Get the app for full experience
Current – Malaysia TERATAK SOFIAN CYNTA Sephia mengibas mukanya yang agak membahang kerana kepanasan. Serba-serbi panasnya! Panas tubuh… panas hati… ya! Dia P.A.N.A.S! “Jangan buka jaket tu, Cynta.” Cynta Sephia mula menjeling padu berserta mulutnya sudah terkamit herot menghamun tanpa butir! “Aku panas!” “Api dalam neraka lagi panas, Cynta.” Spontan terletus tawa sinis di hujung bibir mungilnya. Mula dah mulut si ‘ngok-ngek kepala tonggek’ ini lancang mahu melancarkan serangan tarbiyahnya! Bebola matanya mula jatuh ke bawah dalam menilik pemakaiannya sendiri. Jaket celoreng askar milik Zafrul Hadi yang dipaksa sarung ke tubuhnya! Sebab itulah dia merasa panas duduk ...