Get the app for full experience
"BAGI i tengok baju yang you beli tadi tu, Kamal!" Amaran keras Tengku Adama kedengaran sekaligus membuatkan ketiga-tiga insan yang tercegat di hadapannya langsung sahaja tersentak. Tanpa mengalihkan lirikan mata helangnya daripada wajah Malaika, sebelah tangan Tengku Adama pula ditadahkan ke arah Kamal tanda meminta dan bungkusan yang mendatangi tangannya saat itu langsung sahaja dirampas dan dibuka dengan rakus. Mata yang sememangnya sedang dicerlungkan tajam tadi kembali dibawa menyerang pandangan Malaika saat sehelai pakaian berwarna merah terang yang terlihat teramat seksi diangkat meninggi ke udara. Kerana terlalu ketakutan, sekali lagi Malaika membuang mukanya ke atas lantai sambil terusan berdebaran dada ...