Food Garden

Romance Completed 2667

Pernah datang ke KLIA? Kalau naik lif sampai ke tingkat dua bawah satu aras dari tempat perlepasan, ada satu food court yang namanya Food Garden. Kalau kerja,selalunya aku dengan Kim suka tapau lauk dari sini je. Harga boleh tahan mahallah tapi kalau tunjuk id boleh dapat diskaun. Berapa percent aku sendiri tak sure. Jimat lagi kalau beli nasi lemak kat tepi jalan sebelah bus stop, baru seringgit setengah. Siap ada telur goreng lagi.Kalau tengah-tengah bulan atau rasa nak berdiet, selalunya aku singgah Deraman je, sambar dua bungkus sandwich hi-five dengan satu kotak air green tea yeos. Petang tu, aku bawa Izwan ke situ. Di Food Garden. Privasi lebih sikit sebab aku sure krew-krew kapal terbang yang berkaliber tak layan punya nak singgah situ. Kurang sikit gosip murahan.

Izwan menatang satu dulang penuh. Ada muffin, chicken sandwich, hot chocolate. Kecur liur tengok semuanya. Elok je dia melabuhkan punggung, disuanya dulang tu ke arah aku.

Aku capai hot chocolate, selebihnya aku tolak balik ke arah dia.Izwan alihkan muffin dari dulang. Ditolaknya kembali ke arah aku, keningnya diangkat tanda menyuruh aku mengambil. Aku angguk. Perlahan bibir menutur.

“Thanks.” Macam tau-tau je aku memang terliur tengok chicken sandwich tu. Muffin tak layan. Manis sangat! Kalau selalu makan gerenti kena diabetis mellitus.

Tujuan sebenar aku ajak Wan ke situ bukan nak mencekik. Jadi, sebaik sahaja sedar kembali akan matlamat asal, aku cepat-cepat makan. Lepas tu coklat panas tu aku hirup sepantas mungkin sampai lupa betapa panasnya air tu waktu cecah permukaan lidah aku. Serius..mesti melecur sebab lepas tu aku rasa deria rasa aku hilang. Kebas. Pedihnya lidah. Wan ketawa. Seronok agaknya tengok aku terkinja-kinja macam beruk tertelan cabai burung. Kurang asam. Aku mencebik. Rasanya sejak kenal Wan, habit mencebik semakin menjadi-jadi.

“Kenapalah gelojoh sangat ni??.” Wan senyum sambil tangannya ringan je mencapai tisu. Disuanya ke arah aku.

“Haa?? Takdelah.” Aku cepat-cepat membuat penafian.

“Tak nak mengaku?.” Aku geleng. Banyak kali geleng. Wan ketawa. Degil betul.

“Ni..nak tanya something, tapi Wan kena jawab. Janji jawab okey?.” Aku memandang tepat ke arah anak mata Izwan.

“Hm..tanyalah.” Izwan tersenyum lagi. Manisnya..rasa nak cubit-cubit. Wahai Encik Izwan, tahukah anda sesungguhnya saat ini saya sedang jatuh cinta dengan senyuman anda?

Aku hulur jari kelingking. Suruh dia berjanji. Janji jawab. Jawab okey?

Izwan hulurkan juga jari kelingking. Macam kanak-kanak rebena berjanji bila jari kelingking kami bertaut.

“Kenapa suruh saya jadi part-time gf?.” Aku pandang tak berkedip. Jantung berdegup-degup laju.

“Sebab…”

“Sebab….”

Aishh..mamat ni… Apsal jawab tembel-tembel ni?? Rasa nak..nak…errr..tak ada apa-apa. Lupakan niat itu Syuhada…

“Saje..” Izwan tersengih. Aiii..pantang tok nenek aku orang buat-buat saspen lepas tu jawab macam hampeh. Aaaaa..nak mengamuk! Tolong..high blood pressure..high blood pressure..

Petang tu, teruk Izwan aku kerjakan. Maaf, tak boleh cerita detail. Terlalu sulit untuk diceritakan.Kalau nak tahu, pergi tanya Izwan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience