Si Selekeh

Romance Completed 2667

Elok je lepas dia mengajar aku. Seorang jejaka selekeh menghampiri kami. Berambut panjang. Jambang memenuhi segenap ruang muka. Berkulit cerah dan mata sedikit sembab. Si selekeh ni nampak serabut. Sikit-sikit mengesat hidungnya. Matanya merah macam orang lepas menangis. Dia mengeluarkan wallet dari saku belakang jeansnya yang terlindung dibalik kemeja biru yang renyuk.

“Give me one roaming card please.” Ehh..speaking? Wahh..selekeh-selekeh pun speaking. Aku menyatakan rasa kagum dengan melopong dan memandang dia.

Kak Non menyiku bila melihat aku dan dia berpandangan. Dia mungkin memandang hairan. Aku pula memandang kagum. Si selekeh yang speaking.

“Yes..yes sir. We got it.” Dengan English yang tak berapa betul aku menghulurkan kad tersebut. Kak Non picit lengan aku. Aduhh..sakitlah! Si selekeh menggaru kepala. Eii..makin serabut pula tengok dia ni.

“Emm..I’m not used with this card.Can you teach me?.” Aku mengangguk. Cepat-cepat aku capai kad itu dari tangannya. Kak Non memerhati. Dari tong sampah bawah kaunter, aku capai sekeping resit. Dibelakangnya aku tuliskan instruction yang Kak Non ajarkan. Malas nak berspeaking-speaking. Karang buatnya dia gelakkan aku macam mana. Lagipun dia bukan foreigner. Tengok muka, Melayu tulen! Selesai menulis, plastik yang membaluti kad itu aku koyakkan. Duit satu sen diatas keyboard aku capai, gores mana yang patut. Kemudian aku serahkan padanya. Si selekeh tersenyum tawar.

“Tiba-tiba tak rasa nak guna pula. Can I return it back?.” Ahh..sudah. Dia ni gila ke? Aku dah koyakkan plastik. Gores-gores.Tiba-tiba nak pulangkan balik. Aku pandang Kak Non yang berada dibelakang. Kak Non menjegilkan biji mata macam drakula yang kelaparan. Kakinya menolak-nolak belakang aku.Aku keluar dari kaunter. Mendekati si selekeh yang boleh tahan wangi. Ehh..selekeh tapi wangi.

“Tak boleh Bang. Dah gores tak boleh return.” Aku tolak balik kad itu pada dia.

“I didn’t feel want to call anyone.” Nada suaranya merendah. Perlahan dan sayu.

“Abang malas nak picit-picit butang ek? Meh saya tolong.” Tak tunggu lama. Aku terus bergerak keluar meninggalkan Kak Non. Tangan si selekeh yang tak tahu apa namanya aku tarik. Kalau Kak Non marah biarlah tapi tadi dia juga yang macam harimau nak telan orang. Customer buat hal je orang lain yang kena. Aku tekan public phone ikut arahan yang Kak Non kasi sementara si selekeh berdiri disebelah. Macam tugu Negara. Tapi yang ni tunggu Negara versi sayu. Malap. Bila operator minta masukkan nombor telefon, aku pandang dia. Mukanya masih seperti itu. Sedih. Sayu.

Kertas yang hampir renyuk digenggamnya aku capai. Sebaik sahaja selesai mendail. Suara seorang perempuan jelas kedengaran.

“Dah..” Pendek sahaja ayat yang aku tuturkan tapi buat si selekeh tersentak. Tiba-tiba aku terdorong ke tepi dan dia cepat-cepat mencapai ganggang telefon. Aku tinggalkan dia begitu sahaja. Si selekeh yang wangi tapi pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience