Bab 3

Romance Series 1124

Abah dan ibu bapa Ika dah balik ke rumah kerana dah petang. Tetapi 2 orang teman sebilikku masih belum aku nampak bayangannya. ' Hm takkan kami 2 orang je yang tinggal dalam bilik ni? ' fikirku.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ika membukanya. Ada 2 orang perempuan yang berada di luar. " Masuklah, awak tinggal bilik ni jugak ke? " tanya ika.

" Ya, kami berdua tinggal di bilik ni jugak " balas salah seorang daripadanya. Nampaknya macam dorang memang dah saling kenal. Mereka senyum kepadaku sambil memberi tangan untuk bersalam. Aku membalas senyumannya dah menyalam mereka berdua.

Aku memulakan perbualan " Assalamualaikum nama saya ilna dan dia ika " Aku menunjuk ika yang sedang mengemas almarinya. Ika berpaling dan senyum kepada mereka.

" Waalaikummussalam, saya Farisya awak boleh panggil Isya dan dia ni Fatin awak boleh panggil Atin. Ikan patin pun boleh " katanya. Aku dan ika ketawa kecil apabila melihat Fatin menepuk bahu Farisya.

Setelah selesai sesi memperkenalkan diri. Kami kembali mengemas semula baju baju.

******

Semua sibuk menghadap telefon. Lalu azan maghrib berkumandang. Kami tekun mendengarnya sampai habis lalu Ika volunteer nak baca doa lepas azan.

" Jom amik wudhu lepastu kita solat berjemaah ya. " kata ika. Kami semua pun mengangguk dan terus pergi keluar dari bilik untuk ke toilet yang berada tidak jauh dari bilik.

Aku bersyukur kerana dapat kawan sebilik yang baik-baik. Alhamdulillah aku ucap dalam hati.

Setelah selesai solat berjemaah, kami pun pergi ke tempat makan kerana perut semua dah lapar. Bau-bau yang enak menusuk ke dalam hidung membuatkan bertambah lagi lapar. Kami order makanan sambil tu berbual kosong.

" Hensemnya mamat tu! Dah lah putih sado pulak tu! " kata Isya. Aku menggeleng-geleng kepala melihat perangainya. Ika yang menjaga perbatasan tidak menoleh dan hanya senyum.

Tukang order tadi datang kepada kami dengan membawa makanan yang diorder oleh kami. Kami mengucapkan terima kasih kepadanya. Dia berlalu kemudiannya.

Kami menikmati makanan sampai tidak berbual langsung. Ya lah tak elok makan sambil bercakap kan? Aku seronok dengan kehidupan baru aku ni. Sibuk aku termenung...

Tiba-tiba.. " Prrrrr. Alhamdulillah " kedengaran Isya sendawa. Kami semua gelak. Setelah semua orang kenyang, kami terus ke bilik untuk tidur kerana sudah pukul 12 malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience