Rate

Bab 4

Humor Completed 3472

Cuba lah bayangkan kalau lah plastik yang berisi minyak masak tu pecah semasa mama mencampakkan nya tadi, tak ke jadi masalah nak kene bawa ke carwash untuk bersihkan minyak tersebut dan jika angah tahu terang-terang aku yang akan kene maki nanti. 

Dah aku katakan yang pakcik pasti akan lambat ke destinasi pakcik jika mahu juga menghantar kami balik ke rumah. Tapi dia tetap berdegil dan pakcik mahu juga menghantar kami pulang. Akibat kedegilannya itu, dan tak nak dengar kan kataku yang mama kalau beli barang pasti lama.

Mungkin pakcik tak percaya yang aku boleh memandu kereta, sedangkan dulu aku memandu kereta KIA model MPV ku yang jauh lagi besar dari myvi ini kehulu kehilir ke Kelantan JB, Kedah, Singapore dan banyak lagi negeri yang aku lewati semua aku dah rentasi dengan memandu sendirian. keluh hati ku sendiri seakan pakcik tidak mempercayai aku.

Setelah sampai kerumah aku pesan pada pakcik untuk letak P dan matikan semua suis baru matikan enjin kereta. sebab pakcik ni jenis main aci dan dia je kalau nak matikan enjin sebab dia dah biasa double park dikawasan rumah rumahnya kerana kekurangan ruangan parkir kereta disitu, jadi gear kene diletakkan di penanda N tak boleh di P kerana kuatir akan dipecahkan cermin oleh jiran tertangga.

Jadi aku ingatkan pakcik untuk parking didalam kotak. Kerna aku kuatir jika terjadi apa-apa pada kereta pinjam itu kesian pada angah untuk menggantikan kerosakan, Sudahlah dia ingin mengumpul duit untuk hari bersejarah nya nanti.

Aku menaiki tangga rumah yang tidak beberapa langkah sudah sampai dihadapan pintu. Mama mendahului aku dari awalnya lagi dan mama membuka pintu lalu masuk kerumah, Semua barang tadi telah aku kumpul kan di atas meja makan lalu aku terus masuk ke bilik tidur ku. Setelah selesai tukar baju dan mandi aku whatsapp pada angah Yang kereta pada pakcik nanti call pakcik untuk ambil kunci kereta dan kalau tak dapat call cari pakcik di surau atau dewan diperkarangan kediaman Pakcik.

Setelah beberapa jam berlalu, whatsapp yang ku hantarkan kepada angah tadi telah pun ?? . Aku abaikan saja dalam fikiran ku mungkin sekarang angah sedang tidur kerana kepenatan yang pulang dari kerja semalam belum sempat melelapkan mata lagi fikir ku.

Tidak lama selepas ?? dan aku letakkan hp ku ketepi dan aku baring di tilam. Bib.. Kedengaran bunyi msg masuk ke hp ku lalu aku lihat msg tersebut datang nya dari angah dan dengan sepatah dia menjawab "okk" sahaja. Aku tanpa banyak bicara lalu melayani Fac dan tanpa aku sedari bahawa yang aku sudah pun terlena diulik mimpi yang indah walaupun hidup aku tersisih didalam keluarga ini...

Sekian...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience