BAB 4

Humor Completed 13166

“Bila abang kahwin?’ soalku sambil melihat abang memilih bunga telur.
Hatiku bagai diblender hancur apabila mengetahui tujuan sebenar abang datang ke sini. Abang hendak membeli barang-banrang perkahwinan. Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku tak mahu ikut. Ya Allah. Sabarkanlah hati ini. Biar aku berlagak bagai tiada apa-apa yang berlaku.

“Hmm… tarikh tak sure lagi. Lepas Dia habis examlah.” Balasnya sambil tersengih.

“Apa kena mengena dengan Dia habis exam?”

“Yelah. Kalau sebelum Dia exam kan ganggu Dia exam. Karang tak pasal-pasal Dia tak dapat datang pulak.”
Lebih baik Dia tak datang abang. Kalau Dia datang hati Dia lagi hancur. Dia tak sanggup tengok abang bersanding dengan orang lain.
Malas aku menjawab. Nanti elok abang tak tahu yang aku cintakan dia pecah rahsia pula. Aku terus membantu abang memilih bekas letak telur.

“Dia rasa bunga telur yang mana lagi cantik? Yang ini atau ini?” Tanya abang. Tangannya menunjukkan dua jenis sample bunga telur.

“Tema abang warna apa?”

“Putih dan emas”

“Kalau macam tu kenapa pilih warna biru dan hijau? Bukan-bukanlah abang ni.”
Aku segera mengambil bunga telur yang bewarna putih dan emas. Cantik bunga ni. Kalaulah aku yang kahwin. Hmm.. sudahlah Dia, relakan dia. Kau pun baru 19 tahun. Mungkin jodoh kau bukan dengan dia. Entah suara halus mana membisikkan kata-kata itu kepadaku.

“Abang yang ni macam mana? Kalau Dia, Dia suka.” Aku mengajukan bunga telur itu kepada abang.

“Perfect. Thank you dear.” Kata abang sambil mengangkat ibu jari tanda bagus.

“Welcome, Rusa” balasku. Abang ketawa sambil menggeleng-geleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience