“Saya tak ingat bila saya kahwin. Saya hanya ingat Theana . Perempuan yang sangat saya cintai.”
Aku semakin terluka.
“Theana , come here. Dekat dengan saya.”
Aku cuba bertahan. Kyle terus memaut tangan Theana dan dikucupnya. Depan aku!
“I really really miss you,” kata Kyle . Sangat kejam pada pendengaran aku.
“I miss you too.”
Kejam. Sangat kejam. Aku tak tahan. Aku terus menapak keluar dari bilik itu. bilik itu ibarat neraka bagi aku.
Kenapa Kyle langsung tidak ingat kepada aku? Kenapa Kyle lupa pada aku? Apa yang sudah terjadi?
“Madiha ...”
Aku berpaling. Mama terus memeluk aku.
“Dr. kata Kyle lupa ingatan sementara saja sebab kepalanya terhentak kuat pada objek keras. Mama, papa dan Maya pun dia tidak ingat. Namanya juga dia tak ingat. Mama juga pelik kenapa hanya Theana yang dia ingat. Kamu sabar, ya? Kita kena sentiasa sabar.”
Aku hanya mampu mengangguk. Air mata sudah lama mengalir. Sekarang air mataku semakin lebat mengalir.
Aku akan cuba bersabar demi Kyle . Aku cuba bertahan demi Kyle . Aku juga akan mempertahankan rumah tangga aku. Aku cintakan dia. Aku sangat cintakan dia.
SAKIT hati aku. tak ada benda lain dia boleh buat. Mesej, mesej dan mesej. Lupakah dia yang dia adalah suami aku? Huh.. memang aku rasa seperti mahu lempang muka dia.
Aku berdiri di balik dinding. Perbualannya dengan Theana sangat menyakitkan hati aku. Kenapa minah ni pun menggatal juga dengan suami aku?
“Sayang, nanti I datang rumah you. Don’t worry. Kita akan habiskan malam kita bersama. Pasal perempuan tu you jangan risau I tahu lah nak buat apa.”
What? Perempuan? Hello... I’m your wife. Huh.. aku ganyang jugak mulut tu. Sabar, Madiha sabar. Aku terus menarik telefon bimbitnya. Aku campak ke dinding. Pecah berderai seperti hati aku sekarang.
“Madiha ,” jeritnya.
“Apa? Hmm.. marah? Marahlah. Awak ni bodoh tahu tak? Yang awak masih lagi berkepit dengan perempuan tu kenapa? Saya isteri awak. Perempuan yang awak nikahi. Patutnya awak harus bertanggungjawab ke atas saya. Tapi apa semua ni? Awak asyik keluar dengan Theana lepas tu layan dia serupa macam isteri awak. Mana maruah saya? Kenapa awak buat saya macam sampah saja?”
“Kau diam. Aku tak ingat yang aku dah kahwin dengan kau. Aku sama sekali tak ingat dengan kau. Faham tak? Yang aku tahu Theana perempuan yang aku cintai. Aku sayang dia. Aku tak ingat bila kita kahwin? Dan aku tak tahu siapa kau?”
“Kau memang kurang ajar. Kau ingat aku ni apa? Kau jahanam. Aku hormat kau sebagai suami aku. Tapi apa semua ni. Aku cintakan kau. Kau jahat. Jahat, Kyle . Tahu tak Theana tu dulu tinggalkan kau? Tinggalkan kau selepas kau melamar dia. Kau ni buta ke perempuan tu tak guna. Sama sekali tak guna.”
Pang!
Aku terpana. Pipi aku yang sakit dilempang Kyle aku pegang. Kali ni aku tidak mahu menangis. Air mata aku takkan jatuh kerana dia. Bukan lagi.
“Jangan hina Theana . Dia lebih baik dari kau.”
Kyle terus tinggalkan aku. Hati aku membara. Kenapa nasib aku macam ni?
Arghhh!!!
Aku hanya mampu menjerit. Melepaskan segala isi di hati. Semuanya kerana Theana . Tak guna kau Theana .
“TOLONG aku. Tolong tinggalkan Kyle . Jangan buat aku macam ni.”
Theana buat muka tak heran malah dia tersenyum sinis memandang aku. Aku tak peduli. Aku akan lakukan apa-apa cara untuk mendapat cinta aku semula.
“Tinggalkan Kyle ? Untuk apa? Dia yang datang kepada aku. Kenapa harus aku mengalah?”
“Tolonglah. Dia suami aku. Janganlah buat aku macam ni. Aku cintakan dia dan aku tahu dia masih cintakan aku. Tolong Theana . Aku mohon pada kau. Lepaskan Kyle dan serahkan dia semula pada aku.”
“Cinta? Kalau dia cintakan kau, dia takkan dengan aku sekarang.”
Pang! Bukan tamparan pipi tapi tamparan hati. Sakitnya!
“Aku merayu Theana . Aku sanggup malukan diri kerana mahu dia kembali pada aku. aku mohon pada kau.”
Theana ketawa. Sinis sekali di telinga ku.
“Cinta tak perlu merayu, Madiha . Cinta sejati datang dari hati. Apa guna kau merayu kalau Kyle langsung tak ingat kau? Apa salahnya aku guna peluang ni untuk bersama dengan dia? Lagipun perpisahan aku dengan dia dulu kerana ibu dan bapa aku. Bukan atas kerelaan aku. Maafkan aku. Aku bahagia dengan dia sekarang. Terima hakikat kau dengan dia tak ada jodoh.”
Tergamam! Sampai hatinya.
“Aku minta diri dulu. Jaga diri kau. Aku akan jaga dia sebaik mungkin. Jangan risau soal itu.”
Aku terus menunduk. Aku tak mahu menangis. Aku tak mahu. Cukuplah aku menangisi nasib aku setiap malam tanpa pengetahuan orang. Cukuplah. Aku tak sanggup menangis lagi. Sakit hati aku.
Maya, adik Kyle mendekati aku.
“Maya tolong akak. Tolong akak kembalikan Kyle pada akak.”
“Maya minta maaf kak. Jujurnya Maya lebih suka abang dengan Kak Theana . Maya lebih suka tengok mereka bersama. Maya dah biasa tengok mereka bercinta dulu. Maafkan Theana . Theana tak boleh tolong.”
Maya terus mengejar langkah Theana . Sampai hati Maya. Sampai hati semua orang. Nana mendekati aku. hanya Nana keluarga yang aku ada. Abang tipu Madiha . Abang kata abang takkan tinggalkan Madiha . Abang jahat.
“Sabar kak. Akak kena sabar.”
“Adik. Sakit dik. Sakit sangat hati akak. Kenapa semua ni jadi dekat akak? Kenapa akak susah nak kecapi bahagia? Apa dosa akak dik? Akak cintakan abang Kyle . Sampai hati dia. Dia dah janji kak. Dia dah janji takkan tinggalkan akak.”
“Ya kak. Adik tahu. Sabar ya?”
Sabar.. sabar.. sampai bila? Sampai bila harus aku sabar?
HABIS shift kerja aku, aku terus pulang ke rumah. Aku harus siapkan makanan untuk Kyle dan Nana. Lambat pula hari ini aku sampai ke rumah. Hujan lebat diluar membuatkan jalan sesak semacam.
“Assalamualaikum...”
Senyap sahaja. Mana Nana? Mungkin belum balik dari kuliah kot. Kyle ? Aku terus meletakkan payung ke tempatnya. Aku berlalu semula ke ruang tamu. Kaki aku kaku melihat dia bersama sebuah....
“Awak nak pergi mana?”
“Saya tak boleh hidup dengan awak lagi.”
“Kyle . Apa maksud awak?”
Kyle mengeluh.
“Saya minta maaf. Saya tak mahu terus terusan menyeksa awak. Ingatan saya langsung tidak mengingatkan saya pada awak. Saya minta maaf. Saya benar-benar minta maaf. Kita kena buat haluan masing-masing.”
Aku menggeleng. Kyle mara ke hadapan untuk membuka pintu. Aku menghalangnya dengan badan aku.
Share this novel