Eviani membantu Afya mengheret beg pakaiannya ke luar rumah. Afya terdiam melihat ibu yang tiba-tiba baik dengannya. Pagi tadi ibu juga menyiapkan dia sarapan pagi dan membantu dia membereskan biliknya sebelum keluar. Mungkin kerana hari ini hari terakhir dia di rumah ini. Hari ini lelaki yang bakal menjadi suami Afya akan menjemput Afya di depan rumah namun dia masih belum tiba. Afya tidak dapat menolak arahan yang diberikan oleh ibunya. Oleh itu dia hanya turuti apa yang ibu suruh dia lakukan meskipun dia tidak rela. "Ikutlah suami kau cepat sebelum bapa tiri kau balik nanti" pesan ibu kepada Afya. Afya ...