BAB 8

Humor Completed 13166

“Abang nak beli apa kat Klcc?” soalku sambil tersenyum.
Pagi tadi sebelum pukul 5 aku sudah bangun. Aku tak sabar-sabar untk berjumpa abang. Selama ini mama yang mengejut aku untuk solat subuh tapi hari ini aku yang mengejut mama dan papa. Sampai mama asyik bertanya sama ada aku demam atau tidak.

“Abang nak beli cincin.” Balasnya.
Aku terpempam ‘cincin’? Perkataan cincin berlegar-legar di mindaku. Ya Allah. Dugaan apakah ini? Aku di ajak untuk membelikan cincin untuk perkahwinan orang yang aku cintai. Sedangkan perkahwinan itu bukan denganku. Aku cuba mwngawal riak wajahku. Air mata yang hampir gugur aku tahan seboleh mungkin. Ya Allah bantulah aku Ya Allah. Janganlah sampai abang perasankan perasaanku terhadapnya.

“Cin.. Cincin? Kenapa? Kak Zu tak sihat ke?” Percakapanku sedikit tergagap-gagap. Kenapalah abang tak ajak Kak Zu sendiri pergi cuba cincin? Kenapa Dia yang kena pergi? Pelbagai persoalan bermain di mindaku.

“A’ah. Kak Zu demam.” Jawab abang pendek.
Aku hanya mendiamkan diri. Perasaanku bercampur baur. Sedih, kecewa, dan hampa. Semuanya bercampur baur.

“Hmm.. dah sampai” kata abang ketika memakir kereta.
Aku segera turun dai kereta sebaik sahaja abang selamat memakir kereta. Aku cuba untuk berlakon bahawa aku gembira. Supaya abang tidak mengesyaki bahawa aku mencintainya.

“Dia cincin yang mana Dia rasa cantik?” tanya abang.
Aku sibuk melihat satu cincin yang sangat cantik pada pandanganku. Rekaannya sangat unik tetapi ringkas. Permatanya sederhana kecil sedikit tinggi di tengah-tengah dan terdapat permata berbentuk hati mengelilinginya. Rekaannya kecil sahaja tidak terlalu menonjol sepeti cincin-cincin lain yang dihiasi permata yang besar. Namun cincin ini sangat menarik hatiku.

“Cantik. Cik cuba ambil yang ni.” Aku sedikit hampa apabila abang memilih cincin ini. Pasti nanti cincin ini akan menjadi milik Kak Zu.
Tiba-tiba abang menyarungkan cincin itu ke jari manis aku. Jari Kak Zu sama saiz dengan jari aku kut.

“Ahh! Elok muat aje. Cantik. Cik saya pilih yang ni.” Sah memang aku melepas. Selepas ini aku bakal melihat Kak Zu menyalami mesra tangan abang dan cincin idamanku tersarung indah dijari manisnya. Sedihnya…
Selepas selesai urusan membeli cincin. Kami segera bergerak ke kereta abang. Aku berharap sangat untuk segera sampai ke rumah. Hatiku sudah tidak kuat lagi. Air mataku bakal tumpah bila-bila masa.

“Lepas ni kita ke Jalan Tunku Abdul Rahman ya. Abang nak beli tepak sirih. Mak long asyik bising pasal tepak sirih aje.” Aku terkedu. Ke Jalan TAR? Semata- mata untuk membeli barang perkahwinan abang? Sumpah aku tak sanggup.

“Ab.. Ab… Abang. Di… Di.. Dia nak balik ajalah..”suaraku sudah tersekat-sekat. Aku segera memandang ke arah tingkap. Empangan air mataku sudah hampir pecah. Tahan Dia.. tahan..

“Kejap je. Abang janji. Lepas tu abang hantar Dia balik.” Balas abang yang tidak mengerti perasaanku.

“Abang tolonglah hantar Dia balik. Ppp.. Please.” Air mataku sudah mengalir deras. Mukaku masih ku palingkan ke arah luar tingkap. Suaraku juga sudah menjadi sebak.

“Dia. Kenapa ni? Hei.. kenapa ni sayang?” tanya abang yang panik melihatku menangis tiba-tiba. Dia segera menghentikan kereta di bahu jalan.

“Dia kenapa ni? Tiba-tiba aje menangis? Kenapa ni?” tanya abang bertalu-talu.

“Di.. Dia nak balik. Tolong hantar Dia balik.” Tangisanku semakin menjadi-jadi. Aku semakin teresak-esak.

“Dia cuba cakap dengan abang kenapa sebenarnya. Kenapa Dia menangis ni?”Abang menggengam tanganku. Aku semakin sayu mengenangkan dia akan menjadi milik orang lain tak lama lagi.

“Tak.. tak ada apa-apa.”aku masih belum mampu memberi jawapan sebenarnya.

“Mustahil tak ada apa-apa. Kalau tak kenapa Dia menangis? Cakap dengan abang sayang.” Pujuk abang.

“Betul.. tak ada apa-apa. Dia Cuma nak balik.” Balasku.

“Okey kalau macam tu abang hantar kita balik lepas kita beli tepak sireh ye.”
Ya Allah dia ni masih tak faham-faham lagi ke aku tak nak pergi. Senduku semakin menjadi.

“Dia tak nak ikut abang pegi beli tepak sireh ke cincin ke. Apa pun Dia tak nak. Dia tak nak. Dia tak sanggup. Kenapa abang tak ajak Kak Zu sendiri. Dia tak sanggup tengok abang beli barang kahwin abang. Dia tak sanggup.” Aku berkata dengan suara yang tersekat-sekat dek kerana tangisanku.

“Tapi kenapa?” soal abang.

“Abang tolong jangan tanya soalan bodoh tu. Tolonglah. Susah sangat ke abang nak faham Dia cintakan abang? Dia sayangkan abang. Dia tak sanggup tengok abang beli barang kahwin abang sedangkan abang kahwin dengan orang lain. Hati Dia sakit. Abang nak kahwin dengan Kak Zu tapi Dia yang kena pilih baju pengantin, bunga telur, cenderahati, cincin semuanya Dia yang kena pilih. Sedangkan abang kahwin dengan orang lain. ” Aku melepaskan semua perasaanku kepadanya. Sungguh aku langsung tak sedar semua perkataan itu keluar dari mulutku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience