BAB 4

Romance Completed 10412

Biji mata Juliana terbuka luas. Mulut yang melopong pun tak dapat nak dikatup. YA ALLAH. Macam mana ni?

Tak mungkin aku?

How could be???

Wuuuuaaaaaa~ tak nak... mama tolong Ju!!!!!!!!!!!!!!!

" Juliana Arif, sila ke depan!," lagi sekali namanya diumumkan. Dengan berat hati, kaki, tangan dan segala-galanya... Juliana atur jugak langkah ke depan dewan yang serba....guna tu.

Mata dihala kehadapan. Kenapa yang semua pandang aku macam nak telan je pun? Aku bukan criminal la.. ni mungkin typing error je!!!

" Kenalkan diri...," pak cik yang di sebelah mula bersuara. Erk~ kenalkan diri? Bukan dah tahu nama ke?

" Nak kena kenal lagi ke?," terpacul jugak soalan tu dari mulut Juliana.

Pak cik tu angguk je sambil senyum.

Haaa..... dia senyum. Seronok sikit aku nak pandang. Juliana tarik nafas panjang. Matanya kembali menghala kehadapan. Sempat jugak dia menangkap kelibat Aina yang terkekek ketawa dalam kumpulannya. Mesti kerja dia! Aku tau sangat.... siap kau Na!!!

" Assalamualaikum... saya Juliana binti Arif.. dari sekolah menengah sains....," err... alamak sangkut la pulak...

Kedengaran bunyi booo~ dari pelajar-pelajar lain. Aku cukup pantang kalau bab-bab booo~ ni...

Takpe...

" Saya dilantik sebagai penghuluwati sepanjang kem ni dan saya harap semua akan dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang kita berada di sini," dengan satu nafas dia menghabiskan ucapannya. Heh! Ucapan ke? Ntah la wei..... asal dah lepas sudah!

" Dah habis.. boleh masuk dalam kumpulan ke encik?," sopan dia bertanya.

" Belum lagi... ," pak cik tu senyum lagi.

Pak cik senyum punya pasal... aku tak kisah...

" Khairul Abrar Sani...," nama seorang lelaki disebut.

Partner aku ke? Sapa ek? Pantas matanya melingas ke arah pelajar-pelajar yang berkumpul di situ. Seorang lelaki bangun... Wah~ mamat ni...

Dipandang pula ke arah pelajar perempuan. Hhhmmmm.... semua muka macam dah cair je. Nampak dengki pun ada! Nampaknya ramailah yang bakal jeles dengan aku.... Habis la kau Ju!

Sesi melantik ahli jawatankuasa sepanjang perkhemahan berlangsung selama sejam! Lama betul..perut dah lapar. Mata Juliana tak henti-henti pandang ke arah dewan makan yang kat sebelah tu.

" Dah lapar ke?," Juliana tersentak. Aiman, ketua imam tersenyum memandangnya. Juliana muka blur!

" Dari tadi asyik pandang dewan makan je....," Juliana berfikir sejenak. Lantas dia tersenyum.

" Memang lapar....dah macam-macam bau dah yang datang dari sana.. tergugat perut...,"

" Saya pun....," dan terus Aiman ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience