Sesampainya di dalam ruang tamu Kondominium itu. Alfonso melabuhkan punggungnya duduk di sebuah sofa yang begitu empuk. Seraya sebelah tangannya naik memicit kepala yang terasa sakit dan berat.
"Baru aje nak bergembira dengan melunjaknya pendapatan bulanan. Eishhh datang pulak minah ni, sial betul lah!" Ucap Alfonso kesal.
Dritttt... Dritttt...
Tiba-tiba telefon bimbit miliknya berbunyi. Pantas Alfonso menarik keluar benda pipih itu dari dalam poket seluarnya.
"Mama?"
"Kenapa tiba-tiba call?"
Selepas hampir beberapa minit mendiamkan panggilan itu, akhirnya Alfonso menarik butang hijau untuk menjawabnya.
"Hello Mam... kenapa call malam-malam macam ni?" Soal Alfonso saat panggilan itu telah terhubung.
"Hello... mana Amelieda? Ada something yang perlu Mama bicarakan pada dia."
"Amelieda? Siapa?" Soal Alfonso. Terkejut dengan sebaris nama yang baru saja disebutkan oleh Mireya.
"Haihhh... tak akan tak berkenalan lagi. Amelieda, pekerja baru di MM'Ds Group. Mama hantar dia bekerja di sana supaya kamu tak terlampau penat bila balik kerja. Sekurang-kurangnya ada yang tukang masak untuk kamu makan, basuhkan baju, kemaskan rumah."
"Tap-tapi Mam..."
Alfonso menggaruk-garuk kepalanya yang tidak gatal, tiba-tiba saja dia jadi buntu. Apa yang harus dia katakan pada Mireya tentang Amelieda? Tidak mungkin dia berkata jujur jika dia telah meninggalkan Amelieda di hadapan Pejabatnya tadi.
"Jangan tapi-tapi... cepat, bagi phone tu pada Amelieda. Mama nak cakap, urgent!!" Tegas Mireya.
Alfonso hanya diam tanpa menjawab pertanyaan Mireya. Alih-alih sambungan telefon itu terputus begitu saja.
"Eh, dia matikan? Betuah punya budak, eishhh apa lah yang dia buat pada Amelieda ni." Ucap Mireya sambil memerhati layar telefon bimbitnya.
"Kenapa muka awak tu risau semacam aje?" Soal Hernandez menghampiri Mireya yang sedang duduk di meja makan.
"Anak abang ni lah, saya nak bercakap dengan Amelieda. Boleh pulak dia letak aje telefon macam tu!" Bebel Mireya bersama sungutan.
"Biasalah... maybe dia tengah busy tu, nanti call lah balik." Ucap Hernandez seraya melabuhkan punggungnya duduk di atas kerusi. Bersiap-siap mahu menikmati sarapan paginya.
"Ishhh abang ni. Tak habis-habis nak membela si budak Alfonso tu. Nanti kalau terjadi apa-apa pada Amelieda macam mana?" Sungut Mireya, kemudian telefon itu dia letakkan di sebelah.
"Alaaa kamu ni, macam tak percaya aje dengan anak kita. Ha, bercakap pasal Amelieda, dia dah sampai ke belum? Ke Manila."
"Itu lah yang saya nak tanyakan pada Alfonso tu bang. Risau aje budak Amelieda tu tersesat ke, salah jalan ke. Anak gadis orang tu bang, kalau lah terjadi apa-apa. Tak ke family dia salahkan kita?" Bebel Mireya. Makanan di hadapannya masih tidak terjamah sedikit pun.
"Dah dah... jangan fikir yang bukan-bukan. Nanti kamu try call dia lagi. Maybe dia tengah sibuk ke, nak dinner ke. Bertenang okey..." ucap Hernandez seraya mengusap bahu Mireya dengan lembut.
Alfonso kini sudah berada di dalam keretanya tepat di hadapan bangunan itu. Tidak melihat seorang pun di sana, apatah lagi kelibat Amelieda.
Lelaki itu keluar dari kereta. Seraya meliarkan pandangan matanya ke kiri dan ke kanan.
"Haduhhh... kemana lah kau pergi ni? Kan dah menyusahkan aku!" Guman Alfonso kesal. Tak lama kemudian lelaki itu pun mula mencari-cari dan menanyakan tentang Amelieda pada beberapa orang awam yang berlalu lalang di kawasan itu.
Selepas hampir 3 jam dia berada di sana. Akhirnya Alfonso memutuskan untuk pulang, dan akan menunggu kedatangan Amelieda sendiri ke Pejabatnya.
Belum sempat dia masuk ke dalam rumah. Sekali lagi dia mendapatkan panggilan dari Mireya. Mahu tidak mahu Alfonso pun menjawab panggilan itu, dan akan mengatakan hal yang sebenar-benarnya.
"Hello... Mam, Al minta maaf sangat-sangat." Ucap Alfonso.
"Maaf? Untuk apa?"
"Pasal Amelieda, dia dah hilang."
"Apaaa?? Kamu dah gila ke? Macam mana Amelieda boleh hilang?" Tengking Mireya di hujung talian. Namun begitu, suaranya itu mampu didengari oleh satu kampung.
"Kenapa Mama nak salahkan Al? Mama salahkan lah perempuan tu! Kenapa dia gatal nak balik sama-sama dengan Al." Ucap Alfonso menafikan bahawa dirinya tidak bersalah atas hilangnya Amelieda.
"Oh my god Al! Mama suruh Amelieda balik dengan kamu sebab dia tak tahu jalan, dia baru datang dari kampung, kampung yang benar-benar terpencil, jauh dari Manila. Dia tak tahu seluk-beluk jalan dekat Manila tu." Tengking Amelieda sekali lagi.
"Habis tu, Mama nak Al buat apa?"
"Cari dia... macam mana kalau dia hilang? Apa yang mama akan cakap pada family dia?"
"Bagitahu aje lah yang anak mereka dah hilang."
"Kamu ni dah terenjat akal ke? Mama tak nak dengar apa-apa. Kamu kena cari Amelieda sekarang!"
"Ma..."
"Sekarang!!" Tengking Mireya. Telefon itu bagaikan mahu terbelah dua dek kerana jeritan Mireya.
Kerana kesal Alfonso menghempas pintu keretanya. Kemudian kenderaan itu dipecut laju menyusuri jalanan yang ada di Bandar Manila. Seraya anak matanya meliar ke kiri dan kanan, mana lah tahu dia ada terserempak dengan Amelieda.
"Menyusahkan betul! Dah malam-malam macam ni menambah kerja aku aje!" Bebel Alfonso.
Geram!
Tidak jauh dari sebuah pusat perbelanjaan. Alfonso melihat seorang wanita yang sedang duduk di tepi jalan, sepertinya dia sedang menangis. Perlahan-lahan kereta itu mula berhenti, dari kejauhan Alfonso cuba memerhatikan wanita itu. Cermin mata hitam itu dia tarik turun ke batang hidung. Mana lah tahu salah orang, kan malu jadinya.
"Siang tadi perempuan tu datang dengan rok bunga separas betis, baju t-shirt, rambut kepang ke samping, bawa beg dari pada rajut. Macam sama lah dengan perempuan yang duduk dekat sana tu." Gumam Alfonso.
Hanya mahu memastikan, akhirnya Alfonso turun dari kereta dan menghampiri wanita itu.
"Amelieda?" Tegur Alfonso.
Pantas wanita itu mengangkat wajahnya memandang Alfonso, sambil dia mengusap-usap air mata yang sudah bercucuran jatuh membasahi pipi.
"Tuan? Tuan datang jemput saya?" Soal Amelieda, antara percaya dan tidak percaya.
Langsung berubah riak wajah Alfonso yang tadinya cemas, kini menjadi masam bak cuka.
Lelaki itu melipat tangannya ke dada dengan wajah yang begitu selamba.
"Hmmm... kalau tak disebabkan Mama, tak kuasa aku nak cari kau malam-malam macam ni. Dah, jom balik!" Ucap Alfonso, langsung berpaling dari Amelieda.
"Balik? Tapi, saya tak ada tempat tinggal." Jawab Amelieda.
"Kau duduk aje lah dekat rumah aku tu sementara sampai nanti kau dapat rumah sewa."
"Tapi..." mimik wajah Amelieda benar-benar ragu dengan tawaran Alfonso.
"Kau nak balik ke tidak? karang aku tinggal kau dekat sini, baru kau tahu!" Ugut Alfonso.
"Iya iya, saya ikut Tuan balik." Amelieda bangkit dari duduknya, kemudian dia mengkibas-kibaskan roknya yang sedikit kotor kerana pasir.
Mahu tidak mahu Amelieda akur walau dengan keterpaksaan.
Kini Amelieda dan Alfonso berada di dalam kereta yang sama. Tiada sepatah kata pun yang terucap dari bibir mereka masing-masing. Jangankan berbicara, saling menoleh pun tidak.
Tidak sudi!
Hampir 25 minit di dalam perjalanan menuju ke Kondominium itu semula. Amelieda tidak dapat menahan rasa kantuk yang tiba-tiba saja datang menghampiri.
"Kau datang sini dengan siapa?" Soal Alfonso, tetapi masih tidak menoleh Amelieda.
"Nak jual mahal pulak, kalau orang tanya tu jawab aje lah. Eh nasib baik aje tau, kau tu jumpa..."
Alih-alih bibirnya tidak mampu menutur sepatah kata pun saat matanya dengan tidak sengaja terpandang sosok Amelieda yang kelihatannya begitu lena dibuai mimpi.
Alfonso menghela nafas panjang. Menahan rasa kesalnya terhadap Amelieda.
"Hoii... bangunlah! Dah sampai ni! Jangan manja boleh tak!" Tegas Alfonso dengan suara garau nya.
Melihat tiada apa-apa reaksi dari pada Amelieda. Alfonso pun memberanikan diri untuk menyentuh bahu wanita itu.
"Bangun... kita dah sampai ni."
"A-apa? Dah sampai? Kita dekat mana ni?" Soal Amelieda, perlahan-lahan dia membuka mata seraya menggosok-gosok matanya saat terasa silau akan lampu-lampu mewah yang menyinari sekeliling kawasan Kondominium itu.
"Ini rumah aku, kau boleh duduk sini untuk sementara. Dah jom masuk!" perintah Alfonso, kemudian dia melepaskan seat belt yang sedari tadi melekat di dada bidangnya.
Share this novel