BAB 2

Romance Completed 431

Gloria membeli bahan-bahan keperluan untuk menyambut ulangtahun perkahwinan antara dia dan Darwin . Sudah masuk tiga tahun. Dia bercadang hanya mahu menjemput sahabat-sahabat baiknya sahaja.
Bella menangis. Anak kecil itu bagaikan tidak selesa. Ria
memeriksa pampers Bella . Rupanya ada benda dia buang.
“Abang. Bella membuang. Abang pergi basuh kat tandas. Saya
tunggu kat sini.” Arah Gloria.
“Abang ke?” soal Darwin .
“Abanglah. Saya ni tak boleh nak basuh kalau bukan dalam
rumah. Abang pergilah.” Jelas Gloria.
“Abang gelilah. Kat rumah pun tak pernah buat. Lagilah kat
tempat awam ni.” Darwin membuat muka. Nak aje aku gigit mamat ni? Anak
sendiri pun nak geli.
“Abang, Bella ni anak siapa?”
“Anak abanglah.”
“Kalau anak abang, silalah berbakti untuk Bella ni untuk
dia kenang bila besar nanti. Ini mesti kes abang tak pernah bagi
sentuhan luar biasalah Bella tak suka kat abang.” Sengaja Ria
menekankan perkataan sentuhan luar biasa.
“Oh, pandai ya sayang pujuk abang. Yalah! Abang pergi ni.”
Akhirnya Darwin mengalah.
“Abang, beg Bella ni.” Panggil Gloria.
“Lupa pula.” Darwin tersengih. Dia menyilang beg Bella ke
tubuhnya. Gloria menahan gelak melihat gaya suaminya itu. Dengan mendukung
Bella lagilah. Macam babybrother bukannya babysister dah hahahha
Darwin hilang ke dalam tandas lelaki.
Gloria duduk seketika. Nasib baik mereka tidak mula beli barang
lagi. Kalau tak, payah nak bergerak.
Semua orang yang masuk ke dalam tandas lelaki itu hanya
memandang Darwin . Darwin menebalkan muka. Aku yang selalu jaga imej ni
terpaksa basuh berak anak sendiri di tempat awam.
Dia pun mengambil keputusan masuk ke dalam tandas.
Bella masih menangis. Comel pula bila tengok wajah anak aku
ni. Kejap ya ayah basuh.
Darwin mengaru kepalanya. Dia tidak tahu nak baringkan Bella
atas apa. Mangkuk tandas ni pun okey apa. Muat-muat aje.
Nasib baik Bella berbadan kecil sahaja.
“Awat busuk najis kau ni, Bella ? Anak Ayah ni makan apa la
ye? Mama bagi Bella makan apa?” Darwin membebel sendirian.
Selepas membersihkan Bella , dia membalut tubuh anaknya itu
dengan kain tuala. Apabila dia keluar dari tandas lelaki, dia melihat
Gloria sudah tiada tempat mereka duduk tadi.
“Mana minah ni pergi ya? Bella , kau tengoklah mama kau tu.
Dah pergi ke mana entah. Suka sangat berjalan sorang-sorang.” Dia
baringkan Bella atas kerusi yang hanya berlapik tuala sahaja.
“Tak apalah. Biar ayah yang pakaikan pampers untuk anak
lelaki ayah.” Kata Darwin . Anak kecil itu mula tersenyum. Mungkin sudah
rasa selesa.
Bella baru sahaja berusia tujuh bulan tapi badan masih
kecil. Kesian anak aku ni. Tak apa, nanti ayah bagi Bella makan
banyak-banyak. Apa yang penting kita pergi cari mama kamu ni. Ke mana
dia menghilang.
Darwin mengaru kepalanya. Matanya meliar mencari kelibat
isterinya.
“Eh, itu bukan Zawanah ke?” teka Gloria. Kenapa minah ni menangis.
Gloria mendekati Zawanah tetapi langkahnya terhenti apabila dia
ternampak Afnan . Apa kes ni?
“Kenapa nak bercerai? Tak boleh ke bersama?” Zawanah bertanya
pada Afnan .
Apa bercerai? Baru kahwin nak bercerai. Ya Allah! Apa ni?
Gloria sudah pening. Dia terasa pelik. Dia menghampiri pasangan tersebut.
Dia masih mahu mendengar perbualan antara mereka.
“Dah tak reti jaga suami. Suami carilah orang lain.” Kata
Afnan pula. Hati Ria pula yang berdebar kencang.
“Sampai hati...” Zawanah menangis lagi.
Ria ingin mendengar lagi perbualan mereka tetapi bahunya di
cuit.
“Janganlah kacau!” Ria menepis tangan itu. Matanya asyik
melihat Zawanah dan Afnan . Bahunya dicuit lagi.
Gloria berpaling. Dia terpana. Suami aku rupanya. Ish ish ish...
“Abang ni, kacau daunlah.” Marah Gloria.
“Kacau daun ke kacau dodol ke abang tak peduli. Yang sayang
pergi skodeng orang tu tak apa. Kalau nak tegur Zawanah dan Afnan , pergilah.
Tak baik tau curi dengar perbualan orang lain.” Jelas Darwin . Dia masih
mendukung Bella . Anak itu mula menyukainya.
“Ala, mana ada curi. Jom tegur mereka.” Gloria menyilangkan
tangannya dengan suaminya. Dia memeluk lengan suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience