Bab 4

Romance Series 1124

Aku menghabiskan masa terluang aku yang berbaki 5 jam sebelum kelas pertama bermula dengan membaca majalah mengenai doktor. Jujur aku akui sebenarnya aku lebih berminat dalam bidang medic. Tapi disebabkan aku nak arwah ibu gembira di sana, aku teruskan juga untuk menjadi pensyarah. Sukar untuk aku pupuk rasa minat itu dalam hati.

Isya dan Atin awal-awal pagi lagi sudah ke Mall untuk tengok wayang. Sempat lagi kan mereka tu? Takpelah lepasni busy tak boleh pergi menenangkan diri seperti tengok wayang.

Ika pula ke bilik sebelah, rupanya orang yang berada di bilik sebelah ialah cousin dia sendiri. Untungnya family dekat dengan kita kan? Rasa lagi tenang. Dia ada mengajak aku untuk join sekali tapi disebabkan aku segan aku tolak permintaannya. Nampak macam kasar sangat ke?

Aku mula bosan bila majalah yang sedang ku baca hampir ke muka surat terakhir. Aku mengeluh sendirian. Fikiranku tiba-tiba teringatkan abah di rumah. Apa lah abah buat sorang-sorang di rumah tu ya? Lalu aku mencapai telefon yang berada di meja sebelah katilku. Aku mencari nombor abah. Aku menekan untuk call apabila sudah jumpa.

Lama jugak tunggu abah jawab. Dua tiga kali aku call tapi tak dijawab. Mungkin abah busy? Yalah abah kan suka join aktiviti yang selalu dibuat di taman perumahan aku. Abah peramah orangnya. Suka berkawan. Aku juga diajar begitu.

Aku tak tahu nak buat apa. Rasa bosan nak mampus. Tapi tak nak mampus sebab banyak dosa lagi. Hehe. Aku rasa baik aku keluar jalan-jalan jalan sebelum bosan ni lagi teruk.

Aku yang sedang memakai jersey berwarna biru tu mencapai cardigan yang tergantung di almari. Oh ya, aku suka warna biru. Sebab rasa tenang je. Macam setenang awan dan air laut! Lepastu aku sarungkan tudung shawl ke kepala lalu lilit simple je. Malas nak lilit lilit ni. Buang masa je. Tak lupa jugak! Aku capai stokin yang terletak berhampiran kasut. Kaki pun aurat jugak tau!

Selepas aku rasa semua dah ok, aku keluar dari bilik dan pergi ke bilik sebelah. Aku nak bagitahu Ika yang aku nak keluar. So dia takdelah pelik aku pergi mana kan? Tiba-tiba je hilang. Karang kecoh satu Universiti aku kena colek. Ish ish.

" Okay! Hati hati ya! Apa apa call saya tau! " kata ika. Aku rasa macam boyfriend dengan girlfriend pulak! Hehe. Ika ni caring orangnya. Kalau pasal kawan nombor satu. Aku suka betul berkawan dengan dia!

" Okay ika. Jangan risau apa apa nanti saya call awak terus " balasku.

Keluar dari bilik tu je terus aku mengeluh. Tak tahu nak pergi mana. Bukan aku biasa pun dengan kawasan Universiti ni. Haish menyesal aku tak follow isya dengan atin tadi kalau tak mesti aku tak bosan teruk macam sekarang. Aku jalan je tanpa tengok depan. Sibuk membebel sorang-sorang dalam hati. Tanpa ku sedar, tiba-tiba....

Gedebukkk..... Terkaku aku. Alamak! Aku terlanggar orang ke? Ya Allah ilna kau ni cari pasal lah. Kenapa tak pandang depan bila jalan tu. Ya Allah!!

" HOI! Kau buta ke apa? Jalan punya lah besar yang kau sampai nak langgar aku ni dah kenapa? Buta ke haa! " Aku terlanggar seorang lelaki. Ya Allah apa aku nak buat ni? Nak tolong dia berdiri? Haram lah. " HOI! Kau pekak ke? Aku tengah cakap dengan kau ni. " kata lelaki itu sambil mengutip buku-bukunya.

Dia berdiri dan membetulkan beg yang disandangnya. Aku terdiam bila melihat mukanya. ' Ya Allah! Hensemnya!! ' pujiku.

" Kau pandang apa? Eee kau ni dah lah banyak jerawat dekat muka tu! Pergi buat treatment lah! Geli aku tengok! " lelaki itu terus menghina aku tanpa memikirkan perasaan aku.

Aku nak menangis tapi aku tahan. Ya Allah tak pernah aku dihina sampai macam ni sekali. Ya dulu pernah kena ejek tapi tak seteruk ni. Buruk sangat ke muka aku ni? Aku terus down bila dengar dia kata begitu.

Hanya perkataan " maaf " sahaja yang mampu ku ungkapkan. Lalu aku pergi dari situ. Nak nangissss!!!!!! Abahhhhhh!!!!! Adik nak abah!

" Dah lah buta, muka banyak jerawat pulak tu. Jijik aku tengok! " Aku dengar lelaki tu mengomel sorang-sorang saat aku berlalu pergi. Air mata aku terus menitik sikit demi sikit. Sumpah! Aku terasa diriku jijik dengan katanya. Abah dia jahat! Ibu adik nak ibu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience