BAB. 04.

Drama Completed 52261

Petang itu Hifzah dah Deryana serta beberapa rakannya merancang mahu berbuka puasa bersama di salah sebuah cafe yang tak begitu jauh dari asrama mereka, memandangkan mereka sudah lama tidak berkumpul, mereka memilih hari itu sebagai hari kebersamaan mereka.

Hifzah meluru ke arah waiters yang sedang membancuh air tempahan pelanggan yang lain, sedari tadi lagi. pandangan mata Hifzah sudah meluru kepada seorang lelaki dan wanita, yang kelihatan nya begitu angau bercinta.

Wanita yang berada di atas pangkuan lelaki itu, kelihatan nya begitu mesra saling membelai satu sama lain.

Hifzah menjungkitkan kedua belah bahunya, rasa loya mahu termuntah pula dia melihat budaya orang barat masuk di negara ini.

Hifzah terus melihat mereka, sekadar ingin tahu. apa yang mereka perbualkan, kerana begitu asyik kelihatannya.

mata Hifzah menatap tajam kedua insan itu. apabila lelaki yang tengah membelai mesra wanita itu tersedar Hifzah melihat nya, terus dia berdehem. membuatkan Hifzah tersentak tak tentu arah.

Hifzah terus mengalihkan pandangannya, memandang minibar yang ada di cafe itu.

"Air mana air?" soal Hifzah yang tengah kalut.

"Tu.. air akak dari pada tadi lagi dah siap. saya dah panggil-panggil akak tak dengar, asyik tengok dorang dua tu je." usik seorang wanita yang bekerja disitu, tambah malu Hifzah di buatnya.

mujur sahaja wajahnya itu tidak begitu kelihatan, berkurang lah sikit rasa malu nya. cepat-cepat tangannya mengambil air yang di pesannya tadi, dan meluru ke arah sekumpulan rakannya yang tengah berborak mengenai ilmu fiqih yang tengah mereka pelajari.

Hifzah melabuhkan tubuhnya duduk di sebuah kerusi yang menghala ke arah dua orang itu, entah kenapa dia merasa begitu penasaran terhadap lelaki yang menurut nya begitu misterius.

Tunak mata nya menyaksikan kemesraan antara kedua-dua makhluk asing itu.

kenapa di sebut asing?

iya kerana mereka berasal dari negara asing, boleh di teka dari segi pakaian, ucapan dan banyak lagi.

Seraya menunggu masuk nya waktu berbuka puasa, Hifzah ikut berbual bersama rakan nya.

Tetapi, kini malah kebalikkannya pula. lelaki misterius itu memandang Hifzah dengan pandangan yang tak biasa.

Hifzah tersedar apabila dirinya mahu mengambil handbeg nya, dan terpandang wajah lelaki itu.

Dug..

jantung nya berhenti seketika.

"Dia pandang aku ke?" batin Hifzah, matanya di sepetkan. tetapi cukup tajam merenung ke wajah lelaki itu.

"Mana perempuan yang ada dengan dia tadi?" batin Hifzah lagi, mata nya meliar mencari keberadaan wanita yang berpakaian seksi itu.

Lelaki itu tak tersenyum seperti tadi, justeru dia kini kelihatan nya begitu dingin dan ketat.

* * *

Wanita yang bernama Aurora itu meluru ke arah Enrique yang tengah menyandar disebuah sofa di dalam Cafe.

"Cariño, a quién estás mirando? Ya no juega, no parpadea en absoluto!!"

(sayang, You tengah pandang siapa tu? bukan main lagi, tak berkedip langsung!!) bentak Aurora, memecahkan renungan Enrique pada seorang wanita yang duduknya tidak begitu jauh dari mereka.

"Aish cariño, lo siento. no importa que te amo."
(Eh sayang, sorry. mana ada pandang sesiapa, I kan sayang You.) ucap Enrique mengecup pipi teman wanita nya itu.

"es esto correcto? Cuidado si sé que estás enamorado de otra chica!"

(Betul ni? awas kalau I tahu You jatuh cinta pada perempuan lain!!) ugut Aurora kepada Enrique, lelaki itu hanya tersengih.

Mereka yang kelihatannya, sudah pun selesai menikmati beberapa hidangan yang berada di atas meja nya, kini beranjak pergi meninggalkan cafe itu.

sebelum mereka pergi, Enrique sempat meluru ke arah kaunter cafe.

"perempuan yang makan kat sana tu dah bayar ke belum?" soal Enrique pada pekerja lelaki di cafe itu, walaupun dia berucap dengan pelat, tatepi masih boleh di fahami.

"Yang pakai tudung tu ke? belum lagi lah bang, kenapa tu?"

"Nah...Kredit card aku, kau hitung semua sekali punya dorang." ucapnya, membuka walletnya dan mengeluarkan sebuah kad kredit berwarna hitam dan memghulurkan nya pada staf cafe itu.

selepas semuanya sudah dikira, kini Enrique beranjak pergi meninggalkan cafe itu. dan dia terpaksa melalui jalan yang berada di sebelah Hifzah.

Bau wewangian yang begitu menyengat dirongga hidung Hifzah, membuatkan wanita itu tersengih-sengih.

"Wangi juga dia ni, muka je ketat." batin Hifzah, mata nya sedikit mengintip lelaki itu masuk ke dalam kereta BMW miliknya.

"Hoii Hifzah.. dah kenapa kau ni? tersengih-sengih, daripada tadi lagi aku perhati je kau ni." tegur Deryana, melambaikan tangan nya di hadapan wajah Hifzah.

mendadak wanita itu tersentak dan tersengih.

"Kalau iya pun rindu dengan Fikri, jangan lah sampai angau macam tu." usik Fatimah.

"Ishh tak ada lah, aku tersengih tengok mat salleh tu tadi. macam tu rupanya budaya dorang, jauh betul beza nya dengan kita."

"Mat salleh? yang duduk kat situ tadi tu ke?"

Hifzah mengangguk.

"Ohh.. biasalah, tak perlu nak hairan. lagi pula, mana lah tahu yang tu isteri dia kan?"

"Isteri?" terbeliak anak mata Hifzah, saat rakannya menyebut perkataan isteri.

"Iya lah, kenapa? kau sakit hati ke bila dia dah berkahwin?"

Hifzah tersengih kambing.

"Tak lah, bukan sakit hati. terkejut sikit je."

"Iya ke terkejut, ke kau jealous sebetulnya?"

"Sorry sangat, Hifzah Adawiyah kot. tak pandang mat salleh macam tu." ucap Hifzah dengan bangga. semua itu hanya lah sebuah gurauan.

"So.. bila kau dengan Fikri nak kahwin?"

"Ermm lagi setahun kot, tunggu dia lepas belajar dulu."

"Ohh ok lah tu, best lah kau. kahwin dengan adik ustazah." ucap kawannya, yang merasa berberat hati. kerana Hifzah menjadi pilihan hati ustaz muda yang ilmu agama nya yang begitu MasyaAllah.

* * *

Kereta yang di pandu oleh Enrique, memasuki perkarangan night club yang begitu tersohor di Kuala Lumpur. ya itu, Club kyo KL.

Enrique dan Aurora berjalan seraya berpimpinan tangan memasuki kelab malam itu. walhal hari masih lagi siang.

Enrique merancang mahu mencecah tatto pada nadi tangan nya, sebagai tanda rasa cintanya dengan Aurora, lagipula dia sudah bersama wanita itu sejak lima tahun yang lepas, hanya saja mereka baru menjalin hubungan yang rapat selama setahun ini.

Begitu juga dengan Aurora, turut sama mencecah tatto di tangannya, berinisialkan nama Enrique.

kini, jam sudah menunjukkan pukul 23.00 malam, Enrique menjemput rakan wanita nya itu untuk pergi bersama-sama menuju ke club night.

lelaki itu duduk seraya menjulurkan kaki nya ke atas meja yang di penuhi dengan pelbagai jenis minuman alkohol, tengah asyik menikmati alunan muzik, dari seorang DJ yang amat tersohor. tiba-tiba telefon nya bergegar.

Mata yang terpejam kini terbuka sedikit luas, Enrique melihat ke arah telefon nya. tertera sebuah nama 'Mama'. Enrique melangkah keluar dari ruangan vvip itu dan mencari tempat yang sedikit sunyi, agar tidak mengganggu perbualannya dengan sang ibu nanti.

"Hola mam." ucap Enrique.

"Vuelve ya, mamá quiere charlar un rato. no traigas Aurora!!"

(Balik sekarang, mama ada nak berbual sikit. jangan bawa Aurora!!) ucap Amelieda, bukan dia tidak sudi anak nya Enrique berkawan dengan Aurora, hanya saja. wanita itu begitu liar untuk Enrique, ya walaupun Enrique juga sama liar.

Enrique melepaskan keluhan panjang, entah kali berapa mama nya berkata sebegini. setiap wanita yang menjalin hubungan dengannya, selalu saja tidak mendapatkan persetujuan dari sang ibu.

"Okey Mam." ucap Enrique, mahu tidak mahu dia terpaksa meninggalkan Aurora di dalam kelab itu. bersama beberapa rakannya.

Enrique melangkah masuk lagi ke dalam ruangan itu, dan bersandar pada tubuh Aurora yang tengah melayang layang kerana pengaruh Alkohol.

"Mi amor, tengo que volver. porque mamá tiene algo que discutir, lo siento, volveras con Hazreq más tarde."

(Cintaku, I terpaksa balik. sebab mama ada nak berbincang sesuatu, sorry, nanti you balik dengan Hazreq.) bisik Enrique pada Aurora seraya mengecup lembut bibir wanita itu.

Aurora hanya mengangguk dan tersengih, kepalanya terus bergoyang mengikuti rentak muzik DJ.

Enrique yang juga berada di bawah pengaruh Alkohol itu, mencuba untuk tetap fokus. kerana ini entah kereta yang kali kebarapa dia beli, selepas mengalami begitu banyak kemalangan kerana kecerobohan nya sendiri.

sesampainya dirumah, sang Mama sudah pun menunggu di ruang keluarga rumah tiga lantai itu.

"siéntate." ucap sang papa, mengarahkan anak nya untuk duduk berhadapan dengan mereka berdua.

Enrique hanya mengangguk, ketika dia berada di hadapan mama dan papa nya, dia begitu kecut bagaikan ayam berak kapur, tetapi. bila dia berada di luar, dia lah layaknya sebuah penguasa.

"Cuál es tu relación con Aurora?"
(Kamu ada hubungan apa dengan Aurora?) soal Alfonso, dengan nada yang begitu cukup tegas.

"Seguimos siendo amigos, pero planeamos casarnos pronto.)

(Berkawan pa, tapi kami merancang nak berkahwin tak lama lagi.) Enrique memberikan keterangan mengenai hubungan nya dengan Aurora yang baru terjalin tiga tahun.

"Quieres casarte? Has comprobado los antecedentes de Aurora? Su familia?"
(Betul nak kahwin? dah periksa latar belakang Aurora? keluarga dia?)

Enrique menggelengkan kepala nya, selama dia menjalin asmara dengan Aurora, dia memang tidak pernah mengetahui latar belakang wanita itu, sama ada dia janda, atau pun masih gadis.

"Descubre sus antecedentes familiares!!"
(Cari tahu latar belakang keluarga dia!!) tegas Alfonso, dan memimpin tangan isterinya melangkah meninggalkan Enrique.

kenapa Alfonso dan Amelieda begitu tegas kepada Enrique? kerana didalam adik beradik Enrique sudah banyak memberikan contoh yang seperti itu, berkahwin hanya memgikuti hawa nafsu, dan kemudian hari berpisah kerana tidak sependapat dan sejalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience