BAB 5

Humor Completed 13166

“Suha, aku ada kerja sikitlah. Nak tulis laporan pengawas ni. kau nak balik dulu ke?” soalku kepada sahabatku Nasuha. Tanganku terus menaip laporan bulanan di komputer ribaku.
Apalah nasib ketua murid sepertiku ini. Ada setiausaha pun pemalas. Sudahnya aku juga yang kena menulis laporan. Kalau nak harapkan dia, alamatnya tak siaplah laporan ni.

“Aku balik dululah kalau macam tu. Aku dah janji dengan mak aku nak teman dia pergi beli barang petang ni,”

“Okey, Bebeh. Sorry tau. Esok aku teman kau ok. ”

“No hallah. Tapi kau kena belanja aku makan nasi goreng masa rehat esok.” Balas Nasuha dengan muka selamba ayam dia.
Budak ni asyik nak makan nasi goreng kat kantin tu je. Sedap sangat ke? Ke mak cik kantin tu dah letak candu sampai dia gilakan sangat nasi goreng kantin.

“Janji” aku mengikat janji.
BRRRRRRR.. handphoneku bergetar. Mujurlah aku di dalam bilik ketua murid. Boleh juga aku menggunakan handphone. Kulihat ada message yang masuk. Dari abang. Apahal pulak ni? segera kubaca message itu

‘Dia kat still dlm class ke? Abg kat luar pagar skolh ni. Jom pegi mkn.’
Segeraku balas. ‘Wait, 5 min’

Gerrrddd.. sekali lagi message masuk. “Ok.. Cepat sikit ye. :)’
Amboi siap dengan senyum lagi. Aku segera mengemas barang-barangku. Nasib baik bilik ketua murid dekat dengan pagar kalau tak semput aku.

“Hai budak kecil.” Tegur abang. Aku Cuma tersenyum. Dia segera mengambil beg dan buku-buku aku dan membukakan pintu untukku.

“Kenapa tiba-tiba ajak Dia makan ni?” Soalku setelah abang masuk ke perut kereta.

“Saja. Kenapa tak boleh ke? Yalah siapalah abang ni kan?” jawab abang pura-pura merajuk.

“Boleh, apasal pulak tak boleh. Makan free siapa tak suka. Hari-hari abang nak belanja pun boleh. Dah jangan buat muka macam tu. Lelaki kalau merajuk buruk.” Aku menjelirkan lidah kepadanya.

“Jelirlah jelir. Nanti tuhan potong lidah baru tahu.” Ugutnya.
Aku ketawa mengekek. Lelaki ini yang aku cintai. Lelaki ini yang menghiasi mimpi malamku. Lelaki ini sahaja yang berjaya memenuhi ruang hatiku sejak aku beumur 11 tahun lagi. Namun, dia akan berkahwin tak lama lagi. Aku bermonolg sendiri sambil memandang ke wajah abang yang tampan itu.

“Handsome kan? Abang pun kadang-kadang terkejut bila tengok cermin.” Dia bersuara sambil menahan ketawa.

“Ya Allah. Perasannya. Macam mana boleh ada orang yang perasan macam ni kat muka bumi ni?” aku ketawa sehingga sakit perut. Abang juga ketawa setelah melihatku ketawa. Perasan betullah mamat ni. Masuk bakul angkat sendiri betul. Tapi memang hensem pun. Hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience