Get the app for full experience
Imbas kembali... Teja begitu tangkas membantu emaknya membungkus nasi lemak kepada pelanggan. Gerai itu dibuka di tepi jalan sahaja tidak jauh dari rumah flat mereka. Ketika itu Teja Aryana baru lepas menduduki SPM, dan masih menanti keputusan. Semasa percubaan SPM dia hanya mendapat keputusan cukup-cukup makan. Bukannya dia terlalu bodoh tetapi masa untuk mengulangkaji digunakan untuk membantu ibunya. Akibat keletihan dia sukar memberi fokus di dalam kelas. Semangat belajar juga kurang kerana dia tidak berniat mahu menyambung pelajaran. Tidak mahu membebani keluarganya lagi. Oleh itu, Teja mahu mengikuti kelas di Giat mara sahaja dalam bidang fesyen. Dia berminat menjahit baju ...