BAB 7

Romance Completed 431

“Aku cakap bagi pinjam kerusi2 kau dan semua peralatan ni.
Kalau tak bagi aku report polis!” kasar Dharma mengugut seseorang.
Gloria tersentak. Ish, takkan sampai macam tu abang Mir ugut
orang. Tak ada la. Mana mungkin. Ria menyambung kerjanya yang terhenti tadi.
“Assalamualaikum...” seorang perempuan memberi salam.
Macam kenal. Ria meneka. “Waalaikumusalam. Kak Salimar ya?!!!”
terkejut Gloria.
“Kak Salimar aje ke yang tegur. Kami tak nak tegur.” Suara si
kembar kedengaran. Tikah dan Rozana .
“Siapa yang jemput ni? Jauhnya akak datang. Terharu doh!”
memang Gloria rasa terharu. Hampir semua sahabat-sahabatnya datang.
“Ada la. Mudah aje kalau ada TJ. Ke mana pun sanggup di
bawanya.” Balas Salimar .
“Mana TJ akak?”
“Dah pergi tempat sembelih lembu kot.” Kata Salimar .
Si kembar Tikah dan Rozana sedang bermain dengan Ean Lufti
dan Ean Veerr , anak-anak Dolly dan Furqan .
“Wah, ada si kembar kat sini. Comelnya.” Kata Tikah sambil
menarik pipi Veerr . Anak itu hanya tersenyum.Veerr memang menyukai
perempuan tetapi amat berbeza dengan Lufti . Dia hanya diam dan merenung
tajam apabila didukung oleh Rozana .
Rozana pun buat muka serius. Dia pun mengeluarkan sesuatu.
Sebuah buku. Terus sahaja Lufti tersenyum. Rozana meletakkan Lufti ke
bawah. Anak itu menarik Rozana masuk ke dalam rumah.
“Kak Salimar tolong Gloria susun kerusi ni ya?” pinta Salimar . Ria
hanya mengangguk.
Tiba-tiba Gloria terdengar Bella menangis.
“Kejap ya kak?” Gloria meminta diri ke bilik anaknya tidur.
Gloria terkejut melihat kehadiran seseorang di bilik tersebut.
“Gloria...” wajahnya bagaikan mahu menangis.
“Lia...” terpana dia. “Kenapa ni?”
“Baby ni asyik menangis. Tak tahu nak pujuk camner.” Kata
Lia. Lia isteri Darwisy kat sini rupanya. Dah mengandung. Macam menunggu
waktu aje.
“Berapa bulan ni Lia?”
“Dah sembilan bulan pun.”
“Kenapa tak duduk kat hospital.” Kata Gloria. Dulu masa aku
mengandung, dia paksa aku duk hospital. Si Lia ni tak ada la pula. Takut
bosan macam aku la tu. Teka Ria.
“Darwisy kata, dia akan hantar lepas majlis ni. Dia minta
saya duduk aje.” Jelas Lia. Gloria hanya tersenyum.
“Anak mama jangan nangis ya.” Segera Gloria membancuh susu
untuk anak lelakinya. Selepas itu anak kecil itu minum dan tidur semula.
“Gloria, perut Lia sakitlah. Boleh panggil Darwisy tak?”
“Sakit nak beranak ke?”
“Tak tahulah.”
“Tunggu kejap.”
Gloria menuju ke belakang rumahnya. Darwisy berdiri tegak macam
tugu negara pula. Yelah ketua sembelih katakan.
“Darwisy, Lia mengadu sakit perut. Baik pergi tengok.”
“Yeke? Kejap.” Darwisy mencuci tangannya. Ria hanya mengikut
dari belakang.
Lia terasa sakit sangat. Dia berjalan perlahan-lahan keluar
dari bilik itu. Entah bagaimana dia rebah di depan pintu. Makin sakit
perutnya.
“Darah!” Darwisy terkejut melihat keadaan isterinya.
Isterinya ketika itu berada di depan pintu. Darah banyak keluar.
Menggigil tubuh Darwisy. Dia fobia dengan darah. Gloria yang
melihat keadaan itu segera memanggil Fikri yang kebetulan lalu di situ.
“Abang, tolong!”
“Ya Allah!”
Fikri terus mengangkat tubuh Lia. Kecemasan.
Pang! Gloria menampar pipi Darwisy.
“Gloria, kenapa tampar pipi Darwisy tu?”
“Nak dia sedar sikit!” selamba kata Ria.
Darwisy pula baru tersedar segera mengikut Fikri .
Isterinya dalam keadaan kritikal dan dia seharusnya kuat. Kuat
menghadapai fobianya terhadap darah.
Fikri dan Darwisy menuju ke hospital berhampiran.
Gloria berdoa mereka selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience