BAB 8

Romance Completed 431

Alhamdullillah, Gloria mendapat panggilan, yang bayi Darwisy selamat. Lia
pun Okey. Fikri terus pulang. Membiarkan pasangan itu berdua.
Sehari Gloria tidak bercakap dengan Darwin . Lelaki itu sibuk
sahaja. Dia hanya mampu memandang dari jauh. Memang dia menyimpan dendam
dalam hatinya. Dendam sang cinta. Dendam yang dia akan menyintai Darwin
sampai bila-bila. Dendam itu membuat dia ego. Membuat dia sentiasa
melayan Darwin dengan dingin tetapi lelaki itu tetap sabar melayannya.
Darwin ....
Selepas sembahyang Zohor berjemaah berimankan Dharma , majlis
pun bermula dengan doa kesyukuran. Terharu Gloria mendengar doa dari mulut Dharma . Terima kasih.
Majlis makan dimulakan.
“Kak Gloria.” Zawanah menegur. Dia baru sahaja sampai.
“Lambatnya datang.”
“Pasal akak la Zawanah gaduh dengan Afnan .”
“Akak?” Gloria terasa pelik.
“Yelah. Akak cakap malam. Afnan kata, Darwin suruh datang
petang. Tu dia tengah merajuk tak dapat nak tolong-tolong masa sembelih
lembu.”
“Yeke? Yang kamu cakap nak bercerai minggu lepas tu apa?”
“Cerai? Ish akak ni mengarut. Itu cerita dalam filem. Kita
orang masa tu baru lepas tengok wayang.” Jelas Zawanah . Alamak! Salah faham
rupanya. So moral citernya, jangan gatal-gatal telinga nak dengar
perbualan orang lain. Kata-kata Darwin juga betul. Geram pula.
“Sudahlah. Jemput makan ya.”
“Terima kasih.”
Gloria tersenyum lagi apabila dari jauh melihat pasangan
bahagia itu.
“Kak Gloria!” Ilyani menegur.
“Happy aje?”
“Mestilah ceria. Dapat hadiah kereta.” Illyas berkata.
“Yelah. Awak suruh saya kerja dengan awak, awak kena beli
kereta mini cooper, kereta idaman saya tu.”jelas Ilyani . Gembiranya hati
dia. Comel sungguh kereta itu.
“Bertuahnya badan dapat suami kaya.” Kata Gloria.
“Suami awak tak kaya ke?” Darwin menyampuk.
“Eh....” entah mengapa hati Gloria berdebar.
“Jemput makan ya Ilyani , Illyas .” Kata Darwin .
Kini tinggal mereka berdua.
“Gloria...”
“Ya....” mereka kini di depan kolam buatan yang ada di
halaman rumah mereka.
“Terima kasih lahirkan zuriat untuk Darwin . Terima kasih
kekalkan perkahwinan kita sampai sekarang. Dah tiga tahun. Itu amat
bermakna bagi abang.” Luah Darwin .
“Gloria, abang sedar yang abang tidak sempurna tetapi sayang
menyempurnakan abang dengan cinta sayang. Terima kasih.” Darwin mula
berkata-kata.
Gloria tersenyum. Tidak tahu mahu membalas apa. Kata-kata Darwin
sebentar tadi cukup bermakna baginya.
Mereka pun melayan tetamu yang datang. Gelak ketawa melatari menceriakan suasana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience