Bab 1

Romance Series 1124

Namaku Nur Ilna Arissa binti Hj Anuar. Seorang gadis yang penuh berjerawat di muka dan pendek. Sentiasa insecure dengan gadis-gadis di luar sana. Cita-citaku adalah pensyarah. Arwah ibu nak sangat aku jadi pensyarah.

Hari ini hari pertama aku di Universiti. Risau dan takut menyelubungi diri.

" Adik! dah siap belum? Kita dah nak bertolak ni. Cepat sikit! " jerit abah.

" Ya ya jap jap! Nanti adik turun. Abah start lah enjin kereta dulu "

Dengan lintang pukang nya aku menyiapkan diri dengan mengenakan pakaian ala kampung. Memakai baju kurung bercorak bunga kecil dan berwarna biru muda. Aku membetulkan shawl yang berada di kepala. Sememangnya aku tak sesuai pakai bawal. Sebab apa? Aku jendul.

" Cantiknya kau ilna! Rugi ex kau yang tinggalkan kau " puji aku kepada diri sendiri. " Dasar masuk bakul angkat sendiri " kemudian aku ketawa.

Laju aku menuruni tangga untuk mendapatkan abah yang berada di dalam kereta.

Aku bukak pintu penumpang di sebelah pemandu, " Okay dah jom!! " jeritku.

" Lamanya adik siap, berjanggut abah tunggu " bebel abah yang sememangnya dah berjanggut. Siap warna putih lagi janggutnya.

Aku hanya gelak dan tak membalas kata abah. Sedar kesalahan aku.

Ketika perjalanan kami banyak berbual kosong sambil dengar lagu di radio Hot FM. Kadang tu bernyanyi sama-sama bila lagu Anuar Zain dipasangkan. Aku dengan abah memang minat Anuar Zain dari dulu. Tapi arwah ibu lain, arwah ibu minat kakaknya, Ziana Zain. Hehe keluarga " Zain " lah aku ni.

Tanpa sedar aku sedang menahan air mata dari jatuh bila teringatkan arwah ibu. Ya! Aku rindu ibu sangat-sangat. Mesti ibu gembira bila dapat tahu aku akan sambung belajar untuk kos yang dia nak sangat aku ambil.

******

Nak sampai ke Universiti mengambil masa 1 jam 15 minit je. Takde lah jauh mana rumah aku dengan Universiti.

Aku bukak pintu kereta bila abah kejutkan aku dari tidur. Ya penat sangat kemas barang semalam sampai tertidur bila tahan air mata dari menangis. Huhu dasar cengeng!

" Wah besarnya Universiti ni! Cantik pulak tu ". Aku teruja dengan persekitaran Universiti yang bersih dan cantik. Semakin tertarik untuk sambung belajar di Universiti baru ni.

" Dah jom dik kita pergi daftar dulu. Lepastu baru kita pergi tengok dorm adik ". Abah yang sudah menggalas beg aku berjalan ke tempat pendaftaran. Beg aku takde lah banyak mana sebab rumah aku dekat je. So aku boleh ulang alik dari Universiti ke rumah. Sebenarnya kalau tak jem, akan sampai ke Universiti lebih awal.

" Adik! tercegat apa lagi tu? Cepat lah! ". Aku tersedar bila abah jerit padaku. Hehe memalukan jelah kau ni! Kan orang dah pandang. Senyumku sendirian. Agaknya kalau orang nampak mesti dia ingat aku gila. Lalu aku berjalan menuju ke abah.

******

Tiba di kaunter pendaftaran, aku nampak meja untuk pendaftaran student perempuan. " Mak aiii panjangnya barisan. Malasnya nak beratur! "

" Tu lah kau siap lama sangat kan dah ramai orang. Perangai adik sama je macam arwah ibu lah! ". Jeling abah.

" Hehe. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience