Part-Time Girlfriend

Romance Completed 2667

Kim tolak bahu aku sebaik sahaja kelihatan Izwan dimuka pintu Bookworld. Aku menoleh sebentar, kemudian kembali menyusun. Rasa rela lagi menghadap buku-buku bahasa daripada menghadap muka Izwan. Entahlah, sejak peristiwa terserempak dengan Emily dan dia. Rasa semacam. Kalau dia dah ada makwe, nak buat apa baik dengan aku? Ishh..konpius! Entah-entah dia tak ada apa-apa niat pun, yang kau ni dah kenapa Syuhada? Aku tersenyum sendirian. Lepas tarik nafas dalam-dalam, aku bergerak perlahan, menyeret kaki dilantai dan menghampiri Izwan.

“Apsal kaki tu seret macam siput sedut?.” Wajah Wan yang dah dekat dua minggu aku tak nampak aku tatap.

“Saje..” Tangan kananku sibuk mencapai Sudoku diatas rak kecil di bucu dinding.

“Hm..rindu..” Erkk?? Ewah..suka hati je nak rindu-rindu orang. Jauh sikit ye encik pakwe orang!

“Free tak? Lepas kerja jumpa Wan dekat Eden.” Aku angguk perlahan. Rasanya sejak kenal Wan, satu KLIA aku dah pusing. Semua fast-food outlet aku dah jenguk. Eden, Coffe Bean, Kfc, Mc Donald, Asian Kitchen, Burger King sebut je..semuanya aku dah pernah jejak. Food garden je mamat tu tak pernah bawak. Tak ada kelas kot. Padahal itulah tempat aku dok tapau lauk hari-hari. Itupun satu lauk je cecah RM5! Aku ketap bibir. Tersenyum semanis mungkin.

“Saya habis kerja pukul 5.30.” Giliran Izwan mengangguk. Serentak dengan itu si selekeh tu sarungkan topi dia atas kepala aku. Tersenyum dan mencubit pipi. Mesra. Izwan bersiul kecil dan hilang dalam kerumuman orang ramai. Meninggalkan aku sendirian. Yang masih tak percaya. Mimpi ke? Aku raba pipi. Masih terasa panas. Aku tersengih kemudian masuk ke dalam.

“Jadi gf saya.” Izwan pandang mata aku dalam-dalam. Tiba-tiba aku rasa dunia aku berputar tiga ratus enam puluh darjah. Adrenalin bergerak laju. Jantung terus diserang Arrhythmic.

“Haa??Emily tuh??.” Izwan sengih.

“Ex..she’s my ex. Sebab tu saya suruh awak jadi gf saya. My part-time gf.” Cup kertas berisi Ice Lemon Tea ditariknya kesisi. Perlahan-lahan dia menyedut. Khusyuk. Macam sedap sangat jek. Aku cebik lidah sorang-sorang. Kemudian tarik nafas. Part-time gf???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience