Bab 4: Bukan Sengaja

Romance Completed 854830

Bab 4: Bukan Sengaja

Kami tiba di Kuching pada pukul 10.30 pagi. Sampai di airport, ada seorang lelaki melambai-lambai tangan ke arah kami. Hafiz bergerak laju menuju kearahnya. Aku hanya menurut sambil menolak troli luggage kami. Okay sebenarnya since kejadian pagi semalam, Hafiz agak moody dengan aku. Aku pun tak sure kenapa. Malas lah nak pujuk, since kalau ibu merajuk pun aku acah-acah biasa je. Segan nak pujuk. Aku cuma belikan ibu kek, peluk and cium ibu dan berbual macam biasa. Bila dah lama-lama baru aku akan minta maaf dari ibu. Siap cakap ibu kena ampunkan Tilia ikhlas-ikhlas, Tilia taknak jadi anak derhaka tau. Ibu selalu senyum kalau aku buat macamtu lepastu cium rambut aku. Ibu sweet sangat. Aku rindu ibuuu

"Man, lama tak jumpa. Terima kasih sebab tolong aku cari kereta ni. Oh sebelum tu, ni Atilia. Atilia ni Azman, kawan saya," aku hanya senyum kepada Man. Hafiz tak kenalkan aku sebagai isteri dia pun pada Man. Nampak sangat dia memang marah aku. Setelah berbual dalam 10 minit, ada sebuah kereta singgah dibelakang Toyota Vios yang ada dihadapan kami. Seorang wanita dan seorang kanak-kanak kecil didalamnya sambil melambai Man.

"Eh dah sampai. Fiz, tu wife aku and anak aku. Aku gerak dulu. Atilia, saya gerak dulu. Nanti dah sampai airport hari Jumaat pagi tu call aku okay?" Man meninggalkan pesan dan berlalu meninggalkan kami. Sebaik sahaja kereta milik Man hilang dari pandangan kami, Hafiz mengangkat luggage ke dalam bonet belakang dan menyuruh aku masuk ke dalam kereta. Saat itu aku betul-betul ingin menangis.

Sepanjang perjalanan, Hafiz hanya bersuara ketika lagu kegemarannya berkumandang di radio. Sesekali dia menolak aku kebelakang jika aku menghalang pandangan cermin sisinya. Eh, ingat aku tak tahu ke dia saja je nak cuba communicate dengan aku?

"Kita dah sampai. Saya nak check-in hotel dulu. Awak boleh tolong park kereta? Nanti dah siap awak call saya awak park level berapa. Saya jumpa awak dekat sana" kata Hafiz sebelum keluar dari kereta. Aku bergerak ke seat sebelah dan masuk ke bahagian parking kereta. Level satu, level dua dan level tiga. Haa, ada parking! Aku reverse parking dan mematikan enjin. Aku keluarkan beg dari bonet dan letakkan di hadapan kereta. Panggilan dari Hafiz aku jawab sebelum bonet kereta aku sempat tutup.

"Saya dekat level tiga" jawab aku sebaik Hafiz bertanya keberadaan aku. Namun sebelum sempat aku menyimpan handphone kembali ke dalam handbag, seorang lelaki bertopeng datang menghampiri dan menghulurkan pisau. Aku menjerit dan handphone aku terlepas!

"Diam! Sebelum aku bunuh kau. Kunci kereta! Handbag kau !" jerit lelaki itu. Aku memeluk beg aku serapat-rapatnya sambil berdoa Hafiz akan datang segera. Melihat kedegilan aku, lelaki tersebut cuba menghampiri aku dan mengacahkan pisau. Dia mengugut untuk membunuh aku jika aku degil. Perlahan-lahan aku menyerahkan kunci kereta dan handbang. Tidak lama kemudian lelaki tersebut tersungkur ke tepi akibat ditumbuk seseorang. Pisau yang dipegangnya menghiris lengan sebelah kiri aku. Aku menjerit dan Hafiz datang memeluk aku. Lengan aku yang berdarah dipegang kuat. Aku menggigil ketakutan dan mula menangis. Belum masuk hotel tapi lengan aku sudah berdarah!

Aku dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Setelah itu,aku dibenarkan pulang. Luka dilengan taklah sebesar dan sedalam mana, namun percutian kali ini memberi kenangan yang takkan pernah aku lupakan disamping 'hadiah' yang bertanda di lengan kiri aku.

"You should be more careful Atilia. Macammana awak boleh parking dekat kawasan yang sunyi macamtu? And you carelessly picking up my call without locking yourself in the car. Bahaya boleh jadi bila-bila masa. Nasib baik saya sampai tepat pada masanya. Kalau dia dah bunuh awak masa awak melawan tu? Kalau dia bawa awak lari sekali dengan kereta dan rogol awak di tempat lain? Kalau dia bunuh dan kerat awak banyak-banyak dan buang awak, mana saya nak cari awak? Not even Sarawak, Kuching ni cukup luas untuk awak hilang!" Hafiz menekan nada marah. Langsung tidak cuba menenangkan aku. Tidak cuba menyalahkan dirinya sendiri yang menyuruh aku park kereta sendiri. Tidak menyuruh aku berhati-hati dalam nada dan masa yang sesuai. Ini tak adil. Hafiz kejam!

Aku bukan sengaja park kereta dekat kawasan macamtu. Aku tak fikir nak kunci diri aku dalam kereta macamtu memandangkan kawasan parking kereta tu ada guard. Aku tak terfikir ada orang akan cuba ragut aku! Aku bukan sengaja nak parking dekat situ. Hafiz ni dah kenapa?

Selesai membebel Hafiz masuk ke bilik air. Setelah itu dia solat dan tidur. Aku turut solat setelah dia lena. Habis berdoa, handphone aku berbunyi tanda mesej masuk. Mesej dari ibu!

From: Ibu

Anak ibu sihat? Lama tak dengar suara. Selalu kalau weekend mesti ibu datang sana. Rindunya pada Tilia. Tilia jaga diri, jaga kesihatan. Jaga Hafiz baik-baik juga ya?

Ibu! Sejak aku pulang ke Johor sudah tiga hari aku tidak menghubungi ibu. Ibu, Tilia rindu ibu. Tilia rindu nak gaduh dan kena pujuk dengan ibu. Tilia nak ibu.

Selepas aku habis degree aku bagitahu ibu yang dropship aku macam berjaya. Dalam sebulan aku boleh dapat seribu dua untuk tampung belanja aku dekat universiti. So lepas aku habis degree, aku focus betul-betul pada business aku. Lapan bulan amik order dan amik stock daripada orang tengah, aku berjaya buat modal untuk sewa kedai. Aku tak pilih Pahang, namun aku pilih Johor. Mungkin kerana aku sudah biasa dengan kehidupan aku di Johor memandangkan aku belajar dari sekolah menengah hingga aku habis degree disana.

Sepanjang aku buka butik, setiap minggu ibu dengan abang aku akan datang ke rumah aku. Ibu saja nak teman aku. Kata ibu, aku sangat jauh dimata ibu. Ibu tak dapat bayangkan kalau sesuatu yang bahaya berlaku pada aku. Kalau minggu tu ibu tak dapat datang dia akan pastikan adik aku Kayla dan abang aku, Hamdan datang melawat aku.

Barang keperluan dapur, ibu yang selalu beli. Beras ke, gula ke apa ke. Aku tak pernah update. Yang aku tahu, ibu akan claim bayaran barangan dapur. Hehehehe. Pernah sekali tu rumah aku kena pecah masuk dengan orang. Sebulan ibu duduk teman aku. Tapi disebabkan dia bosan tak dapat nak bercucuk tanam dan berkejaran dengan ayam dan itik serta kambing, ibu dengan rela hati pulang ke kampung. Boleh kata setiap hari masa ibu duduk dengan aku, dia akan ke rumah ketua kawasan kami meminta ditubuhkan satu pondok polis berdekatan agar kawasan apartmen aku berada dalam kawasan yang selamat.

Masa kejadian pecah rumah tu pun, orang disekitar tak ramai. Seingat aku, masa tu cuti perayaan. Aku pula sibuk update stock di butik dan uruskan beberapa order dengan penjual lain. Aku balik malam dan keluar kerja awal. Haritu, masa balik je, pintu rumah dah tak berkunci. Nasib baik barangan berharga aku memang jenis tak simpan dalam rumah. Laptop memang aku bawa kemana-mana sahaja. Aku jenis tak pakai barang kemas. Duit tunai lagilah takde. Tapi tabung syiling aku pecah dua biji. Agak-agak perompak tu dapat dalam 7-8 ratus duit simpanan aku.

Tak semena-mena air mata aku menitik. Aku cuba tahan agar sebak aku tidak menguasai diri. Aku tak boleh menangis sekarang. Kalau tak Hafiz akan bangun! Air mata jatuh berjurai-jurai. Sebak yang ada tidak dapat ditahan. Lenguh lengan sebelah kiri juga sakit mengeluarkan bisa. Aku menyembamkan muka ke lutut. Aku nak ibu. Ibu, kakak rinduuuuu.

Share this novel

jruuoy
2024-11-11 15:49:17 

test_account

wida967
2024-07-09 23:41:07 

kenapa tak boleh baca

Guest User
2024-03-20 22:40:02 

bila lagi nk sambung...


NovelPlus Premium

The best ads free experience