Bab 4

Romance Series 1216323

Bab 4

"I miss you..." luah Umaira tanpa segan silu. Ini kali pertama mereka berjumpa empat mata setelah tiga bulan bercerai dan orang menganggap Umaira sudah pun tamat iddah. Sepanjang tiga bulan itu, mereka hanya berhubung melalui telefon kerana dia ingin memberi Zakuan ruang untuk menguruskan masalah syarikat.

Zakuan terus tersenyum manis.

"I miss you too. I miss you damn much." Balas Zakuan. Namun, ianya hanya mampu disahut di dalam hati. Ya, dia akui, dia juga merindui bekas isterinya itu. Rindu yang sesungguhnya.

Umaira yang tidak mampu memendam rasa rindunya lagi, tanpa berfikir panjang, terus menggenggam pergelangan tangan Zakuan yang berada di atas meja itu. Mereka sekarang berada di kafe, dimana tempat Umaira dan Syafiqa selalu menghabiskan masa ‘me-time’. Sengaja Umaira memilih meja yang paling hujung dan sunyi agar dapat mengelak dari pandangan orang ramai.

Zakuan agak sedikit terkejut. "Maira... nanti orang tengok," tegurnya lembut sambil meliar anak mata memandang sekeliling. Mujur sahaja tidak ramai pelanggan di dalam kafe tersebut.

Wajah Umaira serta-merta berubah muram. Dia perlahan melepaskan genggaman tangannya lalu kembali diturunkan ke bawah meja. Disitu, kedua tangannya menggenggam erat menahan rasa rindu yang memberontak jiwa.

"Abang okay?" soal Umaira setelah sejenak menenangkan diri.

Zakuan melepaskan keluhan panjang lalu menyandar tubuhnya ke dada kerusi.

"Yea. I'm okay,” jawabnya.

"Macam mana dengan company abang?" soal Umaira ingin tahu. Entah, sejak dia mengetahui punca Zakuan naik berang sehingga menggugurkan talak tiga ke atasnya di malam pernikahan mereka tiga bulan yang lalu, Umaira seolah trauma. Mungkin selama mereka menjalin hubungan sebelum ini, dia kurang mengambil tahu tentang permasalahan bekas suaminya itu. Jadi, dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama, walaupun semuanya sudah terlambat.

Zakuan tersenyum hambar lalu menggeleng lemah.

"Macam tu lah. Abang masih memikirkan jalan untuk selamatkan company abang,” ujar Zakuan.

"Kalau abang perlukan pertolongan, abang boleh beritahu Maira. Maira akan cuba bantu abang selagi mampu."

Zakuan terus menggeleng cepat. "No. Abang tak nak susahkan Maira. Abang tak nak dianggap mengambil kesempatan pada Maira. Biar lah abang selesaikan sendiri masalah company abang."

"Tak. Abang tak susahkan Maira pun. Maira malah risau tengok abang macam ni. Maira dapat teka, abang tak cukup tidur, kan?" Ya, Umaira dapat melihat sendiri, lingkaran hitam di bawah mata Zakuan. Wajah lelaki itu kelihatan kusam dengan rambut sedikit kusut. Jika sebelum ini, Zakuan seorang lelaki yang sentiasa menjaga penampilan diri. Selalu kelihatan kemas dan bergaya dengan jambang dan kumis sentiasa dicukur nipis. Dan kini, lelaki itu kelihatan agak tidak terurus.

Zakuan terdiam seketika. Dia hanya merenung wajah Umaira yang jelas terlihat risau akan dirinya.

"Abang jangan macam ni. Beritahu Maira, apa yang Maira boleh bantu abang," pujuk Umaira lembut. Zakuan terus melepaskan keluhan berat.

"Maira... Maira tahu kan, company abang mengalami kerugian besar. Maira sendiri pun faham kan kerugian apa? Ia melibatkan wang. Sebab tu, abang tak nak Maira bantu abang. Harap Maira, faham,” jelas Zakuan masih dengan suara lembutnya. Kali ini, Maira mengeluh panjang. Susah juga memujuk bekas suaminya itu.

"Habis tu, takkan biarkan abang menanggung semua tu sendiri. Maira tak sanggup,” ujar Umaira, sayu.

Zakuan tersenyum nipis.

"Tak apa. Insya Allah, abang boleh selesaikan nya nanti sendiri. Maira tak perlu risau. Sebelum ni, company abang pernah mengalami masalah yang sama dan abang dapat handle. Cuma kali ini, kerugian tu lebih berganda. Perlu masa untuk recover,” tutur Zakuan cuba meyakinkan Umaira. Meski yang nyatanya, nasib syarikatnya kini, bagai telur dihujung tanduk. Bila-bila masa sahaja jatuh muflis.

Perbualan mereka tiba-tiba terganggu oleh bunyi dari telefon bimbit Zakuan. Zakuan segera meraih telepon bimbitnya di atas meja lalu menjawab panggilan itu. Umaira yang tidak pernah jemu memandang wajah tampan Zakuan, terus memerhati riak wajah lelaki itu yang tiba-tiba berubah dari muram kepada ceria. Pasti ada perkara yang menggembirakan membuat bekas suaminya itu tersenyum ceria.

"Tiba-tiba tersenyum. Ada good news ke?" soal Umaira setelah Zakuan menamatkan panggilan.

"Yup. I will meet someone who can help me to save the company. Abang dah lama cari dia,” ujar Zakuan dengan senyuman lebarnya.

"Really?" Umaira juga turut sama tersenyum.

"Yea. So, Maira. I got to go now. I can't be late this time," ujar Zakuan meminta diri.

"Okay. Good luck, abang. Hati-hati drive,” pesan Umaira bersama senyuman manis. Zakuan terus berdiri.

"Thank you. Maira juga. Jangan laju-laju drive nanti. Anyway, thanks for the lunch treat. Next time, abang belanja Maira. Okay?" Zakuan terus menghulur tangan ingin menyentuh pipi Umaira. Namun perbuatannya terhenti serta-merta. Dia baru tersedar dan teragak-agak menarik tangannya kembali. Zakuan terus mengukir senyum hambar melihat Umaira yang sedang mendongak memandangnya. Umaira juga turut sama tersenyum nipis. Jika dulu setiap kali berpamitan untuk pergi, Zakuan pasti akan mencium dahi Umaira sebelum pergi. Tetapi kini, Zakuan tidak dapat melakukan semua itu lagi. Hati tiba-tiba dirundung rasa sebak.

"Bye."

"Bye,” balas Umaira. Zakuan pun berlalu meninggalkan Umaira yang masih duduk di kerusi.

"I miss you so much, abang,” gumam Umaira sendiri. Dia terus mengeluh dan menunduk setelah kelibat Zakuan hilang dari radar mata. Kedua matanya terasa panas dek menahan tangis dari meledak. Sumpah, dia rindu setengah mati dengan Zakuan. Bilakah masanya lagi mereka akan bertemu kembali?

****

Umaira bergegas keluar dari kafe itu setelah dia baru tersedar waktu sudah hampir masuk waktu kerja. Tiba sahaja di depan keretanya, langkahnya terhenti serta-merta. Dia merenung sebuah kereta Jaguar F type hitam gelap terparkir tepat di belakang kereta miliknya. Dia mencekak pinggang sambil mengetap bibir.

"Ini yang buat aku marah ni!" bentak Umaira naik geram. Dia menonong ke hadapan menghampiri kereta tersebut. Dia melihat tiada pemandu mahupun penumpang di dalamnya. Setelah itu, dia melangkah ke hadapan kereta itu memandang nombor plat kereta.

"Aargh! Bullshit! Waktu macam ni juga lah kau block kereta aku!” dengus Umaira semakin marah.

“Mana aku nak cari orangnya ni?" rungut Umaira. Ingin sahaja dia menendang bumper kereta itu. Dia menoleh ke kiri kanan mencari jika dapat mengesan tuan pemilik kereta itu. Tetapi, bagaimana dia harus mencari? Sedangkan, dia sendiri juga tidak kenal empunya kereta.

"Aaargh! Kalau aku jumpa dia, siap dia! Tak tahu undang-undang ke, apa? Dia ingat jalan raya ni, bapak dia punya ke?" omel Umaira dengan wajah tegangnya. Dia kembali melangkah menuju ke kaki lima kafe itu.

"Kenapa, Madam Umaira?" tegur seseorang. Umaira pantas menoleh ke sisi. Terlihat seorang pelayan lelaki kafe menghampirinya dengan senyuman mesra.

"Ada orang block kereta saya. Saya tak tahu siapa. Saya tengah rushing sekarang ni nak balik office,” keluh Umaira sambil memandang ke arah kereta tersebut. Pelayan itu terus memanjangkan leher memandang kereta itu.

"Oh, kereta tu. Dia customer tetap kafe kami, madam. Dia ada dekat dalam. Having lunch. Madam Umaira nak saya panggilkan?" soal pelayan kafe itu.

"Oh, yeke? Okay, panggil dia suruh alihkan kereta dia sekarang juga,” arah Umaira tanpa banyak soal. Dia sudah kesuntukan masa ketika ini.

"Baik, Madam." Pelayan itu pun kembali masuk ke dalam kafe. Hampir sepuluh minit berlalu, namun kelibat empunya kereta tidak juga muncul.

"Seriously, mana orangnya ni?" rungut Umaira sudah hilang sabar. Dengan membawa hati panas, dia kembali melangkah masuk ke dalam kafe.

"Hello everyone!" sergah Umaira sambil berdiri di muka pintu kafe. Kesemua pelanggan yang berada di dalam kafe tersebut, terkejut mendengar laungan Umaira yang lantang itu. Mereka segera menoleh memandang ke arah Umaira dengan wajah tercengang.

"I need help here. Siapa punya kereta Jaguar F type warna hitam dekat luar tu? Tolong alihkan sekarang. Your car blocked mine," ujar Umaira sedikit tegas. Dia sudah tidak peduli lagi dengan pandangan orang padanya ketika ini. Yang penting, dia harus segera pergi sekarang!

"That's my car.” Satu suara bariton menyahut. Mata Umaira pantas meliar mencari arah suara itu datang. Terlihat seorang lelaki lengkap dengan berpakaian sut hitam, segak bergaya datang menghampirinya dengan wajah serius. Lelaki itu baru sahaja selesai membuat pembayaran di kaunter. Umaira memandang lelaki itu dari atas bawah kembali ke atas.

"Orang tua rupanya... Patut lah," sinis Umaira di dalam hati.

"Pakcik dah block kereta saya. Boleh tak, pak cik alihkan kereta pak cik sekarang?" pinta Umaira cuba berlemah-lembut meski di dalam hatinya mendongkol geram apabila melihat lelaki tua itu berlagak selamba.

Lelaki tua itu terus saja melintas di depannya tanpa berkata apa-apa. Semakin bengang pula Umaira di buatnya. Namun, tetap sahaja Umaira membuntuti dari arah belakang. Dek kerana itu, bau wangi maskulin yang mahal terbit dari tubuh lelaki tua itu terus menusuk ke rongga hidungnya.

"Wangi lah pula orang tua ni,” desis Umaira di dalam hati. Pucuk hidung dikuis dengan kekura jari.

"Awak ambil parking saya," ujar lelaki tua itu tiba-tiba sambil melangkah menuju ke keretanya. Umaira tercengang.

"Apa pak cik cakap? Ambil parking pak cik?" soal Umaira. Lelaki tua itu berhenti lalu menoleh ke belakang.

"Yup."

Umaira terus menarik muka, kebingungan.

"Tak ada label served pun dekat parking ni. Lagi pun, ni parking umum. Siapa dulu dapat, dia lah punya parking,” ujar Umaira. Lelaki tua itu tidak menjawab. Dia terus sahaja berpaling lalu menyambung melangkah. Pintu kereta dibuka lalu membolos masuk ke dalam keretanya. Beberapa saat kemudian, kereta itu bergerak meninggalkan Umaira terpinga-pinga disitu.

"What? Dia pergi macam tu je? Tak ada minta maaf langsung? Seriously?” soal Umaira tidak percaya dengan mulut ternganga.

“Dasar orang tua nyanyuk! Tak ada adab langsung!" Umaira tersengih sinis lalu menggeleng kepala. Dia membuka pintu keretanya lalu membolos masuk ke dalam kereta.

****

Umaira baru sahaja menamatkan panggilan. Jari telunjuknya terus menatal skrin telepon bimbit yang diletakkan di dashboard kereta, sambil satu tangan lagi memegang stereng kereta.

"Oh! Shit!" Umaira terus menekan pedal brake secara mendadak apabila tersedar lampu traffic bertukar merah. Tubuhnya terdorong ke hadapan. Mujur sahaja keretanya berhenti tepat di garisan kuning jalan raya simpang empat itu.

Dumm! Keretanya tiba-tiba terhinggut. Dia tersentak lalu pantas mengangkat muka melirik ke arah cermin pandang belakang. Terlompong mulutnya.

"Serious?!" Umaira merengus kasar lalu membuka pintu kereta luas. Dia terus melangkah keluar berjalan menuju ke belakang keretanya.

"Kenapa malang sangat hidup aku hari ni? Dah lah jadi janda, kereta pula kena langgar,” rungut Umaira sambil mencekak pinggang. Pedih hatinya apabila melihat bumper kereta kesayangannya bengkok dengan cat tercalar. Beberapa buah kereta yang berada di belakang mula memotong apabila melihat traffic light mula bertukar hijau.

Umaira menoleh memandang kereta yang melanggar keretanya itu. Dia berdecit apabila melihat nombor plat itu. Nombor yang sama! Dia pantas mengalih pandangan ke arah figura yang sedang menghampirinya.

"Orang tua ni lagi!" Umaira mendengus sinis lalu menjeling lelaki tua itu dengan wajah sebal.

"Macam mana pak cik bawa kereta eh? Tadi, dah lah block kereta saya. Dah sekarang ni, pak cik langgar pula kereta saya dari belakang? Pak cik tak tengok ke traffic light tu dah bertukar merah tadi?" bebel Umaira sambil menuding jari ke arah tiang traffic light di depan mereka. Lelaki tua itu sama seperti tadi. Berlagak tenang dan selamba.

"Bukan salah saya. It's your fault. Saya tak sempat tekan break sebab awak suddenly berhenti mengejut,” ujar lelaki tua itu tenang. Melompong mulut Umaira dibuatnya.

"Pak cik tak tahu undang-undang jalan raya ke? Atau buat-buat tak tahu?” soal Umaira sambil merenung tepat ke mata lelaki tua itu.

“Pak cik tetap salah. Pak cik langgar kereta saya dari belakang. Kalau pak cik tahu undang-undang, sepatutnya pakcik kena bagi jarak dari kereta saya, supaya kalau kereta depan berhenti mengejut, pak cik sempat tekan brake then tak kan langgar kereta saya,” jelas Umaira sedikit emosi.

"Hello, dear. Awak ingat, kita dekat kampung ke? We’re in KL. Jalan sentiasa sesak. Kita yang sebagai pemandu yang seharusnya jangan lalai. Main telepon semasa memandu, itu salah dalam undang-undang,” ujar lelaki tua itu sambil menjongket sebelah kening.

Umaira semakin naik geram. Bibir terus diketap kuat.

"Bila masa pula saya main telefon? Pak cik jangan nak menuduh saya sesuka hati sebab tak nak mengaku salah then nak lari dari bertanggungjawab,” bidas Umaira. Lelaki tua itu terus tersengih sinis.

"Boleh tak jangan panggil saya, pak cik?"

Umaira terus menarik muka, bingung. “Apa? Kenapa pula saya tak boleh panggil pak cik? Pak cik kan dah beruban. Memang patut lah saya panggil pakcik. Takkan nak panggil abang pula?” perli Umaira tanpa memikirkan perasaan lelaki itu sama sekali. Ya, rambut lelaki itu kelihatan memutih. Berjambang dan berkumis nipis namun rapi dan kemas. Mempunyai sepasang mata hazel dan berbadan sasa serta tinggi lampai. Meskipun kelihatan seperti sudah berumur, namun tetap kelihatan tampan dan maskulin.

"This is what we called it, silver fox style. Saya belum tua sangat untuk awak panggil saya, pakcik. Berapa umur awak?" soal lelaki tua itu dengan begitu yakin sambil menyeluk kedua tangannya ke dalam saku seluar.

Hampir-hampir sahaja Umaira meledak tawa di situ di saat ini. “Ewah! Ewah! Perasan nya orang tua ni! Dasar lelaki tua tak sedar diri!” kutuknya di dalam hati. Kedua tangannya terus menyilang memeluk tubuh.

"Umur saya, 24. Umur pak cik berapa?" Yang tak nak mengaku tua ni. Sambung Umaira di dalam hati. Kedua keningnya diangkat tinggi menunggu jawapan, yang pastinya dia dapat meneka usia lelaki itu dalam lingkungan 40-an ke atas. Masakan 20-an. Sangat tidak logik, kecuali lelaki itu ada memiliki penyakit langka. Iaitu penyakit Albino.

Lelaki tua itu terus terdiam. Dia berdehem kecil lalu memandang ke arah bumper kereta Umaira.

"Tak kan kemek sedikit macam ni pun, awak tak mampu nak repair sendiri. Kereta BMW i8. Kereta yang boleh dikatakan mahal. Yang keluar dari kotak pun masih dalam harga half of million. Suppose to be, awak mampu dan tak kan berkira sangat,” sinis lelaki tua itu seakan menyindir.

Entah untuk ke berapa kali Umaira terlompong mulut dibuat lelaki tua itu.

"Dah tu, pak cik yang kereta Jaguar ni tak kan lah tak mampu nak repair kereta saya? Mahal kot kereta pak cik," balas Umaira tidak mahu kalah. Lelaki tua itu terus mengangkat kedua tangannya ke udara.

"All right. Awak nak repair kereta awak dekat bengkel mana? Saya ikut dari belakang." Akhirnya lelaki tua itu mengalah. Umaira terus mencebik. Namun, di dalam hati dia sudah bersorak menang.

"Saya tak ada masa sekarang ni nak pergi bengkel. Saya tengah kejar masa,” ujar Umaira sambil mengerling sekilas jam di tangan.

"Kalau macam tu, saya minta card awak.”

Umaira tercengang. "Card saya?" soalnya sambil menuding jari ke arah wajahnya sendiri.

Lelaki tua itu mengangguk kecil.

"Pak cik pula yang nak minta card saya? Sepatutnya saya yang minta. Sebab pak cik yang langgar. Nanti senang-senang pula lari dari tanggungjawab. Zaman sekarang ni, macam-macam cara orang nak menipu. Kata nak baiki lah, apa lah, tahu-tahu lesap. Batang hidung pun tak nampak," sindir Umaira sambil menjeling sebal.

Lelaki tua itu terus mengeluh. Rimas agaknya mendengar bebelan Umaira yang seperti bertih jagung itu sejak dari tadi.

"Okay, fine. Saya bagi card saya. Tapi, saya nak card awak juga. Manalah tahu kan, awak lupa nak call saya." Lelaki tua itu terus menyeluk di dalam saku kotnya. Umaira terus merengus geram lalu menonong melangkah ke pintu kereta. Dia menyelongkar tas tangannya lalu kembali menghampiri lelaki tua itu.

"Nah!" Umaira menghulur sekeping kad bisnesnya.

Lelaki tua itu terus menyambutnya. Setelah itu, gilirannya lagi menghulur sekeping kad kecil dengan menjepit dihujung jari. Gayanya benar-benar kelihatan sombong.

Umaira mengambil kad itu dengan kasar. Sempat lagi dia menilik sebaris nama di kad kecil itu.

"Call me when you free,” ujar lelaki tua itu selamba lalu mengatur langkah menuju ke keretanya. Beberapa saat kemudian, kereta itu beredar meninggalkan Umaira berdiri terpinga-pinga di tepi jalan raya.

Mulut Umaira terlompong besar dengan mata melotot. "What? Sekali lagi dia blah macam tu je? Tak ada minta maaf langsung? Woah…”

Kepala terus tergeleng kecil. Dia seolah benar-benar tidak percaya. “What’s wrong with this old man?! Dah lah sombong nak mampus. Kedekut nak minta maaf pula tu! Errghh!" Umaira merengus geram lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

Share this novel

MazwinBtHashim Hasyim
2022-10-05 14:27:43 

bila nak update lagi sis

mashitah99
2022-09-08 07:48:38 

update lagi sis

laila33
2022-08-08 14:55:40 

bila ya akan ada bab seterusnya?


NovelPlus Premium

The best ads free experience