BAB. 03.

Drama Completed 52261

jam di dinding sudah pun menghalakan jarum pendek nya pada pukul delapan malam, kini butik baju muslimah itu akan di tutup. seperti biasanya, butik baju itu mula di buka pada pukul delapan pagi, dan akan ditutup pada pukul delapan malam.

Hifzah dan beberapa rakan nya, yang juga sama-sama belajar di pondok tahfiz. di arahkan untuk menjaga butik baju muslimah milik ustazah mereka.

mereka diupah sebanyak lima ratus ringgit Malaysia setiap bulannya, makan dan minum semua nya di tanggung oleh ustazah Muthiyah.

mereka bekerja secara bergilir-gilir, apabila Hifzah masuk kerja pagi, rakan nya akan berada di pondok tahfiz. apabila Hifzah yang berada di pondok tahfiz, rakan nya pula yang akan mejaga butik.

begitulah hidup dan aktiviti keseharian Hifzah dan rakan nya Daryana, mereka sudah seperti adik beradik dan mereka juga adalah sepupu.

kamana-mana akan bersama, mereka kerap berangan bersama. mahu dinikahi oleh sesorang ahli Qur'an idaman mereka, bukan hanya mereka. tetapi, semua pelajar tahfiz wanita.

Ahli Qu'ran yang tak lain dan tak bukan itu adalah adik bongsu kepada ustazah Muthiyah sendiri. yang kini sedang menyambung belajar di negera Marocco.

wajah tampan bak raja arab itu, tentu saja menjadi idaman para setiap wanita yang memandangnya. begitu juga yang dirasakan oleh Hifzah, dia berharap. bahawa suatu hari nanti, jika ada seorang lalaki yang datang meminang nya. lelaki itu sama persis seperti apa yang di harapkan nya.

~

tahun berganti tahun, Hifzah Adawiyah anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Ain dan Ahmad Mukhsin itu, memasuki tahun ke tiga duduk dibangku tahfiz.

dia belum ada keinginan mahu berkahwin muda, hanya saja dia selalu mengidamkan bahwa bakal suaminya adalah seorang ustaz. seperti rakan sebaya atau pun rakan setahfiz nya yang di nikahkan oleh seorang ustaz.

tiada aktiviti lain, melainkan bekerja dan belajar. Hifzah Adawiyah adalah sesorang yang dikenali cukup pendiam oleh orang baru. tetapi, dia begitu menyerabutkan bagi orang yang telah lama mengenali dirinya dan juga karakter nya.

suatu hari, semasa Hifzah tengah asyik bersembang dengan rakannya di dalam butik itu. salah seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 60-an itu masuk ke dalam butik dengan seorang remaja yang mungkin adalah cucu perempuan nya.

Hifzah yang melihat mereka mula menapak masuk ke dalam butik itu, tergesa-gesa dia bangkit dan melayani pelanggan pertama di hari itu.

wajah yang sedikit letih itu masih mampu menampakkan sebuah senyuman kepada dua orang wanita itu.

"Assalamualaikum mak cik, boleh saya tolong? mak cik nak cari apa tu?" soal Hifzah dengan nada suara beramah mesra.

"Wa'alaykumussalam. Sorry, because I'm not very fluent in Malay. but i can have a little." ucap nya seraya tersengih-sengih, Hifzah menoleh ke arah rakan nya. riak wajah nya bertukar menjadi kalut.

"Oh, that's okay. I can help you aunty?" ucap Hifzah, mata yang cantik nan indah serta bulatnya itu menarik hati Amelieda.

"Ermm boleh tak, awak bagitahu mak cik. baju mana yang sesuai untuk di berikan pada bakal menantu?" ucap nya lagi dengan sebutan pelat, diiringi dengan senyuman, murah senyum betul mak cik ni kan.

nampak gaya macam bukan orang tulen malaysia, seperti orang sepanyol pun ada, philippines pun ada. di tambah pula, dengan wajah cucu nya yang begitu eksotis cantik bak seorang modeling.

rambut yang terurai itu cukup memukau, rambut berwarna amber, warna emas sedikit kecokelatan. sungguh begitu indah, betul-betul rupa minah salleh!!

"Boleh mak cik, butik kami ada baju terbaharu. sesuai sangat untuk diberikan kepada bakal menantu." ucap Hifzah, tapak tangan menunjuk ke arah sebuah jubah baby blue yang terpasang di patung butik.

wanita itu memimpin tangan cucu nya yang mungkin berusia 25-an itu, tangan itu di pimpin nya meluru ke arah patung. baju itu di pandang nya dengan teliti, setiap sudut. setiap celah, betul-betul di periksa dengan teliti. mesti bakal menantu nya ni orang istimewa kan?

Hifzah berdiri di sebelah wanita berambut emas itu, wajah nya Hifzah pandang sesekali. memang cantik, rasa macam tak sangka pula. boleh berada dekat dengan minah salleh.

"Sorry kak, nak tanya baju yang ni harga berapa?" soal cucu nya pada Hifzah, ucapan dengan nada pelat itu tidak lepas dari mereka berdua.

"Harga nya hanya RM800 sis, dia dah sepakej dengan tudung sekali." ucap Hifzah, seraya di iringi suara terkekeh.

"Ohh I see." dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Bibir di kemam, apabila Hifzah mendengar dua susuk wanita itu berbual dalam bahasa asing, bahasa yang tak Hifzah kenali pasti. sama ada itu bahasa sepanyol ataupun bahasa Italia, atau pun bahasa negara-negara asing lainnya.

selepas sahaja mereka selesai berbual, Wanita yang dipanggil sebagai mak cik itu. meminta kepada Hifzah untuk mempacking kan baju itu untuk nya, dengan perasaan gembira Hifzah membungkuskan baju serta tudung itu untuk mereka. jubah dubai itu diletakkan nya di dalam sebuah kotak yang tertera brand ZARA.

selepas sahaja siap mempackingkan baju itu, Hifzah mengulurkan baju itu penuh hormat. begitu juga dengan mereka, turut sama menundukkan kepala nya.

"you are very beautiful, aunty likes to see you. InsyaAllah, aunty will be a subscriber to your boutique. the hijab and the shirt are all beautiful." ucap nya, tudung yang tergantung di rak sebelah kanan itu di usap nya beberapa kali dengan tersenyum.

"MasyaAllah, thank you aunty, I really appreciate it. InsyaAllah we will meet again!" ucap Hifzah, bibir nya tak henti-henti mengukir senyuman. walaupun tidak terlihat secara jelas, tetapi mampu di rasakan dari pandangan mata nya yang berbinar.

sebaik sahaja siap berbual mesra, mak cik itu bersama cucu nya melangkah keluar dari butik itu. sebuah kereta mewah yang terparking di sebelah sana rupanya milik mereka, kereta berjenis BMW itu digerakkan perlahan keluar dari garaj butik itu.

Hifzah yang turut menghantarkan mereka sampai ke depan pintu butik itu melambaikan tangan kepada mereka, bukan hanya mereka. setiap pelanggan akan mereka layan sebaik mungkin.

Deryana rakan Hifzah menarik lengan Hifzah dari arah belakang, wajah nya cuak memandang Hifzah.

"Kau nampak tak tadi, tatto pada lengan akak tu?" soal Deryana, volume suara di kecil kan.

"Nampak, kenapa? mesti kau rasa pelik kan? tak payah hairan lah, sebab aku rasa kan. dia tu bukan orang melayu, rasa nya dia tu orang luar." ucap Hifzah, tangan mengemas beberapa tudung yang sedikit tidak tersusun dengan baik.

"Kau tahu dari mana? kau ni dah macam spy pulak, tak payah tanya-tanya dah tahu." kutuk Deryana, tangan turut sama menolong Hifzah.

"Sebab, tadi dia berbual dengan mak cik tu dalam bahasa Sepanyol agaknya. aku pun tak sure lah, Sepanyol ke Italian."

"Ohh macam tu, ok aku faham." Ucap Deryana, tangan yang tadi terhenti, kini turut saya menyusun tudung.

memandangkan mereka hanya berdua sahaja di butik itu, mereka melakukan semua kerja secara bersama-sama. tak lah seberat mana pun, hanya duduk-duduk, mengemas dan melayan customer.

* * *

"Su boutique es hermosa, Cassandra puede llevar a sus amigos a su boutique más tarde, apoyar sus esfuerzos."

(cantik kan butik dia tu, boleh lah nanti Cassandra bawa kawan-kawan pergi butik dia, support usahanya.) ucap Seorang wanita bernama Amelieda itu kepada cucunya Cassandra.

Cassandra merespons nya dengan senyuman, tak mustahil bahwa orang berada seperti mereka minat berbelanja.

"si algun dia oma puede tener un yerno asi. debe hacer frío para mirarlo. pero, las mujeres así quieren. con gente como nosotros?."

(andai suatu hari nanti, oma dapat menantu macam tu. mesti sejuk saja mata ni memandang. tapi, perempuan macam tu mahu ke dengan orang macam kita?) soal Amelieda pada cucu nya.

Cassandra menoleh ke wajah Oma nya, wajah wanita yang selalu tersenyum kepada semua orang.

"No es imposible, oma, si estás casada, no? A quién crees que se lo propondrás."

(tak mustahil oma, kalau dah jodoh kan. agak agaknya untuk siapa oma nak pinangkan dia?) Cassandra kembali menyoal Amelieda, sebelah kening dijungkitkan ke atas.

"para quien si no para el tio Enrique cuantos años tiene? Nunca te has vuelto a casar hasta ahora, no quieres ser un viejo soltero, verdad?"

(untuk siapa lagi kalau bukan untuk uncle Enrique, dia tu umur dah berapa? tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang, tak kan nak jadi bujang tua, kan?)

Amelieda memetik nama anak lelaki nya yang ke-5. Enrique Alejandro, seorang lalaki yang berusia 36 tahun itu. belum mengecapi sebuah kemanisan berumah tangga.

sebab apa?

sebab dia selalu mempermainkan banyak wanita, hanya untuk di jadikan mainan.
tidak pernah diajak dalam keseriusan.

kerana itu lah dia belum berkahwin sampai sekarang, manakala adik nya pulak Bianca sudah berkahwin sejak muda dan sekarang sudah pun memiliki dua orang anak lelaki.

keluarga mereka, merancang mahu kenal lebih rapat dengan Hifzah. tetapi, siapakah yang akan mereka jadi kan mata-mata untuk mengintai Hifzah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience