24 Jam

Romance Completed 2667

24 jam bahkan mungkin kurang daripada itu. Tik tok tik tok masa semakin rancak ke hadapan dan debaran makin terasa. Sungguh aku berdepan dengan krisis saat ini.

Ku capai lastik getah yang elok Tok Da buat. Entah kenapa, tadi sebaik sahaja Tok Da dan Opah sampai, terus aku meluru ke arahnya, sebundut plastik oren penuh dengan getah bodoh aku hulurkan. Suruh buat lastik cicak. Aku tenang dua ekor cicak yang tengah seronok berasmaradana dekat atas syiling. Memekak je kerjanya.

Cit..cit..cit..cit..cit..cit..

Bising! Hari ni, rumah aku penuh dengan sanak saudara dari merata negeri seluruh semenanjung. Bangga betul bila cucu pertama keluarga ni dapat melanjutkan pelajaran pergi luar negara. Rasa macam ada kenduri kahwin. Meriah semacam.

Tengah seronok melastik, Dek Wan datang mengendeng. Hishh..sibuk je. Tak boleh tengok orang senang. Lepas Dek Wan, Ijal, Aikal pula menyibuk. Minta getah bodoh. Nak join lastik cicak. Aku malas nak ambil pusing, terus je menghulurkan plastik oren berserta isinya sekali. Tak tunggu lama, aku dan Dek Wan menjalankan misi melastik cicak.

Dua tiga ekor berjaya kami tumbangkan dengan sekali lastik sahaja. Jatuh berdebuk-debuk macam nangka busuk. Aikal, adik sepupu yang paling bongsu pula jadi pengikut aja. Mengutip cicak-cicak yang dah selamat tak bernafas tu ke dalam botol Spritzer yang kosong.

Mak dengan makcik-makcik sedara aku sibuk membebel. Dah besar tagun pun perangai macam kanak-kanak. Opah senyum je, kalau zaman Opah dah jadi mak budak dah. Seloroh Opah tu memang betul pun sebab setahu aku Opah kahwin waktu umur dia 13! Aku tersengih.

Memang kalau ikutkan aku sorang je wanita dewasa yang main lastik-lastik cicak. Lepas tu tiba-tiba dapat pengikut-pengikut tak bertauliah, adik-adik sepupu aku yang semuanya hero-hero belaka dan masih disekolah rendah.

Waktu Aikal main kejar-kejar dengan Ijal, budak berdua tu tak pandang kiri kanan. Tanpa salam, terus redah punggung empuk lagi pejal milik aku. Yang pasti, lepas tu aku jatuh tertonggeng ke depan.

Lastik melayang, cicak entah ke mana. Bila aku ketap gigi, sambil genggam penumbuk, mata terjegil macam pontianak. Budak berdua tu dah mula kecut perut. Baru je nak lepaskan cubitan ketam, mata aku terpandangkan sesuatu dijari manisku. Tinggal esok je.. Aku tak jadi mencubit. Melepaskan keluhan berat dan berlalu meninggalkan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience