Rate

BAB 2

Horror & Thriller Completed 777

“Kenapa tutup telinga kamu? Bukankah suara hamba semerdu buluh perindu?” soal suara itu kepadanya diikuti oleh tawa kecil.

Tidak mahu terus diganggu suara itu, Hanim membaca ayat kursi. Peluh dingin sudah memercik di dahinya.

Tidak betah duduk di kerusi itu, Hanim pantas menolak kerusi ke belakang dan berlari ke arah katilnya.

Berselubung di bawah selimut tebal dalam keadaan meringkuk. Menggigil seluruh tubuhnya kini kerana ketakutan.

“Kenapa takut… Bukankah kamu mahu melihat Tuan Puteri?” Suara itu masih berbisik lembut di telinganya.

Kedengaran desah nafas yang datang daripada suara itu. Hampir. Sangat hampir dengannya.

‘Puteri? Puteri mana?’ soalan itu hanya diajukan di dalam hati.

“Hamba Puteri Gunung Ledang.” Suara itu berbisik lagi bagai mendengar pertanyaannya sebentar tadi.

Kini jelas kedengaran Sang Puteri tertawa kecil.

“Bukankah tuan hamba berkata mahu berjumpa hamba petang tadi?” soal Sang Puteri. “Sekarang hamba sudah datang. Kenapa tuan hamba kelihatan gugup?” Kata-kata itu kedengaran sinis sekali.

Hanim masih tidak berganjak daripada posisinya tadi. Masih meringkuk dan memeluk bantal kepalanya sekuat hati.

Perkara yang berlaku kini adalah di luar batas normal akal. Otaknya masih tidak dapat mencerna kelogisan perkara ini.

Kini bayu dingin semakin kuat bertiup hingga menerbangkan kain selimut yang dipakai oleh Hanim ke sudut penjuru bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience