BAB 4

Romance Completed 961

“LEPASKAN dia.”

Aku terus berpaling. Apa dia buat di sini? Macam mana dia tahu aku di sini?

Kyle terus menarik aku ke tepi. Dia memeluk aku seeratnya. Aku tergamama. Keliru. Aku mimpikah? Betulkah ini Kyle ? Suami aku?

“Kenapa sayang bahayakan diri? Sayang tahu sayang tengah mengandung kan? Tak payah nak pertahan taman ni demi abang. Abang akan sentiasa ada dengan sayang.”

“Abang?”

“Ya.”

“Abang dah ingat balik?”

Kyle menggeleng.

“Abang belum ingat tapi abang rasa cinta abang lebih ke sini. Bukan Theana . Abang akan berusaha ingat sayang balik tapi abang rasa cinta abang bawa abang ke sini. Cinta sejati. Cinta sejati abang dekat sini.”

“Mana abang tahu sayang mengandung?”

“Theana dengar perbualan sayang dengan Kak Ton . Lepas tu abang siasat dekat hospital. Abang minta jelah laporan kesihatan sayang dengan doktor Laily tu. dia cakap betul sayang mengandung. Lepas tu tadi Nana pun beritahu abang. So betullah. Lagipun dah lama abang skodeng sayang. Perhatikan sayang. Cuba mencari cinta sejati abang ni.”

Aku tersenyum.

“Kyle cintakan Madiha .”

Air mataku menitis.

“Madiha cinta sejati Kyle .”

Itulah kata-katanya sebelum aku hanyut dalam kehangat ciuman bibirnya. Aku bersyukur. Kerana kesabaran aku kembali mendapat suami aku semula.

“I Love you, sayang,” kata Kyle selepas melepaskan ciumannya.

Tiba-tiba, terdengar bunyi tepukan dari semua orang. Kami menoleh. Mereka gembira memerhatikan kami.

“Terima kasih kepada mereka sebab satukan kita. Lepas ni jangan bahayakan diri lagi. Biarkan pokok itu tumbang. Cinta abang lebih utuh dari pokok itu. Tak pernah tumbang dan musnah.”

“Terima kasih abang.”

“No, terima kasih sayang. Sayang yang sepatutnya terima ucapan kasih itu. maafkan abang sayang. Maafkan abang sebab lupakan satu-satunya cinta sejati abang. Sayang Madiha selamanya.”

“Sayang abang juga.”

Dahi kami bersentuhan. Hidung berlaga. Hanya satu yang mampu aku ucapkan. Aku bahagia. Terima kasih kembalikan cinta sejati aku.

Terima kasih... cinta...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience