Bab 3

Romance Completed 18371

AKU begitu tekun membuat kerja sekolah tanpa menghiraukan rakan-rakan sekelasku. Aku sedar ketika ini Elle sedang merenungku. Tetapi aku tidak menghiraukannya. Yang pasti, aku kena belajar dan banggakan Nenek. Tiba-tiba Elle membaling segumpal kertas padaku. Aku terus membukanya.

-Study ke?- Elle

Aku menoleh ke arahnya lalu menulis semula di kertas itu dan kemudian memeberikan padanya semula.

+No. Main gitar.+ - Ivan

Elle ketawa sedikit. Dia menulis lagi.

-Aku ganggu kau ke?”- Elle

Aku tersenyum sedikit dan menulis semula.

+If you think so, maybe. But maybe not.+

Wajah Elle kelihatan mendung seketika. Dia menulis semula.

-Boleh tak, aku nak study dengan kau lepas balik sekolah nanti?- Elle

Aku memandangnya lalu mengangguk. Sekurang-kurangnya dia sudah mahu belajar. Itu yang penting.

Tiba-tiba Akmal merampas kertas itu dariku.

“Pergh! Surat cinta lah!” Jerit Akmal. Semua di dalam kelas itu terus memandangku.

Akmal tersenyum sinis melihat kertas itu.

“Kepada Ivan.. aku dah lama sukakan kau! Boleh tak kau jadi boyfriend aku? Daripada… Elle! ” Kata Akmal dengan kuat.

Aku terkedu.

Elle terus bangun dan ingin merampas kertas itu.

“Bagilah balik!!”

Akmal ketawa lalu mengelak.

Aku mengetap bibirku. Seluruh kelas mula memandangku. Tak.. Aku benci keadaan ini. Di mana aku menjadi perhatian semua orang dan mereka akan menghukumku.

“Bagilah balik!” Jerit Elle.

Aku menggengam tanganku dengan kuat. Akmal masih lagi ketawa dan mengangkat kertas itu dengan tinggi.

“Oh ada lagi! Dah lama aku nak bagitau perasaan aku dekat kau.. tapi baru sekarang aku boleh luahkan. Aku suuuuukaaa sangat dekat kau! Fuyooo dasyat betul kau ni, Elle!” Akmal ketawa kuat. Satu kelas mereka mula bersorak.

Aku terus bangun dan menolak tubuh Akmal sehingga terjatuh.
“Woi! Kau gila ke?” jerit Rafi
Wajah Akmal mula cuak. Aku mengetap bibir dan hampir saja aku ingin menumbuk wajahnya. Tetapi..

“Ivan! Apa kamu buat tu?!” Jerit Cikgu Razif

“Ivan! Ikut saya ke bilik disiplin sekarang!” Pnggil Cikgu Razif di luar kelas.

Aku terkedu. Perlahan lahan aku melihat semua orang. Pandangan itu… mereka memandangku dengan pandangan yang menjengkelkan. Mereka memandangku dengan pelbagai wajah. Mereka mula berkata buruk tentangku. Mereka mula fokus pada aku..

Akmal terus menolak sedikit tubuhku dan berlari ke arah rakan rakannya.

“Cikgu! Dia cuba nak tumbuk saya!” laung Akmal sambil tersenyum mengejek ke arah Ivan.
Elle terus meluru ke arah Cikgu Razif dengan serba salah.

“Cikgu.. Ivan tak salah.. saya yang salah..” Kata Elle

Aku hanya mengerling ke arahnya. Aku tidak mampu berkata apa apa lagi.

“Elle. Kenapa dengan kamu ni?! Tak habis habis nak buat masalah. Sudah. Kamu berdua ikut saya!” Kata Cikgu Razif dan beredar.

Elle berdiri di hadapanku. “Maaf..”

Aku hanya mendiamkan diri dan terus bangun meninggalkan mereka semua.

***

“KAMU berdua ni tolonglah jangan buat masalah. Ingat sikit, Tak lama lagi kamu berdua ni akan ambil SPM! Jangan tahu nak main aje. Belajar!” Marah Cikgu Razif

Aku hanya diam. Elle memandangku di sebelah.

“Cikgu.. sebenarnya saya yang salah. Saya yang kacau Ivan masa dia study.. dia tak salah.”

“Elle. Kamu sedar tak yang kamu tu perempuan. Jaga sikit tingkah laku kamu tu. Jangan sampai saya panggil mak ayah kamu datang ke sekolah! Diorang tak ajar ke cara beradab macam mana?!” Marah Cikgu Razif

Aku mengangkat wajah dan melihat mata Elle yang kosong.

“Mak kamu ni tak ajar ke macam mana jaga tingkah laku seorang perempuan? Tolonglah jangan buat cikgu-cikgu kat sini susah.” bebel Cikgu Razif lagi.

Elle ketawa sinis. “Mak.. Ayah..?”

Aku memandang Elle.

“Jadi.. cikgu nak diorang hukum saya..?”

Cikgu Razif menahan marah.

“Cikgu buat lah macam mana pun.. diorang takkan kisah..” kata Elle dengan pandangan kosong.

Cikgu Razif terkejut.

“Diorang takkan ambil kisah pasal saya. Cikgu telefonlah diorang. Saya dah tak peduli lagi..”

Cikgu Razif mengetap bibir.

“Kamu ni makin kurang ajar ya?” Katanya sambil mencapai telefon bimbitnya.

Aku melihat Elle. Adakah gadis itu baik baik saja?

Cikgu Razif mendengus kerana ibu bapa Elle tidak menjawab panggilannya. Dia terus memandang Elle.

“Elle.. apa sebenarnya masalah kamu ni?”

Elle terdiam seketika. Dia tersenyum hambar.

“Saya dah penat.. saya dah penat puaskan hati semua orang..” katanya perlahan.

Aku memandang Elle.

“Boleh saya pergi, cikgu? Saya nak study. Exam kan dah nak dekat?” Katanya sambil tersneyum lalu beredar keluar.

Aku turut berdiri ingin mengikutnya.

“Ivan..” panggil Cikgu Razif perlahan sambil menundukkan wajahnya.

“Maafkan cikgu..”

Aku hanya diam. Cikgu Razif patut meminta maaf pada Elle, bukannya aku.

“Cikgu tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia sekarang ni.. cikgu risau.. cikgu risau tentang masa depan dia.. Cikgu taknak masa depan dia hancur macam tu aje...Apa patut cikgu buat?” Cikgu Razif menghela nafasnya.

Aku hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba Cikgu Razif mengangkat wajah dan memandangku.

“Sejak bila kamu rapat dengan Elle?” soalnya pelik.

Aku teragak-agak untuk menjawab.

Wajah Cikgu Razif mula bersinar.

“Ivan. Boleh kamu tolong cikgu?” soal Cikgu Razif.

Aku menarik nafas dengan dalam. Dapat mengagak apa yang akan dimintanya.

“Cikgu minta maaf, tapi cikgu betul-betul nak minta tolong kamu Ivan. Memandangkan dia dah semakin terbuka hati untuk bergaul, mula rajin nak datang ke sekolah.. cikgu nak kamu ada kat sisi dia dan bagi dia semangat untuk belajar macam budak budak yang lain.”

Aku terdiam.

“Cikgu tahu kamu budak baik, Ivan. Kamu bagus dalam pelajaran. Kamu rajin datang ke sekolah . Kamu tak banyak buat masalah kat sekolah, Cikgu betul-betul bangga sangat dengan kamu, Jadi cikgu nak mintak pertolongan kamu untuk tengok tengokkan dia.. cikgu tak rasa hubungan dia dengan keluarga dia dalam keadaan baik. Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana lagi.. Lagipun cikgu tak pernah nampak dia berkawan dengan mana-mana pelajar yang lain. Semua cikgu kat sini pun dah buntu dengan masalah dia. Nak contact dengan mak ayah dia pun susah sangat..”

Aku mendiamkan diri.

“Tolong cikgu ya? Cikgu nakkan yang terbaik untuk semua students cikgu. Cikgu nak kamu semua berjaya.” Sambung Cikgu Razif lagi dengan nada yang berharap.

Aku menarik nafas lalu mengangguk.

“Baiklah.” Ujarku sepatah lalu meminta diri untuk beredar.

Sebaik saja aku masuk semula ke dalam kelas, aku melihat tempat duduk Elle kosong. Kemana dia pergi? Aku mengeluh dan duduk semula ke tempatku. Aku mengerling di sebelah. Kosong. Adakah Elle ponteng sekolah lagi? Aku mengetap bibir. Cukuplah aku terlibat dengan dia. Aku dah penat. Tapi.. wajah ceria Elle mula terlintas difikiranku.

Aku menarik nafas dan bangun semula.

Semua memandangku kemudian melihat ke arah lain.

“Mana Elle?” Soalku pada mereka semua.

“Dia keluar.. bawak beg sekali.” Kata Meena. salah seorang dari rakan sekelasku.

Aku menarik nafas dan terus menggalas beg sekolahku. Aku perlu mencari Elle.
Aku pasti, ketika ini Elle benar benar jatuh. Elle yang aku kenal seorang yang berani dan langsung tidak menghiraukan tentang orang lain. Tetapi setelah Cikgu Razif membangkitkan soal ibu dan bapanya, aku tahu apa yang Elle rasa ketika ini! Dia pasti memerlukan seseorang untuk berada disisinya.

Aku terus pergi ketempat pertama kali Elle membawaku.

Tepat sangkaanku. Elle sedang duduk di kerusi berhadapan dengan laut itu sambil memakai headphone.

Aku berjalan ke arahnya dan duduk disebahnya.

Elle menoleh. Dia terkejut melihatku lalu membuka headphonenya.

“Kau buat apa kat sini? Kenapa kau ponteng?” Soalnya

Aku berpura pura tidak mendengar sebaliknya aku membaca buku latihan di sebelahnya.

“Aku tak ponteng.. tapi aku study.” Jawabku

Elle melihatku. “Cikgu Razif suruh kau cari aku ke?”

Aku menutup buku itu dan memandangnya.

“Tak.. aku yang nak cari kau.” Ujarku dan merenung tepat ke arah matanya.

Elle terus memandang ke arah lain.

“Kenapa? Kau tak payah lah ambil kisah pasal aku.. bukan ke kau taknak terlibat dengan aku? Aku ni cuma tambah masalah dekat kau aje. Pergilah.”

“Kalau aku taknak?” Soalku sambil melihatnya.

Kenapa ketika ini Elle kelihatan sedikit segan denganku.

“Kau pergilah. Aku ni akan tambah masalah dekat kau. Masa aku tak ganggu hidup kau dulu, mesti kau tenang sangat kan?” Soalnya lagi. Suaranya mula serak.

“Aku dah terlibat pun dengan masalah kau dan sekarang ni aku tak boleh nak patah balik dah. Jadi masalah kau.. masalah aku juga.” Ujarku

Elle menundukkan wajah. Air matanya mengalir.

Aku mengambil sapu tangan di dalam poket bajuku lalu aku hulurkan padanya.

“Nanti.. nak study dengan aku tak?” Soalku

Elle mengangguk. Dia mengambil sapu tangan dari tanganku lalu tersenyum.

“Thank you.. Sheepy..”

Aku hanya memandangnya. Entah mengapa, aku tidak mahu melihat dia menangis lagi.

***

AKU dan Elle berjalan pulang kerumah. Kini aku berasa sedikit lega kerana dia kelihatan lebih baik dari tadi. Tiba-Tiba hujan turun dengan lebat membuatkan aku dan dia terus berlari untuk berteduh di sebuah bus stop.

“Fuh. Nasib baik boleh berteduh kat sini.” Kata Elle sambil ketawa sedikit.

Aku mencari payung di dalam beg sekolahku lalu membukanya.

“Jom, Elle..” Aku melihatnya.

Mataku terpaku setelah melihat Elle yang sedang berdiri di tengah-tengah hujan.

“Elle, apa kau buat tu?” Soalku sambil menarik nafas panjang.

Elle terus ketawa dan melompat di lopak air.

“Jomlah! Best tau!” Jeritnya ceria.

Aku menghela nafas. Gadis ini sering membuat sesuatu yang mengejutkanku.

“Sudahlah tu. Hujan kan sekarang.” Kataku

Elle memuncungkan bibirnya dan berjalan ke arahku. Dia terus menolakku di tengah hujan.

Aku terkejut “Elle! Kenapa kau tolak aku?!”

“See? Best kan?” Elle terus ketawa

Aku terus berlari semula untuk berteduh.

“Apa ni? Basahlah nanti.” Bebelku.

Elle ketawa. Dia terus menghampiriku

“Ugh. You no fun.” Katanya sambil memeluk tubuhnya yang kesejukkan.

Aku mengerling sekilas. Baju sekolah Elle sudahpun basah dan hampir menampakkan tubuhnya. Aku terus memandang ke arah lain.

Walau apapun, aku ni tetap lelaki. Takkanlah Elle tak sedar?

“Nanti kau singgahlah dulu rumah Nenek aku. Tukar baju dulu. Baru kita study sekali.”

“Kenapa? Kau malu ke?” Soal Elle sambil memandangku.

Aku berdehem.

“No.” Jawabku

Walhal jantungku sudah berdegup kuat.

Elle tersenyum. “Okey.”

“Jom.” Ujarku dan membawa payung.

Elle terus berdiri di sebelahku. Tubuh kami agak rapat ketika itu. Aku terus menjauhkan diri sehingga air hujan menitis ke bahuku.

‘Sabar Ivan Zayden.. sabar.’ Getus hatiku.

***
“YA ALLAH Zayden! Kenapa basah habis ni?” Soal Nenek.

Aku menutup payung itu dan membuka kasut sekolahku.

“Hujan lebat tadi..” kemudian aku melihat Elle yang berdiri di luar rumah.

“Nenek.. ni kawan sekelas Zayden. Elle. Dia nak study sekali dengan Zayden.” Ujarku

Nenek melihat Elle lalu tersenyum . Dia menarik Elle masuk ke dalam rumah.

“Habis basah baju kamu berdua ni. Elle, kamu pergi la bersihkan diri dulu. Nanti pakai baju Nenek dulu. Bila hujan dah berhenti. Nenek suruh Zayden hantarkan kamu balik, ya?”

Elle mengangguk perlahan. Dia memandangku yang sedang menjemur kasut kami berdua.

Ketika Elle pergi ke bilik air. Aku terus mengambil kain tuala dan meletakkannya ke bahu.

“Nenek dah makan ke?” Soalku sambil membuka peti ais. Aku meneguk segelas air.

“Sudah. Nanti kamu makanlah dulu dengan si Elle tu. Kesian pula nenek tengok dia..” Nenek tersenyum penuh makna.

Aku memandang Nenek. Adakah Nenek berfikir lain tentang hubunganku dengan Elle.

“Nek.. Elle tu cuma kawan sekelas.” Ujarku padanya.

“Ya.. Nenek tak cakap apa-apa pun.” Nenek tersenyum sedikit dan menuju ke dapur.

Aku menarik nafas. Sebaik saja aku ingin menuju ke bilikku, aku melihat Elle sudahpun keluar dari bilik air sambil memakai kain batik dan juga baju nenek. Aku merenungnya.

Elle berdehem. Dia kelihtan segan dan terus berjalan ke arah Nenek.

Aku tersedar lalu masuk ke dalam bilik. Apa tadi tu? Elle kelihatan sangat berbeza sekali. Aku terus membersihkan diri dan selepas itu aku keluar dari bilik, kelihatan Elle sedang menolong Nenek di dapur.

“Sementara Nenek keringkan baju kamu, Elle. kamu belajarlah dulu dengan Zayden ya?” Kata Nenek.

Aku dengan Elle membuat kerja sekolah sambil berbincang tentang soalan-soalan yang bakal keluar untuk peperiksaan nanti. Kali ini Elle sudah banyak berubah. Dia sudah mempunyai minat untuk belajar. Aku tersenyum.

Setelah kami berdua selesai mengulang kaji, Elle meminta diri untuk pulang. Nenek turut membekalkannya lauk yang dimasak oleh Nenek.

“Boleh bagi kat adik kau makan nanti.” Ujarku padanya

Elle tersenyum. Aku terus menghantarnya pulang memandangkan rumahnya boleh dikatakan jauh sedikit dari rumahku.

“Abang Ivan!!” Jerit Ezra sambil memelukku.

Elle terus menariknya dari memelukku.

“Abang Ivan dah nak balik. Cakap Bye kat dia.” Kata Elle.

Ezra memandangku. “Ala, cepatnya Abang Ivan nak balik..”

Aku tersenyum sedikit. Tidak tahu untuk menjawab apa..

“Elle.” Panggil seorang lelaki tua. Oh.. Ayah Elle.. dia memandang Elle dengan bengis.

Patutkah aku kenalkan diri aku atau aku pulang saja? Tapi..

“Abang Ivan janganlah balik.. Ez takut..” bisik Ezra sambil memeluk kakiku.

Aku mengerutkan dahi lalu memandang lelaki tua itu.

“Saya Ivan. Kawan sekelas Elle.” Ujarku pada Ayah Elle

“Aku rasa kau dah boleh balik kot.” Ujar lelaki tua itu sambil merenungku tajam.

Elle menundukkan wajah.

Aku memandang Elle dan Ezra kemudian aku melihat semula ke arah lelaki tua itu.

“Saya.. datang sebab nak main dengan Ezra.”

Ezra tersenyum lebar.

Elle memandangku. Dia menyuruhku untuk pulang. Tapi kakiku tidak mahu melangkah pergi meninggalkan mereka.

Ayah Elle mendengus. Dia terus berjalan ke arah Elle.

“Nanti bagi kat aku duit. Ingat tu.” Kata Ayah Elle dan beredar pergi. Sempat lagi dia mengusap rambut Ezra.

Aku mengetap bibir.

“Err. Pa..Pakcik.. maaf kalau saya masuk campur..” kataku perlahan.

Ayah Elle memandangku tajam.

“Pakcik kan ayah Elle.. jadi bukan ke tu tanggungjawab pakcik untuk bagi duit dekat Elle…?” Ujarku tersekat-sekat.

Elle terkejut melihatku. “Ivan..”

Ayah Elle terus mendekatiku dengan nafas yang turun naik.

Elle terus menghalang.

“Ayah! B..bukan ke ayah nak keluar tadi. Ayah nak pergi mana?” Soal Elle dengan cepat.

Aku menahan nafasku. Jantungku berdegup pantas.

Ayah Elle menarik nafas dan menggosok gosok rambutnya.

“Ayah nak pergi rumah kawan ayah kejap. Jaga adik kamu tu.” Katanya dan berlalu pergi. Sempat lagi merenungku tajam. Sebaik saja dia pergi aku terus melepaskan nafasku.

“Ivan! Kau tak boleh cakap macam tu dekat ayah aku. Kalau apa-apa jadi kat kau macam mana?” Marahnya.

Aku hanya menjulingkan mata ke atas. Tidak mengendahkan kata-katanya.

Ezra memeluk kakiku dengan kuat. Aku dapat melihat lengan Ezra berbirat.

Ezra kena pukul ke?

Aku mengambil tangan Ezra dan melihatnya.

“Kenapa dengan tangan Ezra?” Soalku padanya

Ezra menyembunyikan tangannya.

“Er.. A.. Ayah..”

“Ezra. Pergi masuk dalam.” Celah Elle. Wajahnya kelihatan dingin. Ezra terus berlari masuk ke dalam rumah.

Aku berjalan ke arah Elle.

“Ezra kena pukul ke?” Soalku padanya

Elle memandang ke arah lain.

“Jangan nak masuk campur dengan hal family aku. Kau pergilah balik. Cukuplah aku dah susahkan kau harini.” Ujarnya dan beredar masuk ke dalam rumah. Dia terus menutup pintu rumah dengan rapat.

Aku hanya memandang. Elle seolah olah ingin merahsiakan sesuatu dariku.

Thank you sudi baca novel saya! Hope all the lovely readers have a good day!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience