1 Hi Malaysia!

Romance Completed 1031568

Lima Tahun Kemudian:

... thank you for joining us on this trip and we are looking forward to seeing you on board again in the near future. Have a nice day!

'Hi Malaysia tanah airku! I'm back!' Wanita yang berpadu padan gaya ala-ala kebaratan menarik beg pakaiannya dengan pantas.
Setapak demi setapak gerakan kakinya diatur bersama tampang dan gaya yang elegan, angkuh dan... seksi itu sudah pasti kerana dia mahu satu Malaysia tahu bahawa dia bukanlah seperti yang dulu, insan yang lemah dan bodoh!

"Selamat pulang, anakanda. Daddy miss you so much!" Datuk Rizman terus menerkam tubuh Malaika lalu dipeluk erat untuk melepaskan rasa rindu yang sudah ditanggung bertahun lamanya.

"Thanks Daddy, I miss you too. Mana Mummy?" Soal wanita itu ketika masih lagi dalam pelukan ayahnya sambil mata meliar-liar ke pelbagai arah untuk mencari sosok seseorang.

"Mummy tak ikut baby, busy prepare special lunch untuk anak kesayangan dia ni! Anak Daddy makin cantik, tapi kenapa........tak cukup kain?" Berkias-kias Datuk Rizman menegur anaknya kerana jika ditegur secara terang-terangan, bimbang pula anak manja itu akan merajuk. Malaika pula hanya mempamerkan senyuman sinis, tidak peduli sama sekali dengan kata-kata Datuk Rizman.

"Daddy ni, ketinggalan zaman sangat! Inilah yang dinamakan fashion! Cantik tak?" Malaika mengembalikan pertanyaan dengan riak yang bersahaja. Tubuhnya diliukkan ke kiri kanan tanpa rasa segan terhadap mata-mata di sekeliling. Caranya pula penuh menggoda dan kegedikan.

"Cantik tapi... Daddy tak yakin yang Mummy akan suka. Oh my baby, please...jangan buat mummy berleter...." Datuk Rizman lantas menyatakan punca keresahannya. Dalam minda sedang rancak membayangkan seperti apa respon dingin isterinya nanti jika melihat penampilan gila anak mereka. Seksi yang teramat!

"No, Baby takkan tukar, Baby ada style Baby sendiri dan...Baby tak kacau orang pun!" Ujar wanita itu penuh yakin. Sempat memberi isyarat kepada pemandu mereka agar membawa bagasinya sebelum dia sendiri berjalan duluan untuk mendapatkan kereta.

Datuk Rizman mengeluh panjang sebelum menuruti langkah kaki anak kesayangannya itu. Dia giat mencari, di mana anaknya yang dulu, anak yang selalu menjaga penampilan sopan, anak yang lemah lembut saat berbicara, anak yang penurut, selalu mendengar kata namun pencariannya tetap gagal. Wanita yang kembali ke dalam pangkuannya seolah-olah insan lain, barangkali hanya wajah dan suaranya sahaja yang serupa.

**********

"MUMMY...! I miss you so much....! A big hug please...." Terkedu seketika Datin Azma melihat penampilan baharu anaknya sementara Datuk Rizman langsung sahaja menyambar anak-anak tangga lantaran sudah kegerunan tatkala melihat percikan-percikan bunga api yang meletup -letup di atas kepala isterinya. Jika meledak, sudah pasti akan menghasilkan dentuman yang amat menyakitkan sepasang kuping yang melekat pada sisi muka.

"MALAIKA! Baju apa yang kamu pakai ni? Tengok rambut tu, dah serupa bulu tupai dah Mummy tengok! Apa nak jadi dengan kamu ni!" Datin Azma terus memuntahkan segala rasa kemurkaannya. Tubuh yang tertampil sedikit tidak senonoh itu ditarik mendekat lalu dibelek-belek dengan kasar. Biarpun rasa rindu kuat menguasai jiwa keibunya saat itu, namun dek melihat persembahan gila anaknya membuatkan hatinya lebih cenderung untuk membebeli anak nakalnya.

"Mummy ni, orang baru je sampai terus nak bising-bising! Fashionlah mummy. Mummy dengan Daddy mana tahu apa-apa pun, terperuk je dalam Malaysia ni!"
Sekali lagi Datin Azma terkedu dengan balasan kata dan gaya anaknya. Melampau!
Sudahlah berpakaian menyeksakan mata, sekarang ini pula, bukan main giat melawan teguran. Langsung tiada terpamer riak serba salah.
'Malaikakah itu??'

"Pakaian apa ni, Malaika? Terselak sana, terselak sini! Lurah tu, nak tayang kat siapa pula? Sekarang ni, Mummy nak kamu pergi tukar pakaian kamu tu cepat! Kalau tak, tak boleh makan!"

Seperti biasa, Malaika akan menayang wajahnya yang bersahaja, tidak terpukul langsung dengan amaran keras itu, malah dengan selamba sahaja kaki putihnya yang terdedah keluar dibawa melangkah menuju ke arah meja makan.

"Baby lapar, kalau Mummy masih nak membebel, baik Mummy lupakan je lah sebab Baby tak akan ikut cakap orang lain selain arahan Baby sendiri. Selalu sangat menurut, hujung-hujung diri sendiri yang terseksa, orang lain bukan tahu apa pun!" Tuturnya selamba seraya menarik kerusi sebelum tubuhnya dibawa berlabuh atas.

Air muka Datin Azma mendadak berubah tatkala mendengar kata-kata yang dia tahu sedang ditujukan khas buat dia dan suaminya. Datin Azma berjalan mendekati sosok Malaika, bersama satu perasaan pilu dan bersalah, lalu tubuh anak itu pantas didakap dengan erat.

"Mummy minta maaf, Mummy tak bermaksud nak buat Mal sedih. Mummy cuma menegur, tegur sebab sayang, tak salahkan?"

"Dahlah Mummy, tak naklah sedih-sedih. Baby baru je datang, kalau ya pun Mummy nak berleter sangat, tunggulah lepas Baby dah kenyang.." Malaika cuba berseloroh sedang titisan-titisan air mata mula mendatangi pipinya yang bersih. Tawa yang hambar dibawa meletus perlahan, sekadar mahu membuang perasaan luka setiap kali mimpi semalam datang bertandang.

**********

"TUAN nak keluar sekarang ke?" Berhati-hati Kamal melantunkan ayat pertanyaan, bimbang kalau dirinya bakalan terkena tempias amukan bos besarnya itu. Tampang yang tidak pernah terhias dengan senyuman, biar secalit pun. 24 jam dingin memanjang. Tidak kejangkah otot-otot yang tercantum pada wajahnya itu?

"Ya. Call i kalau ada hal penting. " Pendek sahaja jawapan Tengku Adama namun nada yang penuh ketegasan amat nyata kedengaran, sudahlah tanpa memberi mata kepada lawan bicara.
Kamal mengangguk berkali-kali. Selain akur, dia juga merasa gerun dengan tampang galak lelaki itu.

"Tuan nak ke mana tu, Kamal? Tergesa-gesa je i tengok.." Terloncat pantas dua orang wanita bermulut bawang muncul di hadapan Kamal. Memang sejenis yang suka menyibuk hal orang apalagi jika perihal yang berkaitan dengan majikan mereka.

"Hantar Che Puan Manira ke hospital. Ada temujanji dengan doktor katanya.." Biar hati terasa terbeban kesulitan, Kamal menjawab juga pertanyaan dua wanita itu namun sempat juga dia bercurian mencebik bibir. Menyampah juga kadangkala ketika berdepan dengan manusia yang terlebih mengambil berat.

"Kesian tuan kan, adik beradik dia semuanya lepaskan tanggungjawab untuk urus Che Puan dengan dia. Dahlah terlajak tua tak laku..." Nina menutur dalam perasaan belas kasihan namun dengan nada yang kedengaran sedikit sinis.

"You ni pun, manalah dia ada masa nak pergi layan perempuan. Dah masa yang dia ada cuma dalam pejabat besar tu dengan mengurus Che Puan Manira je..." Yatie turut menyokong, lalu kedua-duanya langsung terbahak-bahak tanpa rasa bersalah.

Kamal menghela nafas, dilanjutkan sahaja pekerjaannya tanpa mahu peduli perbualan dua biji bawang di hadapan.

"Yela kan, kadang-kadang i kesian juga tengok orang-orang kaya ni. Berharta tapi tak bahagia, nak-nak macam Tengku Adama tu.." Nina menyambung setelah kehabisan alunan tawa. Giliran Yatie pula menyokong namun hanya dengan anggukan berulang kali dan senyuman.

"Mana you berdua tahu yang tuan tak bahagia? Tinggal serumah ke? Ke korang berdua part time jadi bibik dia?" Kerana kebengangan, Kamal terus sahaja mencelah.

"Alaaa....tengok dari luaran je, kita dah tau! Kalau dia tu bahagia, tak adanya muka ketat berjam-jam. Hensem tapi bongkak, sombong! Cakap bukan reti nak berlembut, asyik nak menengking je...!"Yatie meluah.

"Kalau tak suka, pergilah cari kerja lain. Kot-kot dapatlah bos sejenis yang suka mengekeh tak tentu pasal, tak pun jenis yang suka tersengih memanjang sampai nak terkeluar gigi-gigi. Dapatlah you berdua menghiburkan hati masing-masing.." Kamal membuat usulan, dan dia lantas tertawa sendiri saat merasa kata-kata itu telah memberi kemenangan kepada dirinya sendiri.

"Tolong sikit, gaji i kat sini lumayan tau! Sebab tu i bertahan. Bos kita tu, walaupun sombong nak MAM, tapi hati budi dia baik. Tak kedekut...." Yatie membalas sambil menjeling tajam ke arah Kamal.

"Betul tu, i sokong apa yang you cakap....!" Nana mencelah senang, sebelum menggabungkan tawa bersama Yatie.

"Haa, kalau dah tahu dia tu baik, tak payahlah nak mengumpat bagai. Hadap je lah dengan redha. Korang-korang ni baru beberapa tahun je kerja dengan Tengku Adama, banyak lagi hal yang korang tak tahu! Dah, pergi sambung kerja! I report dengan bos karang, baru padan muka you berdua!" Kamal mula menggunakan kuasanya sebagai salah seorang pegawai atasan di situ.

"Alaaa you ni, ajak sembang sikit pun tak boleh. Sombong! Dah berjangkit dari tuan agaknya! Tahulah dia tu orang kepercayaan tuan, tapi tak payahlah nak garang sangat.." Nina memprotes seraya memiringkan bibir.

Melihat kedegilan dua orang itu, Kamal langsung mencapai telefon bimbitnya lalu dinaikkan ke atas.

"You berdua nak pergi sambung kerja ke, atau nak i send gambar wefie kita bertiga pada dia?"

"Nak buat kerjalah ni, tak nampak??"
Tergopoh gapah Yatie dan Nina melangkah untuk mendapatkan meja kerja mereka semula biar sangat tidak berpuas hati dengan ugutan pembantu Tengku Adama itu.

"Tahu pun takut, memang jenis mak cik - mak cik bawang!"
Terkumat kumit mulut Kamal memaki sebelum kembali meneruskan pekerjaannya.

********

DOKTOR SYAFILA mencuri melirik ke arah wajah beku lelaki yang sedang mematung memeluk tubuh di hadapannya sebelum kembali menatapi wajah Che Puan Manira. Walau perasaannya terlampau gemuruh pada ketika itu, namun dengan sedaya upaya juga riaknya dinormalkan. Dia bukannya baharu berkhidmat bakti dalam bidang kedoktoran, malah pelbagai jenis penyakit dan rencah ragam manusia yang sudah dia depani, namun setiap kali mendepani keluarga elit yang mendatanginya ketika itu, keyakinan dan sikap tenangnya luntur mendadak. Jika mahu diterangkan, Che Puan Manira bukanlah seorang yang cerewet, sombong pun tidak malah segalanya tentang pesakitnya itu adalah baik, tidak membebankan dan yang selalu membuatkan perasaan Doktor Syafila runsing sudah tentu bukan wanita itu melainkan insan yang selalu sahaja menyertai mereka. Tidak perlu diceritakan banyak tentang Tengku Adama, cukuplah sekadar dua patah perkataan iaitu angkuh dan dingin!
Berbulan-bulan mengenali Tengku Adama, jangankan hendak bercakap, senyum pun tidak pernah langsung. Berbeza sekali dengan sikap keramahan Che Puan Manira.

"Che Puan jangan risau, sakit Che Puan ni akan baik cuma perlu masa. Saya tengok dah banyak perubahan dah, boleh gerak sikit-sikit dah kan?" Sekali lagi Doktor Syafila melirik ke arah anak lelaki Che Puan Manira, berharap agar lelaki itu turut membantu untuk menjelaskan seperti apa perkembangan ibunya di rumah. Namun seperti biasa, Tengku Adama hanya diam berpeluk tubuh berdiri di sisi Che Puan Manira dengan tampangnya yang bongkak teramat.

"Ya doktor, cuma untuk dibawa berjalan tu payah sangat-sangat..." Lama-lama, barulah Che Puan Manira merespon. Terbit riak kecewa pada wajah tua itu. Sesekali, tangannya dibawa mengurut lembut bahagian kaki yang sudah tidak berdaya lagi. Hanya bergerak menggunakan kerusi roda sejak lima bulan lalu setelah disahkan lumpuh sebelah kaki akibat terjatuh di bilik mandi dan semenjak itu jugalah dirinya dirawat penuh, jika bukan oleh Tengku Adama, maka dia akan diuruskan oleh pembantu rumah mereka, Mak Zie yang sudah hampir 10 tahun berkhidmat dengannya.

"Jangan paksa diri, perlahan-lahan. Next appointment, bulan depan lagi ya.." Doktor Syafila menutup kata bersama segaris senyuman.

"Thanks doktor, saya minta diri dulu. Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam.."

Tengku Adama bergerak untuk menolak kerusi roda yang sedang menampung tubuh Che Puan Manira tanpa mempedulikan langsung tundukan hormat Doktor Syafila. Sudahlah senyum pun tidak, mengucapkan terima kasih apatah lagi!

"Fuhhhh, bebas! Nasib tak tercabut jantung aku ni. Hensemnya usah dicakap, tapi sayang sekali, sombong nak mampus!" Dokfor Syafila berbicara sendirian setelah kedua-dua anak beranak itu lolos dari pandangan matanya.

_
_
_
_

"Kalau Angah sibuk, biar Mummy balik dengan Mat je...." Che Puan Manira bersuara saat melihat Mat Sudin, pemandu peribadi mereka datang mendekat.
Tadinya dia tiba di situ bersama Mat Sudin kerana Tengku Adama masih sibuk di pejabat dan setelah itu, barulah anaknya menyusul.

"Taklah, lepas ni Adama balik rumah terus je. Penat..." Tengku Adama membalas pendek.
Tubuh Che Puan Manira dipapah masuk, sebelum mengarahkan Mat Sudin untuk membantu mengangkat kerusi roda milik ibunya.
Che Puan Manira diam seketika, sambil memerhatikan sosok anak keduanya itu ikutan memasuki kereta.

"Eloklah tu, Angah ni kalau dah buat kerja bukan nak ingat hal lain. Sampaikan makan minum pun Angah selalu je skip kan? Angah ada gastrik tau, kena jaga perut tu betul-betul.." Che Puan Manira membebel sayang. Tidak mahu terlalu berkeras dengan Tengku Adama, kerana dia tahu dia akan selalu kalah dengan kedegilan lelaki itu.

"Taulah Mummy, Adama bukan budak-budak lagi.." Tengku Adam menjawab sambil menayang riak tidak berpuas hati. Dia benci diatur, diarah apalagi ditegur biarpun oleh ibunya sendiri.
Jawapan itu hanya membuatkan Che Puan Manira menggelengkan kepala. Memang dia sudah jangkakan seperti apa respon Tengku Adama setiap kali ditegur.

"Ada ke Mummy kata kamu tu budak-budak? Sebab Mummy tahu Angah dah tua lah mummy bagi nasihat. Angah tu hidup seorang, tak berbini. Kalau sakit, ada ke orang nak jaga? Mummy ni nak jaga diri sendiri pun susah.."

"Adama bolehlah jaga diri, selama ni elok je hidup Adama. Esok lusa kalau Adama dah tua, tak larat nak urus diri suruh je orang hantar Adama pergi rumah orang tua. Biar Adama tunggu ajal kat situ!" Ujar Tengku Adama bertambah dingin. Dia benci setiap kali status kehidupannya dipersoalkan, apalagi setiap kali perkataan wife, isteri, bini menyusup masuk ke dalam topik perbualan mereka.

"Astagfirullahaladzim... Apa yang Angah mengarut ni? Ni, mummy nak tanya lagi sekali, sampai bila Angah nak gantung dia tak bertali?"

"Gantung apa pula Mummy?? Dahla, Adama menyampahlah nak bercakap pasal benda-benda tu semua! Lagipun, muka dia tu pun Adama dah lupa dah, biarlah! Dia yang nak pergi sangat, Adama malas nak kisah dah! Tak penting langsung!" Kemarahan Tengku Adama memuncak tinggi lantaran bengang dengan pertanyaan Che Puan Manira. Mimpi semalam yang dia enggan mahu ingat, namun selalu sahaja dibawa masuk
oleh ibunya sendiri.

Che Puan Manira mengeluh sendiri, lalu membuang pandangannya ke arah luar tingkap.

"Apalah nasib Mummy ni, dahlah along sampai sekarang tak kahwin-kahwin, Angah pula huru hara, nak harapkan Hazim tu, lagilah payah. Perempuan keliling pinggang! Kalau macam ni lah, alamatnya sampai ke matilah Mummy tak merasa ada cucu..!"

Thanks utk komen..

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-08-28 09:34:57 

huhuuu bla dh lmaa duduk abroad ..tp .. rasanya nk puaskn ati yg lara ni

Intan Dan Zamri
2022-02-12 23:01:57 

Mana plak dtg mommy & daddy ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience