Bab 1: Kena Kahwin

Romance Completed 855642

Bab 1: Kena Kahwin

Aku Atilia dan berumur 25 tahun. Harini aku bakal dinikahkan dengan anak kawan baik ibu aku. Okay,drama melayu petang-petang tapi itu hakikat yang aku lalui sekarang. Baju kurung berwarna kelabu sudah siap disarung dan veil sudah siap di bahagian atas kepalaku. Sesekali aku mengerling wajahku didalam cermin. Aku nampak berbeza daripada keadaan diri aku yang biasa. Ber-make-up, didandan memakai shawl dengan kemas dan entahlah. Aku sendiri terkejut melihat diriku. Tidak biasa.

Kayla masuk ke dalam bilik sambil membawa video camera. Dia sedang merakam video menggunakan camera yang berada didalam tangannya.

"Hai ini kakak pertama saya and today is her wedding day! I'm so happy and excited for her. Kakak, any words?"

"Hi all. This is me. Soon i'm going to get married with Hafiz. But i never know him. Sooo goodluck to me"

"Hahaha so sweet la kakak. Okay kayla keluar dulu. Barang hantaran semua dah bawa masuk kereta. tinggal kakak je tak masuk lagi. Khatty, kakak dah siap kan?"

"Yes dia dah siap. Dah boleh bawak nikah dah ni"

Ya Allah tuhan sahaja yang tahu betapa aku ingin menjerit dan lari daripada realiti ini. Why i have to do this? Abang aku pun tak kahwin lagi. Kenapa aku?

Sampai di perkarangan masjid, aku lihat beberapa kereta memenuhi ruangan parking. Ibu memanggil aku masuk. Aku keluar dari kereta dan mengikut ibu ke saf perempuan. Ya ini hasrat Hafiz yang ingin bernikah di masjid. Aku tak pernah bantah dan malas mengambil tahu. Pernah aku suarakan bahawa lagi senang nikah dirumah sahaja namun Hafiz meminta agar perkara suci ini dilakukan di rumah Allah.

Dua kali lafaz,yes aku dah menjadi isteri orang. Aku menangis. Dan aku tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku takut dengan realiti yang bakal aku lalui selepas ini. Mungkin juga kerana Hafiz bukan lelaki yang menjadi pilihan hati. Mungkin juga kerana aku telah bertukar status kepada isteri orang.

Tidak lama kemudian Hafiz datang menghampiri. Dia menghulurkan tangan dan aku menyambut dan mencium kedua belah tangannya. Dahi aku dikucup mesra dan lama. Aku terpaksa mendongak lama atas arahan photographer yang inginkan shot angle camera yang lawa. Oh dan itu bukan juga menjadi tanggungjawab aku. Boleh kata perkahwinan aku seratus peratus usaha ibu dan Hafiz. Aku hanya mengikut. Kata ibu sekurangnya aku tidak membantah.

Setelah beberapa aktiviti bergambar dijalankan kami pulang ke rumah ibu. Mak Tok dan ahli keluargaku yang lain sedang sibuk membuat persiapan ringkas menyambut cucu menantu baru mereka. Kak Amelia, sepupu aku yang pertama segera membawa aku kedalam bilik. Ditanggannya bersama ada sepasang baju kurung moden jenis poly crepe berwarna hijau lumut. Warna kegemaranku.

"Tilia nanti pakai baju ni ye? Ni baju untuk sambut menantu. Akak keluar dulu. Btw tahniah sayang. Akak doakan Tilia bahagia sampai ke syurga. Amin..." Kak Amelia memelukku. Aku membalas pelukan kak Amelia dengan kuat dan kemas. Tidak mahu dia berlalu dari aku.

"Tilia.. ingat tak dulu apa akak bagitahu? Apa yang ibu dengan ayah buat dan pilih untuk kita sentiasa terbaik. Akak rasa ibu ada sebab tersendiri dia memilih Hafiz sebagai suami Tilia. Dah.. jangan nangis-nangis. Tak lawa dah nanti. Siap ye sayang? Akak keluar dulu. jangan lama-lama." Pelukan dileraikan dan sepupu aku keluar dari bilik.

Ketukan dari pintu aku endahkan. Masuk jela. Aku dah tak kuasa melayan sesiapa lagi yang ingin memujuk hati. Aku diam dan membatu.

"Assalamualaikum, hai Atilia. Saya Hafiz. Awak... kenal saya kan ?" pertuturan perkenalan yang dimulakan Hafiz. Eh soalan apa dia tanya ni. Dah kalau tak kenal aku nikah dengan siapa dekat masjid tadi ?

"Yes Hafiz. Kalau tak kenal saya tak nikah dengan awak. "balasku datar. Aku masih kaku memandang lantai. Wajah Hafiz tidak sedikitpun aku jenguk. Aku MALAS. PENAT.

" Ibu pesan untuk tukar baju dalam bilik ni. You don't mind right?"

Tukar jelah. Ada pulak perasaan nak tanya aku kisah ke tak. Pelik mamat ni.

"Hmm.. awak? Awak tak tukar ke? Kita kena pakai baju warna hijau ni kan ? Cantik awak pilih. ibu cakap awak sendiri yang pilih warna ni." Hafiz masih berceloteh. Eh dia ni tak pandai diam ke apa? Bercakap daripada tadi. Aku pulak rasa rimas.

"Eh kalau saya banyak cakap, maaflah. Saya cuma nak buang rasa awkward kita. Sebab, saya dengan awak... kan dah jadi suami isteri?"

Oh ayat tu macam petir. Aku rasa nak lari sekarang. Hafiz bergerak ke almari mengambil set persalinan baju melayunya. Aku masih diam membatu. Aku diam. Aku tak tahu apa aku perlu buat sekarang. Aku tertekan. Hafiz membuka songkok dan meletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan almari. Meja itu sengaja aku letak. Entah mungkin kegunaan dia seperti waktu sebegini. Menjadi tempat meletak barang.

Hafiz memandang aku dan senyum. Dia mula membuka butang baju melayu dan sampin. Dia membuka baju. Dan selepas itu.. seluar. Ya, dia tukar baju depan aku. Tidak semena-mena aku terasa panas. Dia kelihatan lain. Entah, susah nak ditafsirkan.

Setelah lengkap berpakaian dia kembali duduk disebelahku. Dia memegang tangan kananku. Aku masih diam, tidak membantah.

"Atilia, saya tahu awak ada berjuta soalan dalam fikiran awak. Kenapa saya. Kenapa awal. Kenapa kahwin dan pelbagai. Tapi can we talk about it later ? Please, jangan malukan ibu awak. Ini majlis anak perempuan dia. Dan saya. Ini majlis kita. Hmm.. awak siaplah, saya tunggu di cermin luar. Saya takkan keluar selagi awak tak siap" ujar Hafiz lalu mengucup lembut jemariku. Aku masih diam. Aku bermasalah ke ? Entahlah.

Aku bangun dan menghampiri meja solek. Veil aku tanggalkan perlahan-lahan. Baju nikah aku cuba buka zip dari bahagian belakang namun tak sampai. AKu cuba dan cuba sehingga aku terlanggar meja solek. Bising dan itu telah menarik perhatian Hafiz.

"Atilia, are you okay ? Awak ada masalah ke?" Saat itu aku sedang cuba membuka zip baju lagi. Hafiz datang menghampiri. Jangan kata dia nak tolong. Jangan.

"You look like you're having some trouble here. Sini saya tolong. Dah lewat ni. Saya buka kan ye ?"
Tangan Hafiz dengan segera membuka zip baju aku dibelakang. Dan yes, separuh daripada bahagian belakang aku terdedah kepadanya. Dan aku malu.

"Hmm baju awak yang hijau tu pun kena zip dari belakang. Nanti awak panggil saya ye? "

Hafiz menawarkan pertolongan sekali lagi. Aku angguk dan segera menyarung baju dan kain. Perlahan-lahan aku menghampiri Hafiz yang membaca majalah di atas katil.

"Hafiz.."

"Okay. Kejap" Dia menyimpan kembali majalah dan menolong aku untuk memasang zip. Dan harini aku dan Hafiz hanya berinteraksi dan membuang masa hanya kerana zip baju. Ergh.

Setelah mengemaskan apa yang patut, aku keluar ke bahagian ruang tamu bersama Hafiz. Dan dia memegang erat tangan aku. Aku tidak membantah demi menjaga air muka ibu dan Hafiz dan kami. Hafiz memperkenalkan kesemua ahli keluarganya dan ibu mengenalkan kesemua ahli keluarga kami. Majlis pada hari ini amat simple dan kecil. Hanya dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekat.

Selesai makan, aku masuk ke dalam bilik dan menukar pakaian. Ahli keluarga Hafiz terlebih dahulu meminta diri untuk pulang memandangkan Johor dan Pahang agak jauh. Mereka target untuk sampai ke KL pada malam ini dan bergerak ke Johor pada esok pagi. Zip aku ? Haha, Kayla yang tolong buka kan. Takkan aku nak minta tolong Hafiz lagi ? MALU..

Hafiz masuk ke dalam bilik setelah aku siap solat Maghrib. Aku mengambil al-Quran dan mula mengaji. Memandangkan Hafiz ingin mula solat, aku memperlahankan bacaan. Siap mengaji, naik ke katil dan bermain handphone. Online, whatsapp kawan aku dan.. fikiran aku menerawang. Tiba-tiba Hafiz turut baring disebelah aku. Aku masih diam. Jangan pegang aku. Aku masih ada wudhuk.

"Atilia.. can we talk?"

"Awak nak cakap apa? Awak nampak saya ada bercakap dengan awak ke sepanjang harini?" Aku dingin. Betul, aku memang tiada mood. Awal-awal lagi aku maklumkan kepada ibu yang aku tidak turun makan malam.

"No Atilia. Awak jangan salahkan ibu. Ibu tunaikan hasrat yang arwah mama dengan ibu dah janji dulu. Dan saya tiada masalah. Saya memang suka pada awak" Amboi senangnya cakap. Suka je boleh terus kahwin.

"Hafiz. Can we hold this? Seriously saya sangat penat. Yes we can talk about this later. I promise you. Nanti kita balik Johor kita bincang. Saya nak solat dan saya nak tidur. Maaf" Aku bangun dan bergerak ke tikar sejadah. Hafiz mengikut dan membentangkan sejadah di belakang aku. Okay, dia nak ajak aku berjemaah. Aku kebelakang dan dia mengambil tempat di hadapanku.

Selesai solat, dia membaca doa. Lama dan aku agak tersentuh mendengar kata-kata yang diucapkan daripada Hafiz. Dia memohon keberkatan, perlindungan, kasih sayang, keamanan, kesetiaan dan bersyukur dengan jodoh dan perkahwinan kami. Aku rasa kosong. Aku tidak marah, aku tidak benci. Aku cuma rasa kosong. Betul kata kawan aku, takde sape bileh terima perkahwinan aturan sebegini. Aku rasa kosong. Aku hanya amin-kan doa Hafiz. Bermakna aku terima?

Share this novel

Khalisah
2024-12-17 14:23:05 

wjrghxdjshsnfjthdkjddhdjghhjwjsjdjujdjhxdncjjd

Guest User
2024-09-24 14:43:10 

test_account

Saphire
2022-03-17 07:45:37 

Hi, jemput baca novel sy yg berjudul cinta yang tak didendangkan. Jgn lupa support dan komen yaa, Trima kasih.


NovelPlus Premium

The best ads free experience