KEESOKAN harinya, Elle datang ke rumahku dan mengajakku pergi sekolah bersama-sama. Aku tidak mampu lagi menolak. Nampaknya aku betul betul dah terlibat dalam hidup gadis itu.
“Shepherd and The Sheep!” Laung Akmal dan ketawa diikuti rakan-rakannya.
Aku merenung Akmal dengan tajam. Dia terus menghentikan tawanya. Mungkin dia takut sekiranya aku mahu menumbuk wajahnya lagi.
Sepanjang kami berada di sekolah. Elle banyak mendiamkan diri. Walaupun sudah tamat waktu peperiksaan, Elle masih lagi mendiamkan diri dan cuba mengelak dariku. Aku pelik. Tetapi aku tidak kisah sangat dengan perubahannya. Asalkan hidupku tenang.
Aku mengerling ke arahnya yang telah tidur setelah menjawab kertas peperiksaan. Aku mengangkat kening sebelah.
‘Tak habis habis dengan tidur.’ Getus hatiku.
Elle membuka matanya. Dia melihatku. Aku terus menoleh ke tempat lain.
Aku mengerling sekilas. Elle menulis sesuatu di atas kertas.
-Boleh tak aku nak tengok jawapan kat paper kau?- Elle
Aku memandangnya dengan tidak percaya. Hah? Aku terus menulis dengan perasaan geram.
+Otak ada. Fikir sendiri.+ Ivan
Aku melihat sekeliling sebelum membaling kertas itu padanya.
Elle menahan tawanya. Dia menulis semula.
-Ala. Gurau je.- Elle
Aku menulis semula. Dan membaling kertas itu.
+ >:O + Ivan
Elle terus ketawa. Semua melihat kami berdua. Aku terus berpura-pura menulis sesuatu di kertas peperiksaan.
Cikgu Zalina memandang Elle.
“Ya Elle ? Ada masalah ke?” Soal Cikgu Zalina
Elle menelan liur dan menggeleng. “Tak. Tak ada apa apa cikgu. Maaf..” ujarnya
Aku menyembnyikan senyuman dan menulis padanya.
+Silly.+ Ivan
Elle mencebikkan bibir dan tidur semula. Aku tersenyum namun aku masih tertanya-tanya, mengapa dia seolah-olah ingin mengelak dariku pagi tadi? Adakah disebabkan Akmal pagi tadi?
Ketika waktu rehat, Elle terus keluar dari kelas dengan pantas sambil membawa beg. Aku mengerutkan dahi, kenapa dia kelihatan tergesa-gesa?
Aku terus mengikutnya dengan perlahan.
Aku melihat Elle berjalan ke arah belakang sekolah. Hah? Dia nak ponteng lagi ke?
Aku terus berlari ke arahnya.
“Kau nak ponteng lagi ke?” Soalku dengan kerutan di dahi.
Elle terkejut melihatku. “Eh, Kau tak pergi makan ke?” Soalnya pula.
“Kan tengah exam. Kenapa kau nak ponteng lagi?” Soalku.
Elle tidak memandangku.
“Kau ni kenapa hah? Kenapa kau nak masuk campur dengan hal aku? Kau tak kisah ke orang cakap macam macam dekat kau?” marahnya.
Aku hanya diam dan merenungnya.
Elle mengeluh. Dia berjalan ke arahku.
“Ivan. Aku ni budak yang bermasalah. Kau janganlah nak libatkan diri kau dengan aku. Kau tahu tak, Nasib kau akan malang nanti.” ujarnya perlahan.
Aku memandangnya. “ Kan aku dah cakap. Aku takkan boleh patah balik. Masalah kau masalah aku juga.”
Elle mendengus. “Sudahlah.. kau pergi ajelah..”
“Ni mesti sebab Akmal kan?” Soalku padanya.
Elle terdiam. Aku dah agak. Mesti sebab Akmal.
“Elle, sampai bila kau nak fikir pasal semua orang?” Soalku lagi.
Elle menundukkan wajahnya.
“Sampai bila kau nak korbankan diri kau?” Soalku lagi. Aku dapat melihat air mata Elle bertakung.
Aku berdiri di hadapnnya.
“Boleh tak untuk kalini, kau jangan fikir pasal semua orang? Kau fikir pasal diri kau dulu. Happykan diri kau tu.” Ujarku tegas
Elle terdiam lagi. Aku memandangnya.
“Aku akan selalu ada dengan kau Elle. Tak kisahlah diorang nak kata apa pun. Shepherd and The Sheep ke apa ke, Sampai bila bila pun aku akan jadi ‘Sheepy’ kau. Kau tak seorang, Elle. Aku ada dengan kau.” Ujarku lagi.
Elle memandangku. Matanya berkaca. Tak lama Kemudian dia ketawa.
Aku mengerutkan dahinya.
“Kenapa kau cakap macam tu? Sampai bila-bila pun kau akan jadi Sheepy aku? Kenapa kau propose macam tu? Malulah. HAHAHA” dia ketawa kuat.
Aku membulatkan mata. “Hah?”
Elle ketawa lagi.
“Kau ni kelakar lah. Jomlah. Aku lapar ni.” Dia terus beredar tapi sempat lagi melihatku dan tersenyum manis.
“Terima kasih.. Sheepy.” Katanya dan masuk semula ke dalam sekolah.
Aku cuba memproses apa yang aku katakan padanya tadi.
“Sampai bila-bila pun aku akan jadi Sheepy kau.”
Oh. Selamat tinggal dunia. Life is so cringe.
***
Sejak dari itu, Elle semakin kerap datang kerumahku untuk mengulangkaji pelajaran. Dan kali ini dia membawa Ezra memandangkan Nenek sering bertanyakan tentang adik lelaki Elle. Nenek kelihatan gembira apabila melihat mereka berdua.
“Wah! Cucur udang!” Jerit Ezra sambil memakan cucur udang buatan Nenek.
Aku tersenyum dan membuat ulangkaji bersama Elle.
Elle menggaru-garu kepalanya dengan pen. Dia mengerutkan dahi apabila melihat soalan di dalam buku rujukan Matematik itu.
“Apa benda xy tolak yz ni? Kenapa matematik susah sangat ha?” Rungutnya
Aku menghela nafas. Sejak Elle muncul, hidupku tidak lagi setenang dahulu.
“Kau fahamkan balik formula tu. Barulah nak merungut. Kalau dah siap bagi aku check.” Ujarku.
Elle mencebikkan bibir. Dia terus melentokkan kepalanya di atas meja.
Aku menarik nafas lalu menepuk kepalanya dengan pencilbox milikku.
Dia terus menjegilkan mata ke arahku.
“Kau ni kan..” marahnya
“Apa?” Soalku selamba.
Peduli apa aku. SPM nak dekat, boleh pula nak main-main.
Nenek membawa dua gelas air teh pda kami.
“Zayden. Ajarlah Elle elok elok. Janganlah garang sangat.”
Elle tersenyum menang.
Aku mencebikkan bibir. Geram kerana Nenek sering menyebelahinya.
Ezra terus duduk di sebelahku. Dia tersenyum ke arahku.
“Abang dengan Nenek takkan tinggalkan Ezra kan?” Soalnya Ezra dengan petah. Dia mengunyah cucur udang dengan lahapnya.
Aku memandangnya. Berasa simpati dengan nasib budak itu. Masih kecil tetapi tidak merasai kasih sayang dari seorang ayah dan ibu.
Aku teringat semula ketika aku kecil dahulu setelah ibu dan bapaku terlibat dengan kemalangan jalan raya. Nenek terus mengambilku dan ingin menjagaku. Jujur aku berasa sangat sunyi. Rindu pada kasih sayang seorang ibu dan ayah. Tetapi kehadiran Nenek cukup untuk membuatku berasa disayangi.
Bagaimana dengan Ezra? Dia masih mempunyai seorang ayah. Tetapi..
Aku melihat lebam di tangannya.
‘Lelaki itu tidak patut bergelar seorang ayah.’ Getusku di dalam hati.
Aku menarik nafas dan tersenyum. Perlahan-lahan aku mengusap rambutnya.
“Tak.. Nanti bila Ezra dah besar, Ezra pun kena belajar rajin-rajin juga tau?” ujarku lembut
Ezra mengangguk dan tersenyum lebar. “Okiee! Ezra pun nak jadi pandai macam abang!”
“Dia Sheepy akak, jangan nak rampas pulak.” Celah Elle sambil membuat latihan matematik itu.
Aku menjeling. Ezra memandang kami.
“Ha? Sheepy?” Soalnya dengan pelik
Aku memberikan Elle pandangan maut. Elle menjelirkan lidahnya.
Buat pertama kalinya, aku ketawa setelah sekian lama aku berasa sunyi di dalam hidupku.
Thank you for reading bestie! Love yall hehe!
Share this novel