Rate

BAB 3

Horror & Thriller Completed 777

Hanim tidak berani untuk membuka matanya. Sungguh, dia tidak tahu apakah dia kini sedang berada di alam realiti ataupun fantasi.

“Mari, hamba bawa tuan hamba ke suatu tempat,” bisik Sang Puteri lagi.

Tanpa menunggu persetujuan daripada Hanim, Sang Puteri sudah memegang erat tangannya dan membawanya terbang.

Kini, terbanglah Hanim keluar daripada bilik melalui tingkap di sebelah katilnya.

Terasa dirinya seperti melayang-layang di udara, Hanim membuka matanya. Kaget. Dia kini benar-benar sedang terbang di udara.

Tidak percaya. Kepalanya ditolehkan ke belakang. Dapat dilihat biliknya di tingkat empat itu semakin jauh daripada pandangan mata.

Kain putih yang berterbangan daripada makluk yang terbang bersamanya di sebelah menampar-nampar lembut pipinya.

Menyedarkannya bahawa dia kini bukan bermimpi. Ianya realiti.

Saat matanya bertentangan dengan mata makluk yang samar-samar kelihatan wajahnya itu, dia dapat melihat mata itu sangat bercahaya.

Bagai kilauan permata yang terkena panahan cahaya di waktu malam. Unik.

Hampir sepuluh minit dia di udara, kini Hanim sudah berada di kawasan padang Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.

Lampu sorot yang sememangnya ada di padang itu semuanya menyala. Bagai ada perlawanan bola sepak pada pagi itu.

Hanim melihat sekeliling. Ratusan pelajar duduk membentuk bulatan di padang itu. Ada yang dikenalinya dan ada yang tidak.

Anak matanya dapat menangkap gerak tarian yang liuk-lintuk daripada beberapa orang yang tidak dikenalinya di tengah-tengah padang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience