Bab 2

Romance Series 1124

Setelah selesai mendaftar dan dah mendapat kunci bilik. Aku dan abah pergi ke asrama perempuan untuk mencari bilik yang telah diberikan.

' Haih agaknya siapa lah dormmate aku? Harap-harap orang yang baik dan pembersih lah ' gumam aku. Aku pernah terbaca di Fac. Ada orang post tentang kawannya yang dah pakai rice cooker kepunyaannya tapi tak basuh lepas memakainya. Sampai berkulat jadinya. Geli geleman aku tengok gambar tu.

Tiba di depan bilik B-34G aku pun memberi kunci kepada abah untuk membukanya. " Dah besar pun nak suruh abah jugak yang buat. Tak tahu lah macam mana bila abah dah takde nanti, pandai pandai lah kau berdikari ya dik. " kata abah. Aku tergelak kecil bila mendengarnya. Mestilah abah tak akan bagi aku berdikari sendiri. Sebab apa? Aku paling manja dan rapat dengan abah kot berbanding adik beradik aku yang lain. Anak perempuan kan biasalah.

Pintu bilik dibuka dan aku masuk ke dalam bilik tu. " Hmm boleh tahan jugak lah, takde lah kotor sangat " kataku. Abah hanya mampu menggeleng-geleng kepala sahaja.

Abah membantuku untuk memasang cadar ke tilam. Setelah selesai memasangnya, aku melilau persekitaran bilik ini. Oh, ada 4 katil. Dua atas dan dua bawah. Mana kawan sebilikku yang lain?

Tiba-tiba ada seorang perempuan masuk ke dalam bilik ni bersama keluarganya. ' Mungkin dia kot yang akan jadi kawan sebilik aku ' tekaku.

Dia senyum padaku dan berkata " Hai! Nama saya Syafika, awak boleh panggil saya Ika " Aku memandangnya kembali dan membalas senyumannya. Syafika ni macam alim je. Bertudung labuh dan memakai handsock! Cantik dan manis wajahnya. Macam gadis melayu terakhir. Hehe.. Aku suka!

" Hai saya ilna " balasku pendek. Aku menyalam ibunya. ' Patutlah dia cantik, mak dia pun dah cantik! ' kataku di dalam hati.

Aku nampak ayahnya dan abah berborak di luar. Mungkin mahu beri ruang untuk kami kemas barang-barang kami.

Aku masih menanti lagi 2 orang yang akan menjadi teman sebilikku. Siapa lah agaknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience