Rate

Bab 2

Humor Completed 3472

Mama tidak akan sesekali berikan aku duduk di sit hadapan kerana dia nak kan tempat duduk yang selesa dan aircond tepat pada dia. Aku tak boleh nak buat apa-apa, hanya mampu duduk diam sahaja.

Tepat pukul 13.40pm kami pun sampai di rumah ana Dan masa tu sudah nak masuk waktu zohor. Masing-masing mengambil kesempatan minta diri untuk solat zohor, dan yang tinggal hanya kami perempuan bagi pihak lelaki sahaja yang masih disitu.

Setelah selesai solat zohor semua berkumpul. Pada awalnya pakcik hanya berbual kosong dengan paklong ana Dan setelah 30minit berlalu barulah kami di minta berkumpul semula didalam lebih manis untuk memulakan perbincangan. Perbincangan bermula dan segala urusan berjalan dengan lancar dan seperti yang telah dipersetujui dengan hantaran 10k serba satu dan minta ikat selama 1tahun dan dengan doa penutup tirai. Alhamdulillah selesai sudah urusan kami hari ini.

Kami di perlawa makan oleh tuan rumah dan dibacakan doa makan oleh paklong ana. Kami semua pun menjamu selera dengan hidangan yang disediakan amat lazat syukur Alhamdulillah rezeki Allah. Sedangkan enak menikmati hidangan dengan secara tiba-tiba ana muncul dengan sebijik kek harijadi angah dan aku diam sebab angah tak nampak dan bila ana dah berada di belakang angah kami semua nyanyikan lagu harijadi untuk angah. Angah suprise gila masa tu dia tak sangka ana boleh suprise kan dia dihari angah meminangnya.

Setelah selesai kami semua meminta diri untuk pulang dan masa ni kami tak konvoi sebab pakcik kata nak balik asing kerana mahu ikut laluannya sendiri. Angah pun mengiyakan sahaja kerana dia sedang keletihan. Balik kerja sampai ke rumah jam 6am dan 11:45am pula dah gerak ke Tanjung karang.

Kami pun berpecah di lampu isyarat Tanjung karang dan ntah mana-mana jalan kampung yang pakcik lalu aku pun tak tahu. Segala jalan kampung dan semak samun dilaluinya. Setelah sampai di tol setia alam adik memberi tahu kepada pakcik minta hantarkan nya ke tapak rumah terbuka yang terletak di Taman Medan. kerana ingin membantu tunangnya untuk membakar satey yang ditempah oleh pejabat UMNO ADUN Petaling Jaya bagi meraikan sambutan rumah terbuka yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri YAB DSNR dan isterinya hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience