Rate

BAB 1

Romance Completed 954

“THIS is our house, sayang.”

Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Rumah dua tingkat yang serba moden dan putih aku tatap dengan penuh perasaan. Sama seperti rumah idaman aku. Ala-ala rumah Inggeris gitu.

“Kyle , cantiknya rumah ni,”

“Ini hadiah abang buat sayang.”

Aku tersenyum. Panggilan yang serta merta tukar. Selepas acara perkahwinan selesai, Kyle terus menarik aku menaiki motorsikalnya dengan pakaian pengantin yang masih tersarung di badan. Keluarga kami tak tahu nak kata apa. Izinkan sajalah.

“Sama macam rumah idaman saya. Terima kasih.”

Muka Kyle berubah. Kepalanya menggeleng laju.

“Kenapa?” tanya aku pelik dengan reaksinya.

“No saya but sayang. Tambah ‘ng’ dekat belakang. And call me abang, please...”

“Okay, abang. Sayang suka sangat rumah ni.”

Kyle tersenyum dan terus memeluk aku dengan erat. Aku membalasnya. Dua tahun kami bercinta dan kami memilih untuk terus bersatu.

“Jom masuk,” ajak Kyle .

Aku hanya mengangguk. Tiba-tiba aku terasa badan aku melayang. Oh tidak! Kyle mencempungku. Malunya. Hish, apa yang nak dimalukan wahai Cik Madiha ? Inilah masa untuk bermanja.

Dengan manjanya aku merangkul leher Kyle dan melentokkan kepalaku ke dadanya. Dia hanya tersenyum. Tergoda mungkin. Hehehe...

“Mari kita rasmikan rumah idaman sayang. Rumahku syurgaku. Rumah ini syurga Madiha dan Kyle .”

Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Kami masuk ke dalam dengan perasaan yang sungguh gembira.

MATA kami saling bertatapan. Kyle masih mengelus lembut rambutku. Aku pula masih sedap berbaring beralaskan lengannya. Kami hanya tersenyum apabila mengingatkan malam tadi. Malam yang melengkapkan status kami sebagai suami isteri.

“Sayang, cantik sangat. My nurse Madiha so beautiful like an angel.”

Aku senyum. Kembang pula dipuji begitu.

“My Doktor Kyle also handsome. Hot and spicy. Sweet like ice cream sundae. Cute like chocolate lotte, cool like gula-gula mentos and make me melt like air batu.”

Kyle ketawa mendengar perumpaan aku yang dicipta secara spontan. Ah, bila dengan dia semua frasa boleh tercipta. Hati tengah berbunga cintalah katakan.

“You make me fall in love with you everyday.”

Aku senyum lagi. Kepala aku terus dilentokkak ke atas dadanya. Jari pula gatal menyentuh dada bidangnya. Kyle pula tak habis-habis bermain dengan rambut aku.

“Abang jangan tinggalkan sayang eh? Sayang cuma mahu abang sahaja yang menjadi suami sayang. Sayang tak mahu sesiapa lagi. Abang janji okay jangan tinggalkan sayang.”

“Kenapa sayang ni? Kenapa abang perlu tinggalkan seseorang yang abang cinta? Seseorang yang abang sayang dan kasihkan? Abang dah serahkan hati abang buat sayang. My only Madiha . Jangan cakap macam ni lagi.”

“Madiha takut abang tinggalkan sayang. Sayang mahu abang di sisi sayang saja.”

“Abang janji. Dah jangan fikir bukan-bukan. Abang akan ada di samping sayang walau apa pun yang terjadi.”

Aku terus memeluk erat badan Kyle . Aku sendiri keliru kenapa mulutku berkata begitu. Hati aku terus sayu apabila berkata begitu. Adakah ini petunjuk Kyle akan meninggalkan aku nanti? Tidak, aku tak akan benarkan. Aku sayang Kyle . Aku tak mahu dia pergi dari aku. Tolonglah. Jangan ambil dia dari aku.

HARI ini aku bercadang mahu masak ikan masak asam pedas. Kyle memang suka makan ikan asam pedas. Katanya asam pedas aku sungguh menyelerakan. Umph.. katanya. Kebetulan pula hari ini aku cuti memang bestlah. Dia pula tidak banyak kerja. Boleh pulang makan.

Masak punya masak, campak sini campak sana, akhirnya siap masakan aku. tepat pukul 1.30 petang. Aku pula berdandan untuk Kyle . Biar sedap matanya memandang. He.. he.. he..

Selepas bersiap aku duduk di meja makan sambil menunggu ketibaan suamiku tersayang. Hish, lamanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Sudah satu jam aku menunggu. Dah berapa banyak air aku teguk dan berapa banyak kali itu juga aku masuk tandas. Hish, dia ni takkan ada kes kot? Ala kata tak banyak kes nak kena selesaikan.

Aku cuba menelefonnya tetapi tidak diangkat. Naik risau juga aku ni. cepat-cepat aku telefon hospital.

“Hello, Dr. Kyle ada?”

“Tiada, puan. Dr. Kyle keluar pukul 1 tadi.”

Aku pelik. Pukul 1? Tapi kenapa sampai sekarang tak muncul lagi?

“Baiklah. Terima kasih.”

Aku sudah tak senang duduk. Aku cuba telefon Kyle lagi. Sama juga jawapannya. Voice mail. Okay, tenang Madiha maybe tersangkut dalam jammed. But diakan naik motor macam mana nak sangkut jammed pula. Atau pun jumpa kawan? Be positive.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Teruja aku mengangkatnya. Mungkin Kyle yang telefon.

“Madiha ....” aku terdengar bunyi esakan mama di hujung talian.

“Kenapa ma?”

“Kyle ...”

“Kenapa dengan Kyle mama?”

“Kyle ... dia.. dia.. Kyle .”

Aku dah risau tahap gaban. Bukan gaban tapi lebih dari itu. Kenapa pula mama tergagap ni? Apa jadi kepada Kyle ? Ya Allah, hati aku terus bercelaru.

“Mama? Kenapa ni?”

“Kyle , dia accident sayang. Cepat datang hospital. Mama, papa dengan adik-adik dekat sini.”

Aku terus terduduk. Accident? Ya Allah kenapa kau uji aku begini? Dulu aku kehilangan ibu dan ayahku. Sekarang takkan aku akan kehilangan satu-satunya manusia yang aku cintai. Aku cuma ada adik perempuan di samping aku sekarang ni.

“Madiha ? Madiha sayang... kamu okay nak?”

Aku terus tersedar. Aku tidak sedar aku sudah teresak-esak.

“Ya ma. Madiha datang.”

Aku terus mematikan talian dan berlari menuju ke bilik. kunci kereta dan beg dompet aku capai. Sepantas kilat aku cuba untuk tiba ke hospital. Abang tunggu Madiha .

“ABANG, anak kita dah sedar,” jerit mama.

Aku, papa, Maya dan Nana semua bangun. Begitu juga dengan Theana . Bekas kekasih suamiku merangkap anak angkat kepada keluarga mertua ku.

“Kyle , kamu okay nak?” tanya mama.

Kyle hanya mengangguk. Perlahan-lahan dia memandang kami semua. Aku tersenyum kepadanya. Dia juga turut tersenyum. Aku baru sahaja mahu menerpa mendekatinya terhenti apabila sebaris perkataan muncul di bibirnya.

“Theana ...” panggil Kyle .

Aku tergamam. Kenapa dia panggil Theana ? Aku isterinya. aku yang patut dia panggil.

“Ya, Kyle .”

“I miss you.”

Srettt... hati aku terguris.

“Kyle . Ini isteri kamu, Madiha . Kamu tak ingat?” tanya mama yang risau dengan reaksi aku.

“Madiha ? Siapa Madiha ?”

Sekali lagi. Srett... ya Allah. Apa semua ni?

“Isteri kamu nak. Isteri kamu.”

Mama sekali lagi memujuk. Aku sudah memejam mata menahan pedih di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience