Satu persatu laporan yang baru sahaja di hantar oleh pembantunya dia selak perlahan-lahan. Kini, pendapatan bulanan mereka semakin melunjak tinggi sejak bisnis itu sepenuhnya beralih ke atas tangan Alfonso.
Tengah asyik mengamati detail isi laporan itu. Tiba-tiba pintu bilik kerja nya diketuk oleh salah seorang wanita yang juga staff di pejabat itu.
Tok... tok... tok...
Alfonso mengangkat wajahnya, kemudian dengan pantas tangannya menutup semula laporan itu dan dia letakkan di atas meja. Dan kembali menarik mouse computernya.
"Masuk!..."
Mendengar sahutan dari Alfonso, akhirnya Marry mengangguk kemudian mengukirkan sebuah senyuman kecil kepada Amelieda yang juga berada di sisinya.
"Jom masuk..." Ujar Marry seraya menolak pintu kaca itu.
Amelieda membalasnya dengan sebuah anggukkan.
"Ada perlu apa?" Soal Alfonso. Masih tunak memandang screen computernya.
"Tuan Al... tadi saya di arahkan oleh Tuan Hernandez untuk memperkenalkan pekerja baru kita." Ujar Marry, masih berharap Alfonso mengalihkan perhatiannya dari computer itu.
"Okey... kalau macam tu tunjukkan aje lah dekat mana bilik kerja dia. Tak akan itu pun nak diajar?"
"B-b bukan Tuan... Amelieda bukan bekerja sebagai kaki tangan di sini. Tetapi sebagai seorang chef dan pembantu..."
Pantas Alfonso mengalihkan kepalanya memandang sosok Marry dan Amelieda yang sudah berdiri di hadapannya.
Apa? Seorang chef? Gila ke Tuan Hernandez mendatangkan chef di pejabatnya ini? Ini bukan pentas untuk masak memasak, tetapi ini sebuah company tersohor yang mengekspor Batu Bara.
"Apa? Chef?" Pantas Alfonso tergelak geli hati. Sesekali dia memukul-mukul meja di hadapannya. Seperti sedang memperlekehkan Amelieda.
Amelieda hanya menunduk memandang jari jemari kakinya yang saling mengguis-guis antara satu sama lain.
"Ermmm kalau macam tu saya minta diri dulu ya Tuan. Nanti Tuan boleh terus interview dengan Amelieda." Ucap Marry bersama setapak langkah yang berundur menuju ke pintu keluar.
"Ha duduk lah... kenapa tercegat macam anak patung pulak?" Tegur Alfonso mengejutkan Amelieda yang sedang termenung.
"Aaa-Iya Tuan... Terima kasih." Ujar Amelieda, pantas tangan menarik kerusi yang telah tersedia. Kemudian dia melabuhkan tubuhnya duduk di atas kerusi itu.
"Hufhhhh... akhirnya dapat juga meluruskan pinggang ni. selepas berjam-jam aku naik traysikad. Baru ni lah aku dapat duduk dalam ruangan yang berAircond." Batin Amelieda.
Alfonso yang duduk di hadapan wanita itu terus memerhati gerak gerik Amelieda. Amelieda yang sedar dengan tatapan mata Alfonso pun langsung merasa serba salah.
"Erhhh... Tuan tanya lah apa-apa pada saya. Kalau Tuan tak nak tanya tak apa, biar saya yang ceritakan." Bibir Amelieda mengukir sebuah senyuman yang begitu ikhlas.
"E-eh kau ni, nak mengatur pulak. Dah biar aku yang tanya."
Amelieda mengangguk kemudian menarik kerusinya supaya berada lebih dekat dengan meja di hadapannya.
"Kau kerja sebagai chef? Selain daripada chef, apa lagi yang kau boleh buat?" Soal Alfonso dengan mimik wajah serius.
Amelieda menarik nafas sedalam-dalamnya. Mahu menunjukkan kemahiran apa saja yang boleh dia lakukan pada Alfonso.
"Saya boleh memasak, buat kerja rumah, memanjat pokok, memberi makan pada bab*, memancing ikan, dan banyak lagi kemahiran yang boleh saya lakukan, Tuan." Jelas Amelieda panjang lebar dengan penuh semangat.
Alfonso yang mendengar semua itu hanya mampu ternganga.
Wow!
"Tuan? Hello... kenapa Tuan pandang saya macam tu?" Soal Amelieda seraya melambai-lambaikan tangannya di hadapan Alfonso.
"Oh, Wow! Intersting!" pantas Alfonso bertepuk tangan.
"So, kau boleh lah buat kerja kau sekarang." Ucap Alfonso. Lelaki itu kembali menarik wajahnya ke layar computer yang masih menyala.
"Betul ke ni? saya di terima berkerja di sini?" soal Amelieda tak percaya.
Alfonso mengangguk. namun seperti terpaksa.
Pantas Amelieda tersenyum lebar. Tanpa perlu bersusah payah lagi, kini dia sudah di terima untuk bekerja di sini.
"Baik Tuan! Terima kasih!" Ucap Amelieda. Laju tubuhnya itu bangkit dari duduk seraya membetulkan beg galas yang dia bawa dari kampung.
"Hmmm..."
Selepas melihat Amelieda keluar dari ruangan itu. Alfonso kembali tersandar pada kerusi kerjanya. Seraya dua belah tangannya menopang dagu.
"Bagi makan pada bab*? Siapa dia ni? Kenapa Papa boleh ambil dan hantar dia kerja dekat sini?" Gumam Alfonso. Banyak pertanyaan tentang diri Amelieda yang bermain-main difikirannya.
"Ah biar kan aje lah. Yang paling penting, ada orang yang dapat disuruh untuk buatkan kopi, memasak dan banyak lagi." Gumam Alfonso lagi seraya tersengih-sengih.
Setibanya di Pantry, Amelieda dengan pantas melakukan kerja-kerjanya. Mulai dari membasuh cawan, kemudian memasak air panas untuk menyeduh kopi.
"Hah dah siap pun!" Ujar Amelieda seraya mengusap peluhnya dengan tuala kecil yang dia bawa dari kampung.
Anak matanya dia liarkan memandang ke arah kiri dan kanan di dalam ruangan kecil itu. Mencari di mana agaknya kelibat jam dinding.
"Ha? Dah pukul 7. Matilah aku, mesti dia orang semua dah balik ni..." Ucap Amelieda dengan kelam kabut seraya menyimpan semula batang penyapu dan penyodok di belakang pintu.
Pantas kaki Amelieda berlari keluar dari Pantry kemudian menaiki anak tangga menuju ke bilik kerja Tuan Alfonso.
"Hahhhh... hahhhh..." Suara nafas Amelieda yang turun naik tidak tentu arah.
"Eh eh kenapa dengan kau ni? Kena kejar hantu ke?" Tegur Alfonso yang juga sama terperanjat dengan kehadiran Amelieda yang tiba-tiba saja berada di muka pintu.
Wanita itu tersengih.
"Maaf Tuan... saya risau kalau Tuan tinggalkan saya. sebab saya tengok dah sepi. mesti semua pekerja dah balik, kan?" Ucap Amelieda sedikit malu.
"What's?? Tinggalkan kau? Apa kena mengena aku dengan kau? Maksud aku, apa kena mengenanya bila aku tinggalkan kau?"
"Ha? Bukan ke Puan Mireya suruh kita balik bersama?"
"Balik bersama? Apa yang kau merepek ni? Sejak bila pula kita nak balik bersama." Soal Alfonso, serta merta keningnya berkerut seribu.
Amelieda hanya mengangguk. Dia tidak tahu harus menjelaskan bagaimana lagi, sebab Puan Mireya hanya berpesan untuk pulang bersama Alfonso apabila dia telah tiba di Manila.
"Tak tak... aku tak kenal kau ni siapa, dari pada mana, sedap-sedap aje kau nak balik sama-sama dengan aku." Tegas Alfonso. Pantas tangannya menutup semua laporan yang berada di atas meja, dan mematikan computer. Kemudian bersiap-siap meninggalkan ruangan itu.
"Tuan... Tapi Puan Mireya meminta saya untuk balik dengan Tuan." Ujar Amelieda. Menghalang langkah kaki Alfonso dari pada meninggalkan bilik itu.
"No!"
Lelaki itu pun menyeluk seluar kerjanya. Kemudian mengeluarkan beberapa lembar pecahan wang 50 peso. Dan dia berikan kepada Amelieda.
"Wang? Untuk apa?" Soal Amelieda seraya memandang wang kertas itu.
"Itu untuk kau balik. Tak kisahlah kau nak naik traysikad ke, bas ke, taxi ke. Janji kau tak balik sama-sama dengan aku!"
Alfonso pun meninggalkan Amelieda di dalam bangunan itu. Namun, Amelieda terus mengejar-ngejar Alfonso sehingga mereka berdua sampai di sebuah tempat khusus parking kereta.
"Tuan... saya tak perlukan wang ni. Saya cuma..."
"Cuma apa? Cakap aje lah yang kau ni nak ambil kesempatan pada aku!"
"Bukan... saya bukan nak ambil kesempatan pada Tuan. Tapi saya..."
"Saya apa? Cakaplah!!" Tengking Alfonso, pantas kedua belah bahu Amelieda terhenjut. Suara tengkingan itu bak halilintar yang menyambar.
Tanpa berkata-kata. Alfonso membuka pintu keretanya dan berlalu meninggalkan Amelieda di hadapan bangunan pejabatnya.
Amelieda hanya mendunduk. Sekeliling kawasan di Pejabat itu dipandanginya. Di sebelah kiri dan kanannya begitu sepi kerana hari memang sudah senja bahkan hampir larut malam.
Lalu kemana dia akan pergi?
Share this novel