Bab 3: Demam

Romance Completed 855642

Bab 3: Demam

Aku bangun setelah aku dengar Hafiz masuk ke dalam bilik air. Dah subuh. This is our first subuh. Sebelum ni dekat rumah ibu kami subuh lain-lain sebab Hafiz rajin ikut abang aku pergi masjid. Alah masjid tu selang tiga rumah. Kalau tak pergi ibu akan bising pada abang sampai subuh esok hari.
Kata ibu, hang ni Hamdan mesjid dekat camtu ja hang malaih pi. Sat lagi dah nikah cemana hang nak didik anak bini hang rajin p mesjid?. Ibu aku la, suka bebel pasal kahwin dekat abang. Tapi tetiba aku yang kena kahwin dulu.

Hafiz keluar dari bilik air dan membuka lampu. Aku bergerak dari katil dan menuju ke bilik air.

"saya tunggu awak. Kita jemaah okay?"

Aku hanya mengangguk. Selesai solat subuh Hafiz menyambung tidur. Sesekali aku mendengar dia seperti meracau, bermimpi dan entah. Pelik. Malam tadi dia okay je. Dia kena buatan orang kot?

"Hafiz awak okay tak? Kenapa ni? " soal aku cemas. Mana tak cemas, Hafiz dah berpeluh-peluh macam baru balik main badminton. Tapi bilik kami pasang penghawa dingin. Tak tipu.

Hafiz masih meracau.

Suami aku ni mimpi arwah mama dia ke apa ni? Dahi dia panas. Hafiz demam.

Aku segera turun. Aku sediakan bekas berisi ais dan air. Aku cari tuala bersih dan kecil. Aku bawa ke bilik.

Perlahan-lahan aku tuamkan tuala berisi ais ke dahi Hafiz. Rengekan Hafiz berhenti perlahan-lahan. Pelik macammana dia boleh demam tiba-tiba? Tadi subuh macam okay. Maybe aku tak perasan sangat kot. Sibuk dengan laptop untuk update pasal stock di butik.

"Hafiz. Awak okay tak ni? Kita pergi klinik? Awak panas sangat ni" Hafiz menggeleng. Aku naik geram. Dah demam macamni taknak pergi klinik.

"Hafiz jangan macamni. Awak jangan buat saya risau. Badan awak panas ni. Nanti tak selera nak makan semua. Kita pergi ye?" pujuk aku lagi. Hafiz masih menggeleng. Dia tidak mahu.

"Saya taknak pergi. Saya nak air. Haus" aku cepat-cepat membantu Hafiz untuk minum. Selepas itu dia baring semula. Aku tuam semula dahi Hafiz. Panas beransur sejuk.

"Hafiz, lain kali kalau awak demam saya taknak tolerate dengan awak macamni dah tau. Awak mesti kena pergi klinik. Nasib baik panas awak dah berkurang. Saya nak turun masak. Saya masakkan bubur untuk awak ye?"

Hafiz diam tidak menjawab. Aku turun dan mula memasak. Aku bersihkan beras tuang air dan letak diatas dapur. Tidak lama kemudian aku dengar Hafiz turun ke tingkat bawah. Dia duduk di ruang tamu dan memasang TV. Aku ke hadapan selepas mengecilkan api dapur.

"Awak masak apa? Saya tak selera nak makan" ujar Hafiz. Dia telah menukar tshirtnya ke singlet putih. Aku duduk disebelah Hafiz. Masih memandang dan masih geram. Tadi taknak pergi klinik, sekarang taknak makan.

"Kalau awak taknak makan, saya makan sorang. Banyak je bubur tu. Sengaja masak banyak sebab saya nak makan sorang" aku tekan perkataan banyak. Hafiz ketawa. Eh aku tak buat lawak. Aku geram.

Hafiz baring di ribaan aku. Dia memalingkan mukanya kearah perut aku dan segera memeluk aku. Takkan demam-demam kuat nak peluk aku? Okay maybe sebab dia baring kan. Pelukannya kuat. Aku cuba melepaskan pelukan Hafiz secara perlahan. Kuat sangat, boleh semput nafas aku.

"Hafiz, kalau awak peluk kuat sangat, saya boleh lemas tahu tak? Awak ni demam pun larat lagi nak peluk saya. Bangunlah, saya nak check bubur. Nanti kita makan ye? "Hafiz meleraikan pelukan. Dia memandang aku sayu. Takkan dia nak menangis pulak?

"Atilia, saya dah lama...... sangat tak peluk orang. Especially mama. Pagi tadi saya rindu sangat dengan mama. Maybe semalam saya rindu sangat dengan mama dan bila dapat peluk awak, rindu saya pada mama kurang sikit. Terima kasih" Hafiz menjelaskan perkara sebenar. Aku tidak marah. Perlahan aku usap kepalanya dan belai rambutnya. RAmbut Hafiz pendek dibelah tepi tapi bahagian depan agak panjang dan menutup mata. Ni kalau sebab geram, aku boleh tolong potongkan rambut dia. Ingat k-pop sangat ke rambut panjang ke depan macamni?

"Hafiz, saya tak kisah pun. Saya pun risau awak demam macamtu. Yelah semalam sampai pergi main badminton, tapi pagi ni tiba-tiba awak demam. Saya ingat awak kena buatan orang tahu tak ?" Hafiz mencuit pipi aku. Dia ketawa dan bingkas bangun. Dia duduk menghadap aku dan menarik aku dekat.

"Kalau saya kena buatan orang pun, awak jela orangnya. Saya ni mana ada orang nak. Nasib baik lepas jugak kahwin dengan awak. Kalau awak lari masa kita nak nikah dulu, memang sampai tua saya tak kahwin," gurau Hafiz. Tiba-tiba aku terhidu bau hangit. Okay tak payah teka sebab aku memang tahu tu bau apa.

"Hafiz, tengok dah hangit bubur saya. Awak nak makan apa macamni? Bubur pun taknak awak makan dia, " rengek aku. Kecewa sebab masakan pertama aku gagal!

"Lah janganlah sensitif sangat. Saya tak kisah sangat pun sebenarnya. Nii dah sihat dah ni." Hafiz mendepakan tangannya. Nak mintak peluk ke apa? Okay buat-buat tak faham.

"Sini laaaaa..." Hafiz pula merengek. Eh, ingat tak comel ke? Aku bangun dan ke dapur. Hangus pun, api dapur kena tutup. Nanti terbakar rumah. Lagipun ni rumah Hafiz dan lagi dekat untuk ke butik aku berbanding rumah yang aku beli sendiri.

"Sayang, nanti dah siap tu datang sini tau. Saya ada kejutan!" laung Hafiz. Aku geleng kepala. Apa sahajalah dia ni. Gatal, rambut k-pop, suka merengek, suka memaksa. Hahahahaha

Aku ke depan membawa sedulang air dan sebalang biskut. Sekurang-kurangnya perut Hafiz terisi dengan sesuatu. Aku menyuakan tangan tanda mahu menyuap. Hafiz membuka mulut dan mula makan. Satu suap, dua suap dan akhirnya beberapa keping biskut sudah dimakan. Kata tak selera sangat, tapi makan jugak.

"Atilia, tengok ni. Saya ada kejutan buat awak," kata Hafiz sambil menunjukkan skrin laptopnya. Online booking untuk tiket flight. Ke Kuching, Sarawak. Nak ajak jalan-jalan ke ?

"Awak nak pergi sini ke ? Buat apa? Dengan siapa?" aku tanya soalan bodoh. Obviously dia ajak aku. Takkan dia ajak Oyen. Oyen ni kucing aku yang aku jaga since aku habis degree. Sekarang dia gemuk gila. hari-hari nak makan makanan dalam tin. Kalau kasi yang keras tu, jangan kata bau, lalu dekat kawasan tu pun taknak. Demand tinggi betul si Oyen ni. Kadang-kadang geram je ibu kalau jaga dia. Sebab tak makan makanan yang keras tu.

"Atilia, kita pergi honeymoon lah sayang. Cuti ada lagi kan ? Lagipun ramai lagi staff awak boleh tengok-tengokkan butik awak tu. Jomlah," ajak Hafiz. Sebenarnya aku okay je kalau dia nak ajak berjalan. Tapi kalau dah bunyi honeymoon tu, aku taknak 'honeymoon' lagi dengan dia.

"Awak tak sibuk ke ? Bukan ke nanti majalah hiburan awak tu nak release special edition ke? Kan? Nanti tak sempat pulak," Eh, eh aku pulak sibuk. Orang dah ajak tu ikut jela.

"Alah, janganla risau. Bukan kita pergi lama pun. Dalam dua tiga hari. Saya dah lama tak jalan-jalan la awak. Jomlah," pujuk Hafiz lagi. Aku kalau sebolehnya nak elakkan perkara macamni jadi. Kalau dah pegi honeymoon tu, percayalah macam-macam perkara boleh jadi.

"Kalau risau saya ajak 'honeymoon' lain, sekarang pun saya boleh ajak," Hafiz mengeyitkan mata. Haa mula lagi. Ni yang malas ni. Lari karang! Hafiz kembali ke skrin laptop dan tekun mengerjakan sesuatu. Tangannya pantas menaip dan sesekali membelek handphone. Tekan sana, tekan sini dia menjerit HOORAYYY! Apsal dengan dia ni ?

"Saya dah siap booking semua. Esok pagi kita bertolak. Hmm apa kata kita naik dan mandi? Saya dah lapar. Nak makann....." ujar Hafiz sambil menggosok perut dan memuncungkan bibirnya. Aku buat muka geram. Suka sangat memandai-mandai.

Siap mandi, Hafiz hanya bertuala keluar dari bilik air. Aku yang sibuk mengemaskan pakaian ke dalam luggage, terpempan melihat 'keberanian' Hafiz. Ini first time dia 'separuh' macam tu. Dekat rumah ibu selalunya dia mandi bila aku dekat luar bilik.

Aku bergerak ke bilik air bila Hafiz mula menghampiri. Sebelum perkara yang tidak ingin dibayangkan terjadi baik aku lari selamatkan diri. Sebelum sempat aku membuka pintu bilik air, Hafiz menolak aku ke pintu. Haruman mandian yang dipakainya menusuk masuk ke hidung. Hafiz mendekatkan muka ke muka aku dan mula menyentuh bibir. Ciuman Hafiz lama dan dalam. Aku menahan nafsu. Aku nak mandilah!

Tubuh Hafiz aku tolak namun tolakan Hafiz yang kuat mengalahkan tolakan aku. Aku semakin dihimpit Hafiz ke pintu bilik air. He's crazy!

"Sorry, saya tak dapat tahan diri saya. Awak seksi "Hafiz melepaskan aku. Saat itu aku hanya berkemban dengan tuala. Salah aku sendiri. Hafiz bergerak ke almari dan mengambil pakaian, memakainya dan keluar dari bilik tanpa melihat aku. Ikatan rambut yang terlepas tadi, aku ikat kembali sebelum masuk ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience