BAB 3

Romance Completed 431

“Assalamualaikum...”
“Kak Gloria.....!” Air mata yang mengalir itu disapu dengan
pantasnya.
“Ya pun jawablah salam akak dulu.” Mereka berdua berpelukan.
“Waalaikumusalam. Akak apa khabar?”
“Akak sihat. Kebetulan jumpa dengan kamu. Jangan lupa datang
rumah akak malam sabtu minggu depan ya? Akak buat majlis sikit.”
“Insya allah kak. Kena tanya Afnan dulu.” Kata Zawanah sambil
memandang sayu suaminya yang sedang berbual dengan Darwin .
“Mesti Afnan datang punya. Hari Ulangtahun perkahwinan akak.
Jangan lupa bawa hadiah.” Kata Gloria yang tak tahu malu itu. Dia tersengih.
“Baiklah kak.” Mereka pun meminta diri untuk pulang. Ria
mengeluh. Rasanya tak terluah pertanyaan mengenai cerai itu. Biarlah
masa yang menentukan segalanya.
“Kenapa sedih sangat ni?” Darwin menegur. Bella asyik bermain
dengan kolar baju t-shirt milik Darwin . Anak lelakinya itu bagaikan tidak
mahu jauh dengan Darwin . Itu pun aku nak cemburu ke? Ria berbisik
“Tak ada apa-apa. Jom pergi beli barang-barang.” Ria
tersenyum memandang suaminya. Baby strollerditolak perlahan oleh Ria.
“Kan bagus dan indahnya kalau dapat dapat tengok senyuman
sayang macam ni tiap-tiap hari.” Darwin mula mahu beromantik. Ria
tersenyum. Memang dia jarang tersenyum manis untuk Darwin . Tak apalah.
Untuk hari ni kau dapat Darwin . Hari lain jangan harap!
Tiba-tiba Gloria seperti menyimpan dendam terhadap Darwin .
Kenapa? Pelik!
Mereka berdua berjalan bersama. Tanpa mereka sedari, Bella
sudah lama terlentok atas bahu bidang Darwin .
Darwin dan Gloria tersenyum. Comel sungguh wajah anak itu tidur.
Tiba-tiba Gloria dan Darwin ternampak aksi kejar mengejar. Apa?
Ilyani dan Illyas . Dahi Ria sudah berkerut. Dia memandang Darwin . Darwin
hanya menggelengkan kepala sahaja.
Larian Ilyani terhenti apabila ternampak kelibat Ria dan Darwin
yang sedang memandangnya. Malu memang malu.
“Kak Gloria!” tersentak hati Ilyani . Illyas yang baru tiba di
situ pun terkejut.
“Korang main kejar-kejar ke? Tak ajak akak pun.” Gloria mula
meloyar buruk. Darwin menahan gelak. Perlahan-lahan dia meletakkan Bella
dalam baby stroller. Kesian melihat Bella yang kelihatan penat.
“Akak ni. Mana ada. Saya nak ke tandas tadi.” Ilyani cuba
memberi alasan.
“Kamu pula Illyas . Bini pergi tandas pun kau nak kejar?”
Gloria mula menyiasat. Ada sesuatu yang pelik berlaku antara mereka berdua.
“Eh, saya kejar Ilyani sebab dia jalan laju sangat.”
Tergagap-gagap Illyas menjawabnya.
“Bukan jalan tapi lari.” Gloria membetulkan kata-kata Illyas .
Lelaki itu hanya mampu tersengih. Ilyani pula menyiku perut Illyas .
“Sakit la......” Mata Illyas terpandang wajah Gloria. “...Cik
adik manis” Sambung Illyas . Sebenarnya Illyas sedang marah dengan
sikap Ilyani . Dia hanya meminta Ilyani satu permintaan sahaja tapi isterinya
itu menolaknya dengan berlari bagaikan ingin mengajaknya main
kejar-kejar seperti zaman kanak-kanaknya. Geram betul Illyas pada Ilyani
tapi ditahannya.
Ilyani menahan gelak.
Makin berkerut wajah Gloria.
Darwin tidak masuk campur. Dia hanya menolak baby stroller
danmerenung lembut wajah anaknya itu.
“Abang Darwin , kita jalan sama-sama.” Illyas berlari mengejar
Darwin .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience