Rate

BAB 1

Horror & Thriller Completed 777

Angin malam menyusup masuk daripada celah-celah cermin tingkap yang sudah bertutup. Dingin.

Entah mengapa malam ini Hanim merasa seram sejuk. Dilihat bulu roma tangannya berdiri tegak.

‘Ah, barangkali kerana cuaca dingin,’ bisiknya dalam hati.

Dikerling sekilas jam loceng yang diletakkan di sudut meja belajarnya. Tiga pagi.

Lantas matanya kembali menatap buku teks Matematik yang masih terbuka di hadapan mata.

Mahu menyudahkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya siang tadi.

Kini, bulu tengkuknya pula yang meremang. Hanim menoleh ke belakang. Kosong. Hanya almari bajunya yang ada di situ.

Dadanya berdebar. Mengapa perasaan aneh ini menyusup di dalam hatinya. Sekali lagi, pandangan dihalakan ke arah buku.

Cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada tugasannya itu.

“Hanim ……” bisik satu suara lembut yang menerjah ke telinganya.

Hanim kaku di kerusinya. Dia dengar suara itu. Di bilik yang dihuni oleh empat orang itu, hanya dia seorang sahaja yang masih berjaga.

Teman sebilik yang lain sudah lama hanyut di bawa mimpi.

“Hanim aaaaaaaaaaa……” Sekali lagi suara itu memanggil namanya. Kali ini lebih panjang daripada panggilan pertama tadi.

Kaget. Dilihat sekeliling. Tiada orang. Kedua-dua matanya dipejamkan. Pantas Hanim menekup telinganya.

Dia tidak mahu mendengar suara itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience