Rate

Bab 3

Humor Completed 3472

Aku bertanyakan kepada pakcik jika dia sudah lambat tak mengapa aku boleh hantarkan dia balik ke rumah nya dahulu yang tidak jauh dari situ. Kerana mama berhasrat untuk singgah ke Giant USJ ingin membeli barangan apa aku sendiri tidak pasti barang apa, mungkin pakcik akan lambat tapi dia kata tak apa mesti sempat. Jadi aku diam kan sahaja.

Sampai di Giant USJ mama mengajak aku untuk turun ikut dia pergi beli barang. Tetapi aku tak mahu sebab aku masih lagi dalam keadaan pening, mama dengan muka masam terus keluar kereta dan hempas pintu kereta dengan kuat sekali.

Ini lah benda yang aku paling benci sekali bila keluar dengan mama. Dia akan arahkan aku macam bibik dan ikut kan segala kehendaknya jika tidak pasti aku akan di maki hamun dan akan disumpah seranah.

Dah lah ni kereta pinjam lepastu main hempas-hempas pintu kereta. Kalau lah power Window tu jatuh ke cermin pecah ke tak pun pintu tu dah tak boleh tutup rapat macam mana.? siapa yang nak ganti.? tak kan aku pulak kan yang nak kena ganti.!!! Memang tak lah aku nak ganti sebab bukan aku yang buat. 

Pakcik pulak kehulu kehilir tunggu yang mama ni lambat. Aku yang tadi duduk di dalam kereta diam seribu bahasa. Dengan tiba-tiba pakcik hampiri kereta dan membuka pintu lalu diturunkan cermin kereta dan dimatikan enjin kereta. Aku jadi terpinga-pinga dan bertanya kenapa cik matikan enjin ada apa-apa ke.? Lalu pakcik menjawab, enjinnya panas long tu pakcik tutup. Dalam hati ku berkata pakcik ni dah kenapa.? Kalau dah lalui perjalanan lebih satu jam disiang hari memang lah kalau dipegang bonet hadapan akan rasa panas.

Bukan jalan siang je enjin panas jalan malam pon sama akan panas, Ini Malaysia bukan nya London huhuhu... Kereta ni juga adalah kereta baru mustahil enjin akan bermasalah. Padahal pakcik serabut yang mama tidak tiba walaupun sudah lama kami menunggu di kereta.

Mama tiba dan ketuk cermin kereta pada pukul 7:20pm lepas tu semua barang tu nak sumbat di tempat duduk aku. Aku cakap lah bonet kan ada kenapa tak letak dalam bonet kan senang. Mama yang sentiasa membuat muka bengkeng nya dengan aku. Dan aku keluar kereta lalu mengambil barang tadi masukkan dalam bonet dan ada satu lagi plastik dalam tinggal di dalam troli lalu mama ambik dan campak dalam bonet kereta tanpa mengikat plastik itu dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience