BAB 3

Romance Completed 961

“No, no. Awak tak boleh tinggalkan saya. Awak dah janji. Please jangan buat saya macam ni Kyle . Saya tak boleh hidup tanpa awak.”

Air mata ku sudah tidak dapat lagi aku tahan. Kyle pula perlahan-lahan menolak badan aku ke tepi.

“Saya minta maaf. Mulai hari ini, awak dan saya tiada hubungan lagi.”

Dia keluar. DIA KELUAR!! No, Kyle no.

Aku bersandar pada pintu dan perlahan-lahan jatuh ke bawah.

“Kyle q!!!!!!”

Jeritan yang tiada makna lagi.

AKU hanya mampu meluahkan pada Kak Ton saja sekarang ini. Senior staff nurse di wad kanak-kanak tempat aku bekerja. Aku memerlukan seseorang untuk meluahkan segalanya. Hanya ini saja yang mampu aku buat.

“Sabar saja, Madiha . Itu sahaja yang hanya mampu kamu buat.”

“Tapi sampai bila? Sampai bila kak? Saya penat kak.”

“Betul kata Theana . Cinta sejati datang dari hati. Datang dari sini. Bukan rayuan. Biarlah cinta Kyle yang membawa dia kepada kamu. Jangan kamu terlalu merayu.”

Kak Ton meletakkan tangan aku ke dada. Aku memejamkan mata sekejap. Ya, cinta hadir dari sini.

“Kak saya ada cerita nak kongsi.”

“Apa dia? Akak sedia dengar.”

“Saya.... mengandung.”

Kak Ton senyum.

“Ya Allah, alhamdulillah. Berapa bulan?”

“Baru sebulan kak. Alhamdulillah.”

“Kyle tahu?”

Aku menggeleng.

“Mungkin dia tak patut tahu kak. Tak ada makna kalau dia tahu. Macam akak cakap tadi. Biarlah cinta yang membawa dia kepada saya. Saya penat merayu. Saya penat sangat kak.”

Kak Ton hanya mampu senyum. Dia menarik aku dalam pelukannya. Perlahan-lahan dia menggosok belakang badan aku. Memberikan ketenangan dan semangat kepada aku.

Cinta sejati... Adakah Kyle cinta sejati aku?

SEGAR sekali udara di sini. Tempat di mana aku selalu lepak dengan Kyle dulu. Hanya kenangan ini yang aku ada dengan anak dalam kandunganku. Kini, aku dengan Nana berkelah di sini.

Masih segar di kotak ingatanku akan janji Kyle . Manis dan membahagiakan.

“Madiha ...”

Aku memandangnya.

“Taman ni, pokok belakang kita ni adalah lambang cinta saya pada awak. Selagi pokok ini berdiri teguh, selagi taman ini terus dikunjungi manusia, selagi itu cinta saya tetap utuh pada awak. Saya akan sentiasa teguh berdiri seperti pokok ini yang sudah beratus tahun di sini. Menempuh ribut, panas, hujan dan pelbagai rintangan. Saya mahu cinta saya seperti pokok ni. Sanggup mengharungi pelbagai rintangan untuk sentiasa bersama awak.”

Tersenyum aku apabila teringatkan momen itu. Indah sekali.

“Akak?” tegur Nana.

“Ya. Kenapa?”

“Akak ni senyum kenapa?”

“Ni taman kenangan akak. Abang Kyle pernah cakap selagi pokok ni, taman ni ada dekat sini, maknanya dia juga akan sentiasa ada untuk akak. Seronoknya masa tu, rindu waktu tu.”

“Romantiknya. Suka sangat. Nanti adik nak cari lelaki macam abang Kyle lah. Wah simbolik betul cinta akak ni. Hehe...”

Aku tersenyum dan ketawa kecil. Macam-macam Nana ni.

Tiba-tiba ada sekumpulan manusia sedang berkumpul di taman. Kami hanya berpandangan antara satu sama lain. Aku dan Nana bangun dan mendekati mereka. Apa hal mereka ni? Pakai topi macam kontraktar. Pegang kertas macam engineer.

Hati aku tiba-tiba tak tenang. Apa kehenya ni?

“Encik kenapa ni?”

Mereka memandang kami.

“Maaf, cik-cik. Kami bercadang mahu untuk membangunkan taman ni. Jadi kami bersihkan taman ni. Pokok di sini harus kami tarah. Lagipun taman ni pun semakin berkurangan yang datang.”

Aku menggeleng. Nana sudah memegang bahuku.

“Tak boleh tuan. Tak boleh. Jangan tuan. Jangan.”

“Kami minta maaf. Ini adalah arahan atasan. Kami hanya menurut perintah.

“Siapa? Siapa atasan tuan? Saya jumpa dengan dia. Tak boleh jangan tarah taman ni. Jangan. Jangan. Hanya taman ni harapan saya yang suami saya akan kembali pada saya. Hanya taman ni yang menjadi kekuatan saya. Tolong tuan. Saya mohon.”

Air mata aku sudah meleleh jatuh. Aku tak sanggup macam ni. Tolonglah kenapa aku harus hilang satu-satunya kenangan aku? Sekurang-kurangnya aku masih ada harapan yang Kyle masih cintakan aku. Hanya taman dan pokok ini harapan aku.

“Kenapa kecoh-kecoh ni?”

Kami semua menoleh ke arah suara itu.

“Tuan, cik ini tak mahu kita tarah taman ni. Cik, apa-apa pun bincang dengan atasan kami. Ini dia.”

“Kenapa ni cik?”

“Saya mohon tuan. Saya sanggup melutut dengan tuan. Jangan musnahkan taman ni. Ni hanya satu-satunya harapan saya yang membuktikan ada cinta di hati suami saya. Tuan tak tahu apa yang saya rasa. Saya minta tolong. Jangan musnahkan taman ni.”

“Maafkan kami, puan. Taman ini berpotensi untuk dibangunkan. Saya minta maaf sekali lagi. Jangan rugikan kami.”

Aku menggeleng. Aku terus melutut depan dia dan memegang kakinya. Sedaya-upaya aku merayu supaya pokok ini jangan ditebang. Taman ini jangan dimusnahkan.

“Tarik perempuan ni. Jauhkan dia dari tempat ni. Kita kena selesaikan kerja ni.”

Dua orang lelaki terus memegang tanganku dan menarik aku untuk keluar dari tempat itu. tapi aku tak mengalah. Aku menjerit memohon supaya jangan memusnahkan taman ini.

“Akak sudah lah. kau orang lepaslah. Jangan ganas sangat. Kakak saya tengah mengandung tu. akak. Lepaslah. Jangan kasar dan kejam sangat. Hoi.”

Nana cuba menolong aku tapi aku tak peduli. Aku tak mahu taman ini musnah. Jangan.

Tiba-tiba telefon bimbit di tangan aku berbunyi. Nana cepat-cepat ambil dan menjawab panggilan itu.

“Hello, sayang. Sayang dekat mana? Abang cari sayang dari tadi. Abang cari dekat rumah tak ada, dekat hopital tak ada. Sayang dekat mana ni?”

Sayup-sayup sahaja suara itu kedengaran. Tapi aku tidak berapa dengar dengan jelas walaupun Nana sudah membuka loudspeaker. Aku sedang berperang dengan dua lelaki ini.

“Hello, abang tolong Nana. Tolong Nana, abang. Ada dua orang lelaki berkasar dengan akak. Nana takut tak tahu nak buat apa. lagipun akak tengah mengandung. Nana takut akak jatuh.”

“Nana tunggu, abang datang.”

Aku tak peduli dengan kekasaran yang mereka lakukan ke atas aku. Yang aku perlu tahu sekarang adalah selamatkan taman dan pokok itu. Hanya itu sahaja kenangan yang aku ada. Itu tanda cinta Kyle akan tetap utuh untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience