lagi tak bergerak. aku menoleh ke belakang dan melihat Elle berdiri dan menundukkan wajahnya.
"Kau tak kisah ke.. Orang kata kat kau macam macam dan ikut orang pelik macam aku ni?"
"Shepherd and The Sheep?" Soalku semula
Elle mengangguk.
"Aku tak kisah pun. Bagi aku diorang tu tak penting." Balasku selamba
Elle kelihatan terkejut. Perlahan-lahan dia tersenyum.
"Baiklah. Jom Sheepy! Ikut aku balik rumah."
Katanya sambil berjalan laju meninggalkanku.
Aku mengangkat keningku. "Sheepy?"
Sebaik saja aku tiba di rumahnya, aku dapat melihat seorang budak lelaki dalam lingkungan 5 tahun sedang menunggu Elle di hadapan pintu.
"Kakak!" Budak lelaki itu berlari ke arah Elle.
Elle ketawa dan memeluk budak lelaki itu.
"Ez dah makan ke? Ni kakak ada belikan aiskrim." Kata Elle sambil berjalan ke arahku. Dia mengambil plastiknya di tanganku lalu berjalan ke arah adiknya.
"Yay aiskrim! Lambatnya kakak balik." Rungut adiknya sambil membuka plastik asikrim itu. Aku tersenyum melihat budak lelaki itu. Tetapi senyumanku pudar kerana melihat tubuh budak itu terlalu kurus.
Elle tersenyum dan mengusap kepala adiknya itu.
Aku terkedu. Tak pernah aku melihatnya begini. Ketika di sekolah dia sangat berbeza. Selalu tidur dalam kelas. Selalu ponteng. Tetapi Elle yang sekarang sangat jauh berbeza.
Budak lelaki itu melihat ke arahku.
"Hm? Abang ni siapa?" Soal budak lelaki itu pada Elle.
"Oh. Ni kawan kelas kakak. Panggil aje Abang Ivan."
Budak lelaki itu mendekatiku.
"Boyfriend kakak ke?" Soal budak itu padaku.
Aku terkejut.
Elle terus mendekati adiknya.
"Mana Ez belajar perkataan macam tu? Siapa yang ajar ni?"
Budak itu menjilat aiskrimnya.
"Hm? Aunty Kim sebelah rumah tu selalu bawak lelaki kat rumah dia. Dia cakap tu boyfriend dia."
Aku berdehem. Bersedia untuk pulang ke rumah.
Mula berasa tak selesa dengan keadaan sebegitu.
Elle mengetap bibirnya. Dia memandangku.
"Sorry. Adik aku ni memang senang sangat terpengaruh." Katanya sambil tersenyum sedikit.
Aku mengangguk. "Tak.. Takpe.. aku balik dulu. Bye."
"Abang Ivan!" Jerit adiknya sambil memeluk kakiku.
Aku mengetap bibir. Aduhai...
Elle terus menarik adiknya dari memelukku.
"Ezra! Lepaslah. Abang Ivan nak balik rumah dia kan? Pergi masuk dalam, tidur. Dah lewat malam ni" Katanya.
Ezra hanya mengabaikan bebelan kakaknya itu lalu memandangku.
"Nanti abang datang lagi tak? Teman Ez main?"
Aku menarik nafas dan tersenyum. Perlahan lahan aku menganggukkan kepala.
Ezra terus tersenyum lebar.
"Yay!! Ez nak tidur dulu ya! Bye bye!"
Sebaik saja Ezra masuk ke dalam rumah, Elle melihat ke arahku.
"Jumpa kat sekolah esok, Bye-bye Sheepy." Katanya ceria dan berlalu masuk kedalam.
Aku tersenyum sedikit dan berlalu pulang. Ah, penatnya! Tapi, malam ni tak ada la rasa teruk sangat. Aku tersenyum lagi.
Share this novel