Rate

Bab 1

Humor Completed 3472

Hari ini adalah hari Sabtu yang amat bermakna buat angah. 29 Julai 2017 genab sudah lah umur angah 25 tahun, besar dah adik bujang aku sorang ni dan dia juga adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga kami.

Selamat ulangtahun kelahiran adikku sayang, Along doakan semoga kau dimurahkan rezeki seperti hujan yang turun dari langit yang membasahi bumi, semoga kau dipanjangkan usia untuk kau terus berusaha lebih gigih lagi untuk kau kecapi impian mu, semoga kau dikurniakan kesejahteraan ni adik ku didunia mahupun di akhirat kelak insyaAllah Aamiin...

Seperti perbincangan kami kami pada minggu akhir bagi bulan Jun lalu. Pada masa tersebut semua ada mama, aku, angah dan adik bagi membincangkan hasrat angah yang sudah mula untuk melengkapkan hidup nya sebagai seorang lelaki.

Kami memulakan perbincangan, angah mengatakan hasratnya bahawa dia ingin menghantar rombongan meminang kekasih ana. Dalam masa kami berbincang muncul ana di depan pintu rumah ternyata ana baru sahaja pulang dari kerja dan terus menuju kemari dan sejurus itu kami lanjutkan sahaja perbincangan bila, dimana, siapa yang akan pergi dan bagaimana.
Ana mengangguk faham dan bersetuju dengan semuanya.

Seperti yang telah dipersetujui hari nye telah tiba. Pada pukul 11.45am angah sampai dengan 2biji kereta bersama dengan 2 orang rakan angah dan seorang pakcik yang akan menjadi wakil bercakap bagi pihak kami disebelah lelaki, tak sedap juga nak pergi meminang hanya kami sahaja perempuan yang tidak tahu apa-apa jadi pakcik wakil untuk bercakap nanti.
Pada mulanya aku naik kereta dengan angah sebab tayar kereta Myvi tak cukup angin jadi aku kata ok je. Angah tanya pakcik boleh ke drive dari sini ke Tanjung karang.? Lalu pakcik menjawab boleh.

Terus angah kata pakcik Singah dulu petrol station untuk isi angin sebab tayar tak cukup angin. Kami isi angin di Petronas USJ 2, setelah selesai angah cakap along kau naik Myvi ye kereta ni tak berapa nak elok sangat. Aku tanpa banyak alasan terus menuju ke Kereta Myvi dan kami memulakan perjalanan.

Sepanjang perjalanan aku seperti biasa memang tak banyak cakap sebab aku ni alah naik kereta duduk kerusi belakang. Dan aku juga alah bila pakcik yang memandu kereta pakcik jenis dia bawa tersengguk-sengguk dan break melekat itu memang akan buat aku rasa pening dan mual.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience