BAB 9

Humor Completed 13166

“Dia cintakan abang? Sejak bila?”

“Sej.. sejak kecil. Dari Dia 11 tahun sejak abang selamatkan dia dari lemas. Sejak dulu lagi.” Balasku tanpa sedar. Tisu yang dihulurkan abang aku sambut dengan kasar.

“Kalau macam tu. Dia tak cintakan abang. Abang yang perasan sendiri. Abang cintakan Dia sejak umur Dia 5 tahun atau sejak Dia lahir lagi. Abang tak pasti. Yang abang tahu abang cintakan Dia sepenuh hati abang.” Abang memandangku dengan wajah serius. Aku terkedu. Aku memang tidak percaya namun wajahnya jelas meyakinkanku bahawa abang memang mencintaiku.
Ya Allah adakah aku bermimpi? Adakah ini hanya gurauan?

“Abang tak perlu senangkan hati Dia. Kalau abang cintakan Dia. Persiapan ini semua untuk siapa?”

“Untuk kita. Abang baru bercadang nak melamar dia lepas beli cincin. Tapi bila Dia dah terconfess dulu abang cancel lah.” Aku termalu sendiri.
Entah angin monsun mana melandaku sehingga aku terlebih emosional begini. Aku segera berpaling ke arah lain. Aku malu unutk terus memandang wajah abang. Jatuhlah air muka aku selepas ini. Tiba-tiba aku terasa tanganku digenggam. Aku berpaling. Abang sedang menggengam tanganku sambil tangan kirinya memegang cincin yang dipilihku tadi.

“Dia Qistina, sudi tak Dia jadi pelengkap hidup abang? Sebab abang rasa kalau Dia tak ada dalam hidup abang. Hidup abang boringlah. Tak ada orang yang abang boleh usik. Lagi pun abangkan anak tunggal. Bosan betul bila tak ada kawan. Kalau dia jadi isteri abang abang boleh usik Dia hari-hari. Tapi yang penting sekali sebab abang cintakan Dia lebih dari diri abang sendiri. Lagi pulak abang ni kan hansem. Kalau Dia tak setuju Dia rugi tak dapat jadi isteri kepada lelaki yang hansem ni” kata abang tanpa perasaan.
Ni apa punya jenis ayat melamar yang dia guna. Tak profesional langsung. Perasan pulak tu. Hampeh betul.

“Abang kena tanya mama dengan papa dulu. Dia tak boleh buat keputusan.” Aku menjawab.

“Alah pasal dia orang jangan risau semua beres. Family kita semua dah rancang dah perkahwinan kita. 26 Disember 2011 ni kita kahwin.” Abang selamba sahaja menerangkan tarik perkahwinanku.

“Hah! Biar benar. Tapi… tapi..” aku terkejut tahap gaban. Tapi abang sekadar tersengih.

“Betullah sayang. Bulan januari nanti abang akan ke Australia sebulan. Jadi abang takut berpisah lama-lama dengan Dia. So abang suruhlah Ummi masuk meminang Dia. Mula-mula abang ingat dia orang akan bantah yalah Dia kan muda sangat lagi baru 19 tahun. Tapi dia orang setuju pula. Sebab dah memang rancangan dia orang untuk satukan kita berdua dan dia orang tahu abang boleh jaga Dia” Jelas abang yang masih lagi dengan nada selambanya.

“Habis barang-barang tu semua? Kak Zu?”

“Kak Zu tu kawan abang ajelah.Barang-barang tu untuk kitalah sayang. Baju ikut yang Dia pilih. Bunga telur Dia pilih. Dan yang penting sekali cinicn yang abang pegang sampai lenguh ni Dia juga yang pilih. Cepatlah cakap setuju abang dah lenguh ni.”

Hidup ini sungguh unik. Aku ingatkan aku hanya gila bayang cintakan sepupuku. Aku ingatkan aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku ingatkan dunia tidak sedarkan cintaku padanya. Aku ingatkan dia tidak mencintaiku. Tapi. Takdir Allah sungguh unik. Aku akhirnya mendapat cinta yang selama ini aku cari. Yang selama ini aku tunggu.

“Hei! Berangan pula dia. Cepatlah.” Perlahan ku hulurkan jariku. Cincin yang tadi ku sanggka akan menjadi milik orang lain akhrinya menjadi milkku. Sungguh bahagia ini milikku. Cincin itu tersarung indah di jari manisku.

“Encik, ada apa ni encik? Kereta encik rosak ke?” Aduhai.. tiba-tiba pula datang seorang polis bertanyakan keadaan kami. Orang baru nak cintan-cintan dah sibuk. Aku dan abang sama-sama berpandangan dan tersengih.

“Yelah. Tiba-tiba mati pula. Kejap saya cuba hidupkan sekali lagi.” Wah! Tak sangka bakal suamiku ini berbakat dalam lakonan.

“Hah! Berjaya pun. Terima kasihlah encik ya. Selamat menjalankan tugas.” Ujar abang lalu bersalam dengan polis itu. Sah sengal budak ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience